"Mat, semalam aku jumpa orang tua tu. Dia bagi kau cheque kosong ni. Dia kata, kau letaklah berapa nombor yang kau nak, dia nak slow talk dengan kau. Dia nak berdamai dengan kau," kata Faridah menghulurkan cheque kepada Mamat.
Mamat yang sedang mengajar Azlan cara-cara memasang khemah di belakang rumahnya, ambil cheque tersebut, kemudiannya membakar cheque itu di depan mata Azlan.
"Benda yang kita benci, mahal mana sekalipun, kalau ia sampah, kita bakar," kata Mamat.
"Maaaat...orang tua tu ajak berdamai, kau nak gaduh lagi..."
"Dia bukan nak ajak berdamai, Idah. Dia nak beli saya. Dan saya ni tidak boleh dibeli sesiapa pun. Saya tak ingin pun duit dia. Alan, dah besar nanti, jangan benarkan diri Alan dibeli oleh sesiapa pun. Jadilah manusia yang berintegriti."
"Integriti tu apa, ayah?"
"Manusia yang jujur, yang amanah, yang melawan rasuah, korupsi, dan menentang kejahatan. Jangan benarkan sesiapa pun beli diri Alan untuk mereka pergunakan diri Alan, faham?"
"Faham, ayah."Faridah bersetuju sahajalah apa yang Mamat katakan pada Azlan tu.
--
Keputusan penuh PRU 6 1974:
Persekutuan (154 kerusi):
Parti Jujur: 11 kerusi
Parti Persekutuan Nasional+Hizbul Muslimin (Perpaduan Ummah): 135 kerusi
United Lamas Association Party: 8 kerusiMelaut (18 kerusi DUN):
Parti Persekutuan: 9 kerusi
Hizbul Muslimin: 9 kerusiAir Putih (30 kerusi DUN):
Hizbul Muslimin: 15 kerusi
Parti Persekutuan: 15 kerusiSeri Kencanapura (20 kerusi DUN):
Parti Persekutuan: 10 kerusi
Hizbul Muslimin: 10 kerusiWilayah Utara (Lamas) (16 kerusi DUN):
United Lamas Association Party: 16 kerusi
Lingga (44 kerusi DUN):
Parti Jujur: 4 kerusi
Hizbul Muslimin: 5 kerusi
Parti Persekutuan: 35 kerusiKetil (34 kerusi DUN):
Parti Persekutuan: 20 kerusi
Hizbul Muslimin: 14 kerusiGeri (20 kerusi DUN):
Parti Persekutuan: 10 kerusi
Hizbul Muslimin: 7 kerusi
Parti Jujur: 3Wijayapura (74 kerusi DUN) :
Parti Jujur: 37 kerusi
Hizbul Muslimin: 1 kerusi
Parti Persekutuan: 30 kerusi
Parti Keadilan Sosial: 5
Bebas: 1Kenidiri (26 kerusi DUN):
Parti Persekutuan: 14 kerusi
Hizbul Muslimin: 12 kerusiSepetang (26 kerusi DUN):
Parti Persekutuan: 14 kerusi
Hizbul Muslimin: 10 kerusi
Parti Jujur: 2 kerusi--
Kemenangan besar Parti Persekutuan dalam pilihanraya kali ini memperlihatkan ramai rakyat yang suka kepada polisi yang dicadangkan oleh Mamat terhadap Iskandar.
Ekonomi meningkat dengan pesat, banyak kemudahan dibina, kadar pengangguran rendah, orang ramai mempunyai ringgit yang kukuh, serta ramai pelabur antarabangsa yang yakin dengan kedudukan ekonomi Gelanggayu.
Kemenangan besar ini juga menyebabkan Iskandar memberi lebih banyak ruang kepada Mamat untuk memberi cadangannya di dalam polisi kerajaan.
Ini menyebabkan orang-orang seperti Datuk Salleh, Datuk Syafie dan Datuk Azmi yang merupakan kroni kepada Yahya merasakan tidak puas hati kerana Iskandar berterusan mengenepikan mereka dan merasakan pengaruh mereka semakin melemah.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.