Episod 174 - 1 Ogos, 1986

25 5 0
                                    

Azlan

Sebenarnya, perjumpaan tu bukanlah Datuk Seri Azmi nak berjumpa dengan aku sangat, tapi lebih nak berbincang dengan Datuk Abdullah dan Datuk Mohd Nor untuk detail untuk kontraktor pembinaan ibu negara baru tu.

Aku, Mrs Birgitt dan Natasha dihantar ke Pulau Bayu, lokasi perlancongan di negeri Kenidiri. Memandangkan Datuk Abdullah menjadi funder kuat Datuk Seri Azmi, dan mengikut Perdana Menteri tu dalam usaha berkempen dan merapatkan diri dengan pemimpin negeri.

Pagi-pagi hari, Natasha buka lagu kuat dan bersenamrobik. Dia pakai spandex hijau fluorescent dan baju senam robik warna pink. Lagu Physical Olivia Newton John.

Aku cuma duduk di beranda, sambil melihat permandangan laut. Tempatnya cantik, tapi tak secantik di Teluk Tenang, kampung aku.

Mrs. Birgitt pula membaca majalah wanita di luar rumah, mengambil angin.

Aku jadi bosan duduk sahaja tak buat apa-apa. Jadi aku terus keluar resort, berjalan kaki ke jeti nelayan berhampiran.

Aku nampak nelayan sedang menjala ikan, bunyi bot sedang bergerak menuju ke Teluk Chendana.

Jadi aku mula berjalan seorang diri, dengan rokok berada terselit di telinga. Aku berjalan hingga ke sebuah warung berhampiran jeti nelayan.

Aku duduk, kemudian aku pesan kopi o. Bunyi burung-burung dengan enjin motor bot, dan deruan ombak di sekeliling.

Cantik tempat ni. Tapi, kalau tempat ini dibangunkan, apa jadi pada nelayan-nelayan ni? Di mana mereka nak tangkap ikan bila kawasan perindustrian mula dibina di sekeliling kawasan ni?

Kelihatan dua orang lelaki tua, mungkin peraih ikan sedang main dam haji.

“Kau undi apa masa pilihanraya nanti?”
“Aku kalau Persekutuan letak Haji Ghani jadi calon, baru aku undi. Kalau letak muka entah siapa-siapa aku tak kenal, aku undi rosak je. Kita nak YB yang biasa kita kerja dengan dia, bukan nak perubahan apa sangat pun.”

"Kau tak nak undi Parti Jujur kalau bukan Haji Ghani yang bertanding?"

“Parti Jujur ni mana jujur. Dia pembangkang. Nak bertanding pun kumpul duit derma kumpul-kumpul. Macam mana aku nak percaya orang miskin jadi YB? Baik yang dah sedia kaya. Kita nak minta tolong pun, dia boleh tolong. Kalau yang miskin ni kita pilih dia, terpaksalah makan rasuah. Sebab nak bertanding pun takde duit.”

Aku sarapan pagi nasi goreng kampung. Harganya lima puluh sen, tapi cukup mengenyangkan. Aku takkan dapat nasi goreng kampung harga lima puluh sen kat Wijayapura. Paling koman seringgit lima puluh sen.

Selepas makan, aku berjalan kembali ke rumah, dan berjalan di tepi pantai, melihat permandangan. Nampak nelayan tersenyum membawa hasil laut yang banyak.

Di depan vila itu ada satu batu besar, dan aku duduk di situ sambil memandang laut.

Setiap kali pilihanraya, kita selalu bercakap “untuk rakyat”, tapi yang selalu ditanya, professor, CEO, kroni menteri, wartawan, orang kuat media. Tapi tak pernah nak tanya nelayan, petani, orang kampung.

Kawasan Teluk Chendana (tidak ada kaitan dengan Jalan Cendana di Wijayapura, tempat tinggal Tengku Ariffin) adalah kawasan di timur Gelanggayu dan menghadap Laut Sulawesi.

Kawasan ini memang antara laluan kapal yang sibuk tetapi soalan aku, adakah projek ibu negara ini akan menguntungkan penduduk tempatan terutamanya macam dua nelayan tadi?

“Cuba teka siapa?” Natasha cuba nak main cak-cak dengan aku. Dengar suara nyaringnya dah tau siapa. Dia tutup mata pun, ketiak dia dah tau dah bau deodorant dia.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now