Episod 93 - 21 April, 1967

40 8 1
                                    

Perarakan Hari Kebangsaan yang ke-18 tidak dihadiri oleh Jeneral Tun Yahya, jeneral tertinggi di negara ini. Ini menimbulkan tanda tanya, apakah hubungan antara tentera dan kerajaan jadi goyang?

Bagi Jeneral Tun Yahya, ketidakhadiran beliau selaku pemerintah tertinggi tentera di Gelanggayu pada upacara Hari Kebangsaan ialah untuk memberitahu isyarat bahawa beliau ada kerja yang lebih penting. Perarakan Hari Kebangsaan ini sekadar buang masa di waktu pagi.

Tetapi isyarat yang diterima oleh ramai orang termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Rizal ialah dia mahu menjatuhkan kerajaan, sepertimana dia buat pada kepada rejim Soekarjo dan banyak lagi negara lain.

Melihat kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat, Datuk Seri Rizal sedar yang nak tak nak dia perlukan undi dari Parti Kongmegayu yang kini dipimpin oleh Datuk Syafie, yang kini berpecah dengan Iskandar dan Parti Persekutuan.

Selepas perarakan Hari Kebangsaan, Datuk Seri Rizal pergi ke rumah Datuk Syafie, dan bertanya apakah dia sanggup untuk menyertai kerajaan, dalam masa penggal sekarang akan tamat lagi dua tahun.

Datuk Syafie akan ditawarkan jadi Menteri Perumahan, dan ahli parlimen Kongmegayu akan dapat pegang beberapa agensi kerajaan seperti GELDA atau LLN (Lembaga Letrik Negara).

Dalam kedudukan sekarang:

Kedudukan semasa Dewan Rakyat:

Parti Rakyat: 34 kerusi
Parti Jujur (faction Robert Wong): 7 kerusi
Parti Persekutuan Nasional (faction Iskandar): 17 kerusi
Kongmegayu: 14 kerusi
Parti Buruh: 15 kerusi
Hizbul Muslimin: 9 kerusi
United Lamas Association Party: 8 kerusi

Gabungan Muhibbah (Parti Rakyat + Parti Buruh: 49 kerusi
Gabungan Perpaduan Ummah (Parti Kongmegayu + Hizbul Muslimin): 24 kerusi

Persekutuan, Jujur dan ULAP: 32 kerusi

Maknanya kalau nak meluluskan sesuatu rang undang-undang, seperti rang undang-undang perbekalan (aka Belanjawan), adalah penting untuk dapat undi dari ULAP, untuk dapat 57 undi dalam Parlimen, sekaligus lepas dari jumlah majoriti iaitu 52 yang diperlukan.

Tetapi ULAP ni parti separatist, dan cabang militan parti ni, Lamas Liberation Front (LLP) dilihat sebagai pengganas dan ULAP ni parti yang ada liabiliti untuk dibuat parti komponen dalam kerajaan campuran mahupun dapat supply and confidence.

Dulu, masa tahun 1964, semasa Parti Tindakan Rakyat dan Temasik ada dalam kerajaan, kerajaan campuran yang dibina oleh Datuk Seri Rizal agak stabil, tapi sejak Temasik keluar dari Gelanggayu pada tahun 1965, susah nak dapat consensus dari ULAP, kerana parti ini akan minta lebih banyak autonomous rights yang pada akhirnya akan mencapai kemerdekaan.

Dan dalam masa sama, Parti Persekutuan pimpinan Iskandar Ali, terlalu ekstrem dan suka gunakan retorik sayap kanan yang menakutkan kaum bukan Melayu di negara ini. Sementara Kongmegayu, walaupun masih menyuarakan tentang hak orang Melayu, masih dalam keadaan yang moderate.

Asalnya Datuk Syafie ni datang dari kelompok ekstrem juga, tetapi Iskandar pergi ke tahap serang Temasik sehingga berlaku krisis pada tahun 1964 menjadikan orang macam Datuk Syafie dilihat masih dalam spektrum centre-right.

Dalam masa sama Datuk Seri Rizal pening kepala dengan macam-macam permintaan dan tuntutan dari Parti Buruh yang menjadi parti komponen dalam Gabungan Muhibbah ini.

Kalau Kongmegayu menyertai Gabungan Muhibbah, kedudukan kerajaan akan bertambah kuat, dari 49 kepada 63 kerusi dalam Parlimen.

Datuk Seri Rizal sebenarnya perasan kewujudan dua parti baru ini, Persekutuan dan Jujur, walaupun parti yang baru, tetapi mempunyai wang yang banyak.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now