Episod 125 - 15 Ogos, 1975

41 6 0
                                    

Presiden Bangladesh, Sheikh Mujibur Rahman telah dibunuh dan kerajaannya telah digulingkan oleh tentera. Semua ini disusun oleh Jeneral Yahya dan Henry Kissinger. Yahya tahu, sebagai tentera, dia faham yang ramai pegawai tentera bekas Pakistan Timur dulu, menyesal bila merdeka jadi Bangladesh.

Sebab masa zaman Pakistan Timur dulu, kerajaan Islamabad banyak bagi keuntungan dan kelebihan kepada tentera. Tapi bila merdeka tahun 1971, tentera dapat tak banyak kelebihan.

Nak kembali ke Pakistan pun dah tak boleh dah, jadi Yahya pun mengatur rancangan untuk gulingkan Presiden Sheikh Mujibur Rahman.

Semua ahli keluarga Sheikh Mujibur Rahman kecuali dua orang iaitu Sheikh Hasina dan Sheikh Rehana, kedua-duanya sedang belajar di luar negara, telah dibunuh oleh tentera.

Bagi Yahya, masalah utama Sheikh Mujibur Rahman ni ialah dia disokong oleh komunis, dan dalam era Perang Dingin macam ni, tak boleh dibiarkan ada komunis di sekitar rantau ni.

Dai Viet dan Khmer walaupun menang perang dan komunis berkuasa, Yahya gembira dan puas hati bila mereka berperang sesama sendiri. Yahya juga puas hati bila ada Kwantong-Soviet split dalam dunia komunis. Ada yang nak ikut Soviet, ada yang nak ikut Kwantong.

Yahya rasa walaupun kalah dalam Perang Dai Viet ni, tapi dia rasa menang, sebab sebaik sahaja tamat Perang Dai Viet, Dai Viet dan Republik Demokratik Khmer berperang sesama sendiri. Viet Cong dan Khmer Rouge bergaduh sesama sendiri.

Dan sebab tu dia nak hantar Faridah ke Kwantong untuk lawan Soviet. Malangnya, Faridah sekarang tidak dapat dikesan oleh Yahya, dan mengikut suaminya yang sememangnya agendanya nak melawan Yahya.

--

Yahya terbang ke Betawi dan bertemu dengan Presiden Sudarto. Kali ini mereka berdua berbincang tentang keadaan di Timor Timur.

Selepas berjaya menggulingkan Sheikh Mujibur Rahman, Yahya nampak sejak Revolusi Carnation di Portugal tahun lepas, apabila jatuhnya rejim Estado Novo, dan Portugal kembali ke demokrasi serta memerdekakan beberapa tanah jajahannya seperti Angola, Mozambique dan Timor Timur, Yahya nampak ada banyak ruang untuk jual beli senjata dan meneruskan Perang Dingin ini.

Sekarang selepas Portugal melepaskan Timor Timur, ada dua pihak iaitu Uniao Democratica Timorense (UDT) yang konservatif dan ditaja oleh CIA yang di belakang Yahya, melawan Fretilin yang dipimpin oleh Francisco Xavier do Amaral yang ditaja oleh KGB terlibat dalam perang saudara.

UDT tu diupah oleh Yahya sebagai mengumpan dan melemahkan kedudukan Fretilin yang pro-Soviet, maka sekiranya Fretilin menang dalam perang ini, Majapahit akan menghantar tentera untuk menakluk Timor Timur.

Dengan Timor Timur, Yahya menaja tentera Majapahit, dan dengan Angola dan Mozambique, Yahya menaja Afrika Selatan dan Rhodesia. Dengan cara ini dapatlah Yahya meneruskan penjanaan kekayaan melalui perang.

Dan di Rhodesia ni pun ada perang antara kerajaan kulit putih yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Ian Smith menentang pemberontak kulit hitam yang dipimpin oleh pemimpin ZANU-PF, Robert Mugabe.

Jadi industri senjata masih berjalanlah walaupun tahun ni kalah perang di Dai Viet.

Selepas ke Betawi, Yahya ke Salisbury dan bertemu dengan Ian Smith, Perdana Menteri Rhodesia, dan kemudiannya bertemu dengan Perdana Menteri Afrika Selatan, B.J. Vorster untuk membincangkan tentang perang Mozambique dan Angola serta Namibia.

--

Di Kwantong, perasaan tidak puas hati sejak Great Leap Forward, Great Famine dan Cultural Revolution mewujudkan perasaan yang tidak berpuas hati yang dipendam oleh rakyat jelata.

Kebanyakannya takut dengan rejim Mao yang walaupun sudah semakin tua dan melemah, tetapi keadaan sekarang isteri Mao, Jiang Qing yang mengawal keadaan semasa di Kwantong.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now