Episod 148 - 1 Februari, 1982

30 5 0
                                    

Untuk mendapatkan undi tentera secara maksimum, Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim merasmikan projek Bandar Tun Zairi Abu Bakar, sempena nama Perdana Menteri Gelanggayu yang ketiga, Tan Sri Jeneral Zairi Abu Bakar yang meninggal dunia pada Julai lalu.

Sebenarnya projek bandar ini dah mula dibuat sejak 1966 lagi, dan merupakan bandar projek rahsia Jeneral Yahya yang dikenali sebagai Bandar X.

Tetapi selepas tempoh sewaan CIA di kawasan tersebut telah tamat, kerajaan melalui Datuk Seri Azmi melihat kawasan ini boleh dibangunkan untuk menempatkan pegawai-pegawai tentera untuk tinggal di kawasan ini.

Di sini juga, sebuah bangunan yang dikenali sebagai Wisma Hulubalang, akan dibina di sini sebagai ibu pejabat Kementerian Pertahanan.

Turut hadir sama ialah Jeneral Tun Yahya, yang akan bersara mulai 21 April ini. Jeneral Tun Yahya, yang menjadi komander tentera Gelanggayu sejak 1964, memulakan kariernya sebagai seorang tentera sejak Perang Dunia Kedua lagi.

--

Yahya

Sejak 1941, dah 41 tahun aku berkhidmat sebagai tentera. Daripada 41 tahun tu, 18 tahun aku menjadi komander tentera tertinggi di Gelanggayu. Lagi tiga tahun, umur aku dah capai 60 tahun.

Seumur hidup aku, matlamat aku ialah untuk jatuhkan keluarga al-Daulah, dan mengikut apa yang dikatakan oleh Sayyid Muluk, iaitu menubuhkan 'kerajaan rakyat', iaitu mengikut fahaman aku, ialah kerajaan republik.

Dan dalam hal ini, Aki juga bersetuju dengan aku, maksud Sayyid Muluk itu ialah sebuah kerajaan republik. Tetapi republik ni ada banyak jenis.

Republik yang aku pegang, ialah republik yang liberal dan pasaran bebas, laissez-faire. Tak semestinya perlu demokratik macam Amerika Syarikat. Lebih kurang macam Republik Temasik yang aku dah asaskan sejak 1965.

Republik yang Aki pegang ialah republik yang berlandaskan Islam, di mana golongan ulama yang menguasai kerajaan. Sejak berlakunya Revolusi Iran tiga tahun lepas, aku nampak Parti Gagasan Ummah pun dah mula nak ikut apa yang Iran buat, kerana itulah aku cuba lagakan antara Sunni dan Syiah menerusi Perang Iran-Iraq.

Sebelum ini, orang Syiah dan orang Sunni duduk sebelah menyebelah, jadi jiran dan sahabat rapat. Tapi aku bimbang Aki akan gunakan model di Iran untuk mengasaskan republik dia sendiri. Jadi aku cetuskan perang ini, supaya idea Aki takkan terjadi di Gelanggayu.

--

Sejak Revolusi Islam Iran tahun 1979, ada gerakan-gerakan dalam politik Islam untuk meniru gaya Khomeini menggulingkan Shah Iran.

Ini termasuklah Aki, yang bercita-cita untuk membina sebuah Republik Islam Gelanggayu, dan melihat Parti Gagasan Ummah sebagai jenteranya.

Tetapi, sementara itu adalah impiannya, misi sekarang ialah menyelamatkan Afghanistan dari dijajah Soviet Union. Bersama anaknya, Fauzan, dan kawan dari Arab Saudi, Osama bin Laden, perlahan-lahan golongan Mujahideen menumpaskan tentera Soviet.

Dalam pada itu, pergolakan dalam Parti Komunis Afghanistan yang dipimpin oleh Setiausaha Agungnya, Babrak Kamal semakin meruncing. Komunis sendiri pun bergaduh sesama sendiri, dan menyebabkan pihak Soviet Union terperangkap dalam perang yang sepatutnya mereka tidak terlibat.

Melalui bekalan senjata yang dibekalkan oleh CIA melalui Yahya, Aki dan pemberontak Mujahideen menawan satu demi satu pekan di Afghanistan dan menyerang hendap kem tentera Soviet Union.

Buat masa ini, menjatuhkan Soviet Union adalah penting untuk Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Ronald Reagan, dan golongan Islamis yang jaringannya dibina oleh Mamat dan Aki.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now