Episod 20 - 1 Disember, 1941

63 9 0
                                    

Isteri Kassim dan isteri Atan, bersama-sama Maimunah, adik kepada mereka berdua, membasuh kain di tepi sungai.

Tengah nak membasuh tu, tiba-tiba datang seorang perempuan bersama anaknya yang berusia empat tahun.

"Jamal, jangan main air tu, kat situ ada banyak pacat," kata perempuan itu.

"Siapa perempuan tu?" tanya Fatimah, isteri Kassim.
"Samsiah, janda anak satu. Kesian, suaminya meninggal sebab jatuh kapal," kata Yanti, isteri Atan.
"Kesian ek..." kata Fatimah.
"Kalau kau kesian, kau suruhlah Kassim meminang dia, jadi madu kau nombor dua," kata Maimunah, ibu Aki pula.
"Haaa, kau jangan, Munah! Karang aku suruh laki kau Brahim tu nikah baru kat Siam!"

Samsiah dengar perbualan itu, tapi sebagai orang baru di kampung ini, dia mengambil pendirian berdiam diri. Lagipun dia pun sedar yang dia tu isteri Kassim Dahalan.

--

Kassim dan Atan sedang bermain catur, sambil diperhatikan oleh Aki.

"Pak Kassim lagi enam langkah lagi kena checkmate, haha!" kata Aki.
"Diam la, kau ni. Aku tengah susun langkah ni, kau beritahu dia pulak," kata Atan.

Pak Kassim senyum, kemudiannya dia gerakkan knightnya hampir dengan queen dan king, dan kena fork.

"Fuhhhh!" Aki terkejut, Atan tercengang, Kassim ketawa. Atan tahu Kassim akan menang kali ini.

"Kalahlah aku ni, menyerah je lah," kata Atan.

Kassim ni tak suka tunjuk yang dia pandai. Dia lebih gemar serlahkan adiknya daripada menunjukkan kepandaiannya. Pada Kassim, kepandaian adalah sesuatu yang tidak perlu ditunjuk, tetapi hanya perlu dikeluarkan jika perlu sahaja.

Samsiah yang baru pulang dari basuh baju bersama anaknya, Jamal, berjalan melalui hadapan rumah Kassim.

"Isteri siapa pulak tu?" tanya Kassim.
"Samsiah, janda anak satu. Suaminya jatuh laut masa jadi kelasi kapal. Kesian dia, anak kecik lagi dah mati suami," kata Atan.
"Dah macam laporan berita BBC kat radio pulak kau ni, Atan. Tau aje cerita orang," kata Kassim.
"Ramai nak cuba pikat si Samsiah Janda ni, Bang Long."
"Termasuk kau ke tu?" tanya Kassim.
"Hesshhh...jangan dibuat naya, Bang Long. Karang si Yanti tu sekali mengamuk, keluar segala isi naga pulak."
"Eh, dah masuk waktu berita ni. Aki, kau buka radio kejap, Pak Long nak dengar berita," kata Kassim.
"Baik, Pak Long," Aki bangun dan buka radio.

Mereka bertiga mendengar radio dan mendengar Residen British ke Gelanggayu, Sir Douglas Shipway, mengumumkan darurat di seluruh Gelanggayu mulai tengah malam ini.

Semua berpandangan sesama sendiri. Kassim menjeling ke arah Atan, kemudian ke arah Aki.

"Malam ini, persiapkan orang-orang kita. Kita ada mesyuarat khas."

--

Kassim memberi ucapan kepada penduduk kampung tentang apa yang bakal berlaku tak lama lagi. Tentera Ryukyu akan mula menyerang dari Terang Sari, maka Kassim mahu semua penduduk kampung, memberitahu kepada penduduk kampung yang lain, dan sampaikan kepada semua penduduk Melaut untuk bersedia untuk berperang.

Sepanjang setahun ini, rakyat Melaut telah membina kubu bawah tanah, dan telah menyimpan beras, ubi kayu, dan segala makanan kering yang boleh tahan lama seperti ikan kering dan disimpan di dalam kubu.

Melaut yang sentiasa diserang oleh keluarga al-Daulah selama ratusan tahun, sudah biasa dengan perang, maka sudah pasti mereka sudah bersedia.

Tidak seperti keluarga al-Daulah di Wijayapura yang hidup bersenang lenang dan penuh kemewahan hasil perdagangan, keluarga Tengku Ishak di Melaut lebih zuhud dan tidak leka dengan harta dunia.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now