Presiden Lyndon Johnson datang ke Gelanggayu dan disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Rizal Samad. Turut serta ialah Menteri Luar, Datuk Syed Alwi.
Presiden Johnson adalah presiden Amerika Syarikat yang pertama melawat Gelanggayu. Presiden Johnson dijadualkan akan melawat GELDA Bukit Labu, Geri.
--
Presiden Johnson tiba di rumah Yahya di Jalan Langgak Golf. Maka dari tingkap, Faridah nampaklah Presiden Lyndon B. Johnson dengan Secret Service berkerumun depan rumah Yahya.
"Huih, lain macam. Sampai Presiden Amerika datang rumah."
Dari jauh Faridah nampak Presiden Johnson cium batu cincin zamrud di jari Yahya.
--
Faridah
Mak aiii, kalau betul la apa aku nampak ni, maka betul la teori Mamat pasal pembunuhan JFK tu betul la. Siap cium tangan!
Kalaulah Mamat ada masa ni, mesti dia rasa jaki betul. Aku dah boleh agak riak muka dia macam mana. Si Johnson ni keluar muka kat telly pun, terus Mamat akan tutup telly, sebab terlalu menyampah tengok muka dia.
Aduhhh, perut aku ni dah membuyut dah, dah makin sakit pulak.
Sejak aku pregnant ni, aku selalu ada masalah bila nak buang air kecik atau besar. Lepas tu selalu rasa tekak loya.
Babi sial punya Mat Nor. Kau lari ya? Lepas tu bapak kau kroni baik si Yahya ni, boleh la kau lepas.
Aku akan buru kau, dan aku akan rancang kematian kau dalam keadaan paling tragis. Dan segala keturunan kau, aku akan bunuh! Ini bukan amaran, ini janji! Aku takkan malukan keturunan Yom Puteh, dengan melepaskan si babi ni macam tu je!
Empat tahun aku duduk dengan Mamat, sentuh aku pun tak pernah. Sentiasa jaga adab, sentiasa bersopan depan aku. Dalam kapal masa aku ikut dia dari Boston ke Algeria tu, kalau dia jenis Mat Nor, entah berapa round dia boleh buat dengan aku. Tapi dia tak nak! Dia ulang ayat surah al-Israa tu kalau aku tanya dia hal xxx ni dengan dia.
Kenapa lelaki yang macam Mamat ni sangat kurang sekali terutamanya dalam masyarakat Melayu Wijayapura ni? Perangai lelaki kat sini macam setan! Tengok Encik Aki, macam mana dia layan Aunty Laila dulu.
Yahya lain la, walaupun lahir Melaut, tapi dia ni lebih menganggap diri dia orang Amerika.
Hashim tu jenis rare la, jenis tak kacau perempuan. Mat Nor, Imad Salleh, Bedol tu walaupun lurus bendul tapi kadang-kadang terpengaruh jugak dengan kawan-kawan sial dia tu.
Cuma masalah si Hashim ni suka benar berlenggeng ke hulu ke hilir. Badan dah la kerempeng!
Tapi Mamat...aku pernah terpandang sekali dia pakai baju. Dia lupa tutup pintu. Ermmm, nampaklah ketul-ketul durian kat perut dia tu. Memang aum la. Mamat ni selalu lepas solat subuh, habit dia buat push up 100 kali. Kecuali dia sakitlah.
Eh, kesianlah wife dia. Nak beli ubat, tak tahu cakap English. Nak explain dengan doktor pun doktor kaum dia je lah boleh faham loghat bahasa dia. Entah kenapalah bapak dia tu paksa dia kahwin dengan si siapa nama dia, nama dia nama bunga...alaa lupa nama dia.
Haaa, Mawar! Kenapalah dipaksa kahwin si Mamat dengan Mawar tu? Ni adat-adat feudal yang aku tak setuju. Aku percaya, nasib Mamat akan jadi lebih baik daripada kahwin dengan Mawar.
Kalau Mamat kena sawan, aku tahu ubat apa nak dibeli. Aku pernah ada pengalaman jaga dia.
Entahlah, aku sebenarnya frustrated dengan hidup aku ni. Yang aku kejar kahwin dengan perempuan lain, lepas tu kenal lelaki yang tak bertanggungjawab pulak.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiksi SejarahMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.