Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan telah ditembak dan dicederakan oleh John Hinckley Jr. di Washington, D.C., ketika dia kembali ke limosinnya selepas berucap di Washington Hilton.
Reagan cedera parah terkena peluru revolver yang memantul dari sisi limosin presiden dan mengenainya di ketiak kiri, patah tulang rusuk, menusuk paru-paru, dan menyebabkan pendarahan dalaman yang serius.
Dia hampir mati sebaik tiba di Hospital Universiti George Washington tetapi telah stabil di bilik kecemasan; dia kemudian menjalani pembedahan penerokaan kecemasan.
Tiada kenyataan rasmi untuk menggunakan Seksyen 3 atau 4 pindaan ke-25 Perlembagaan (mengenai naib presiden yang mengambil alih kuasa dan tugas presiden) berlaku, walaupun Setiausaha Negara Alexander Haig menyatakan bahawa dia "berkuasa di sini" di Rumah Putih sehingga Naib Presiden George H. W. Bush kembali ke Washington dari Fort Worth, Texas.
Menurut laporan, Hinckley dikatakan seorang gila yang menaruh perasaan terhadap pelakon popular, Jodie Foster yang berlakon dalam filem Taxi Driver pada tahun 1976, dengan harapan pelakon tersebut akan mengaguminya.
Tetapi bagi Yahya, ini bukan jawapan yang konkrit, lebih kepada jawapan mengarut dari CIA selepas gagal untuk mengesan pembunuh Presiden. Yahya tahu kerana dia sendiri terlibat dalam pembunuhan John F. Kennedy serta percubaan bunuh ke atas Gerald Ford di California.
Dia tahu ada seseorang yang mahu mencantas Reagan yang dilihat pro-Yahya. Tetapi dengan adanya Naib Presiden Bush, orang itu perlu membunuh keduanya untuk menghapuskan pengaruhnya di Washington.
--
"Macam mana boleh gagal lagi ni, Wan Radzi? Kau pilih siapa yang jadi kambing hitam ni? Kau dah check ke belum latar belakang orang kau ni sebelum kau bunuh? Kau buat kerja tak clean la, Radzi!" kata Tengku Norman sambil campak lipatan surat khabar atas meja.
Wan Radzi yang berdiri menghadap Tengku Norman tunduk kerana gagal dalam misi membunuh Ronald Reagan.
"Macam mana Sayap Kuning ni...500 tahun lebih jadi intel service untuk keluarga al-Daulah, tapi sekarang ni...teruk! Kau kena stop pergi rumah pelacuran la, Radzi. Kau kena kawal sikit nafsu kuda kau tu. Kalau tak, kau tak boleh fikir straight macam ni..."
"Patik dah rancang sebaiknya tapi nasib kita tak baik..."
"Aku tak boleh terima alasan macam tu!" Tengku Norman mengherdik Wan Radzi.
Wan Radzi diam. Dia tahu Tengku Norman sedang murka kepadanya.
"Radzi, kau sedar tak yang Yahya ni licik macam belut? Kau tau, bapak kau, Wan Husin, mati kapal terbang terhempas di Antartika, sampai sekarang orang tak jumpa mana bangkai kapal terbang tu. Pakcik kau, Wan Hamid, mati dalam letupan kereta. Begitu jugak dengan sepupu kau. Atok saudara aku, Tengku Johari, mati di Mexico. Radzi, kau sedar tak yang Yahya ni terlibat dalam pembunuhan JFK dan masih clean tak ada siapa yang dakwa lagi? Kau faham tak yang Yahya ni licik? Kalau macam ni kerja kau, susah Sayap Kuning ni."
"Patik janji patik takkan ulangi lagi..."
"Janji, janji! Kau ingat kau ahli politik ke menabur janji? Kau tu ahli keluarga Wan Demang, yang dah beratus tahun kawal intel untuk negara ni. Keturunan kau dulu jatuhkan kerajaan Portugis, mulakan Revolusi Perancis, mulakan Perang Dunia Pertama, gulingkan Raja Wilhem, gulingkan Czar Nicholas. Kau ni aku suruh kau buat kerja simple macam ni pun, kau tak boleh buat? Ini alasan bodoh!""Ampunkan patik, Tengku."
"Suruh orang-orang kita lay low dulu. Abort the mission. Tak guna!" kata Tengku Norman dalam keadaan yang marah.
--
Reagan keluar dari hospital pada 11 April, selepas lukanya telah sembuh. Orang pertama yang dia jumpa ialah Yahya, orang yang meletakkannya di White House.
![](https://img.wattpad.com/cover/366060064-288-k790761.jpg)
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.