Episod 31 - 9 Januari, 1946

44 7 0
                                    

Mesyuarat kabinet Britain pimpinan Perdana Menteri Clement Attlee tegang kerana kabinet Parti Buruh yang menjanjikan bulan dan bintang pada kempen pilihanraya yang lalu, kini sudah ketiadaan wang.

Wang dari empayar yang dibelanjakan untuk perang, kini sudah kehabisan dan kerajaan Britain sudah tiada wang untuk pembinaan semula Britain, serta janji untuk mengadakan pendidikan dan kesihatan percuma seperti yang telah dijanjikan.

Maka dalam keadaan ini, ada dua tanah jajahan yang mempunyai hasil mahsyul yang banyak, yang dapat membantu Britain untuk memulihkan ekonomi.

Bharat kini dalam keadaan huru-hara, apabila berlakunya pergaduhan antara Hindu dan Muslim, dan sekarang yang keadaan yang tenang ialah di Gelanggayu.

Maka terdapat satu perancangan sulit di London untuk menghapuskan penguasaan keluarga al-Daulah, dan menjadikan Gelanggayu sebagai 'crown colony' atau jajahan secara terus.

Ini kerana walaupun sejak 1874 apabila Perjanjian Wijayapura ditandatangani dan British menjadikan Gelanggayu sebagai 'negeri naungan', tetapi British lebih rugi berbanding keluarga al-Daulah dalam perjanjian ini, terutamanya selepas perang dunia apabila Britain terpaksa mengorbankan rakyatnya dan perbelanjaan untuk mempertahankan Gelanggayu.

Jika tidak dirombak, maka British akan berterusan rugi melindungi Gelanggayu, sedangkan keluarga al-Daulah berterusan mengumpul kekayaan.

--

Yahya dan Laila kini tinggal di London untuk belajar di sana. Kedua-duanya belajar di Royal Military College di Sandhurst.

Yahya sedang belajar untuk menaikkan peluangnya untuk mendapat jawatan pegawai, sementara Laila pula meneruskan pembelajarannya dalam bidang jururawat yang merawat tentera.

Kehidupan di England pasca perang masih lagi diselubungi dengan krisis makanan, di mana makanan masih lagi dicatu walaupun sudah hampir setahun selepas Adolf mati dan perang tamat di Eropah.

Lagipun Laila tidak selesa tinggal di England memandangkan cuaca di sini terlalu sejuk untuknya. Tetapi disebabkan dia adalah seorang isteri yang setia kepada suaminya, dia ikut sahaja kehendak suaminya yang mahu naik pangkat dalam ketenteraan.

Di RMC, Yahya dilihat sebagai pelajar kolej yang cemerlang, bahkan dia lebih cemerlang daripada pelajar-pelajar kulit putih. Berdasarkan pengalamannya, Yahya sering dipuji kerana mampu melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya.

Turut dihantar ke RMC ialah anak kepada Tengku Jaafar, iaitu Tengku AR. Tidak seperti Yahya yang layak ke RMC kerana merit, AR masuk ke situ kerana dia anak keturunan diraja. Tetapi tugas Yahya untuk terus melindungi AR masih kekal sejak dulu, seperti mana sejak sebelum perang lagi.

"Bukan macam tu la pegang garfu, AR. Kau cuba tengok cara aku pegang," kata Yahya ketika sedang makan. AR rasa janggal, kerana dia tidak pernah ditegur tentang adab makan.

"Jaga table manners, AR. Kau tu bakal raja. Malu Gelanggayu nanti kalau kau makan macam budak kecik," kata Yahya, sambil membantu AR memotongkan daging.

Bagi AR, Yahya ini umpama seorang abang yang dia tidak pernah ada. Yahya yang mengajarnya tentang cara berpakaian, cara makan, serta pelbagai lagi. Tentang pelajaran tu memang dah lama macam tu.

Selain menjaga AR, Tengku Jaafar memberi Yahya tugas untuk membuat draf Perlembagaan untuk kemerdekaan Gelanggayu. Maka disebabkan itu juga, Yahya mula belajar tentang undang-undang English law.

Pada Yahya, walaupun jadual hidupnya kini agak berat kerana banyak perkara dia perlu belajar dengan Sir Douglas, tetapi cita-citanya untuk mencapai kuasa, dia anggap inilah dugaannya.

--

Laila

Tak seronok langsung gaya hidup orang England ni. Pergi mana-mana je, ada kilang. Ada asap. Bunyi bising kat mana-mana. Udara kotor.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now