Hari kemerdekaan Gelanggayu ke-3 disambut dengan meriah. Tetapi lima orang kanak-kanak yang diketuai oleh Faridah, adiknya Khatijah, Abdullah, Mat Nor dan Hashim sebenarnya menunggu perarakan tamat.
Tujuannya ialah untuk merembat seberapa banyak bendera Gelanggayu yang akan dijual balik di Stadium Badminton Wijayapura sempena Piala Thomas yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.
Selepas tamatnya perarakan Hari Kebangsaan, Mat Nor bersama Abdullah pun memanjat pokok dan tiang lampu untuk mencabut bendera Gelanggayu, tetapi dimarahi oleh polis, menyebabkan mereka lari.
Ketika mereka lari itu, mereka ternampak Mamat yang memakai baju seperti kerabat, bersama-sama dengan Yahya, Laila dan Aminah.
"Mamat!" jerit Abdullah.
Mamat menoleh ke arah mereka. Mereka berlima semua berlari ke arah Mamat.
"Ada apa korang ni?"
"Kitorang kena kejar polis," kata Abdullah.
"Korang buat apa?"
"Cepat! Kita tak ada masa nak bersembang!" kata Faridah.Mamat pun mengajak mereka berlima masuk ke Dewan Sultan Amiruddin, di mana kerabat diraja dan tetamu kehormat berada di dalam dewan untuk majlis santapan.
Memandangkan ada meja kosong, Mamat tunjukkan meja mereka di situ, untuk mereka duduk beramai-ramai.
"Alamak, ayah pun ada la!" kata Faridah, bila nampak ayahnya sedang makan dengan pegawai-pegawai kementerian Kewangan.
Mamat duduk bersama-sama dengan mereka.
"Sebenarnya kenapa korang kena kejar polis?" tanya Mamat.
"Kitorang nak curi bendera Gelanggayu tu, sebab bulan depan, Piala Thomas. Boleh la kita jual bendera tu kat stadium nanti," kata Faridah.
"Apasal awak tak cakap awal-awal? Pertama sekali, kalau nak curi, curi la waktu malam. Malam mana ada polis jaga macam sekarang. Kedua, awak semua carikan dua batang galah. Nanti datang ke rumah aku."
"Nak buat apa?" tanya Mat Nor.
"Nak memudahkan kerja la," kata Mamat.
"Mamat masuk geng, cantikkkkk!" kata Mat Nor.--
"Nah, dua batang galah!" kata Mat Nor. Mamat pun ambik dawai dan ikat kepada pemegang pemangkas pokok dari rumahnya. Semua orang memerhatikan sahaja Mamat buat kerja.
Tak cukup dengan itu, Mamat pun paterikan dawai itu untuk menjadi lebih kukuh.
"Lepas ni korang tak payahlah guna tangga nak panjat dah. Dari bawah je dah boleh potong," kata Mamat.
Selepas maghrib, Mamat dan kawan-kawannya senyap-senyap keluar dari rumah dan berjalan di jalan-jalan yang ada bendera Gelanggayu.
"Kau berdua pegang ni, kami pegang yang tu. Khatijah, kau tukang perhati," kata Mamat. Mamat dan Abdullah pegang sebelah galah, Hashim dan Mat Nor pula pegang lagi sebelah. Faridah pula tukang kutip bendera.
Hasil kerjasama mereka berlima, mereka dapat kutip sebanyak 500 helai bendera Gelanggayu di sekitar Wijayapura.
--
Keesokan harinya, Laila jadi pelik, dari mana datangnya banyak bendera Gelanggayu kat depan rumah ni.
"Aunty, Aunty! Jangan buang bendera tu. Mamat ada projek dengan bendera tu!" kata Mamat.
"Kot ya pun jangan longgok kat sini. Nanti Uncle Yahya marah nanti."
"Okay, kejap, Mamat simpan dulu."--
Faridah dan Khatijah mencuci bendera tersebut di belakang rumah sambil diperhatikan oleh Mamat, Hashim dan Abdullah. Mat Nor tak ada sebab kena ikut keluarga pergi rumah nenek.
Bendera tu kemudiannya dihidai, selepas ia kering, ia dilipat dan disimpan di rumah Faridah.
--
Menjelang Piala Thomas yang bakal tiba tak lama lagi, Radio Gelanggayu pun bermain lagu-lagu patriotik dan bersemangat untuk memastikan rakyat Gelanggayu mengikuti kejohanan badminton ini.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiksi SejarahMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.