Episod 61 - 29 Disember, 1958

43 8 0
                                    

Pemberontak Gerakan 26 Julai menggempur kubu tentera Cuba di Santa Clara. Dengan hanya 340 orang gerila yang diketuai oleh Ernesto Che Guevara, kerajaan Cuba yang dipimpin Fulgencio Batista telah tumbang.

Batista dan pengikutnya melarikan diri ke Miami dan memohon suaka di sini.

Sebaik sahaja pasukan gerila 26 Julai merampas kuasa, Vyacheslav tiba di pelabuhan Havana, kemudiannya bergerak ke Santa Clara. Setibanya di sana, Vyacheslav bersalaman dengan Che Guevara dan mengucapkan tahniah.

Menukarkan Cuba menjadi sebuah negara komunis memang menguntungkan Soviet. Ini kerana jarak Cuba dengan Amerika Syarikat yang begitu dekat, tetapi sukar untuk diserang kerana mukabuminya yang berupa pulau.

Maka 'grand strategy' Soviet Union untuk bertapak di benua Amerika sudahpun berjaya.

Pada 1 Januari, 1959, Cuba telah diisytiharkan sebagai sebuah negara komunis, sekaligus menjadi rakan sekutu Soviet di benua Amerika.

--

Di Lao, kumpulan komunis Pathet Lao dan tentera Dai Viet Utara menyerang Sepon di Lao, dan mula agresif di kawasan Lao.

Pertempuran antara tentera kerajaan Lao dengan Pathet Lao dibantu oleh Dai Viet Utara dan Selatan secara proksi. Kerajaan Lao yang diperintah oleh Sisavang Vong, dengan Putera Souvanna Phouma dibantu oleh rejim Ngo Dinh Diem dari Dai Viet Selatan, sementara Pathet Lao diketuai oleh Putera Souphanouvong yang pro-komunis, disokong oleh Ho Chi Minh dari Dai Viet Utara.

Sejak perang bermula pada tahun 1955, kerajaan Dai Viet Selatan yang dipimpin oleh Ngo Dinh Diem yang menerima $965 juta dari Amerika Syarikat. Daripada nilai itu, Yahya telah mengambil sebanyak $300 juta sebagai bahagiannya menguruskan perbelanjaan ini.

Tetapi ramai ahli Kongres mula merasakan perbelanjaan di Dai Viet sebagai tidak masuk akal dan Ngo Dinh Diem perlu diaudit. Ngo dan Yahya tidak setuju dan mengingatkan Kongres, sekiranya Amerika membiarkan Dai Viet Selatan jatuh ke tangan komunis, menurut teori domino, ia akan mengakibatkan seluruh Asia Pasifik akan jatuh ke tangan komunis.

--

Kerajaan menimbang cadangan agar diadakan Sekolah Jenis Kebangsaan untuk pelajar-pelajar Kwantong di kawasan kampung-kampung baru di Gelanggayu.

Ini menyebabkan orang-orang Melayu mula rasa marah. Orang-orang Melayu mula menuntut agar kerajaan Gelanggayu menghalau orang-orang Kwantong ini kerana mereka mula dilihat sebagai musuh yang menceroboh negara.

--

"Kamu semua ada tengok kat jalan nak menghala Victoria Hill tu tak? Nampak tak, ada satu lagi perkampungan baru mereka ni."

"Nampak!"

"Sekarang ni, dari mana datangnya orang-orang Kwantong ni?" tanya Datuk Syafie di atas pentas.

"Tongkangggg!" jerit penonton ceramah.

"Tongkang ni siapa punya?"
"Britisshhhh!"
"Datuk Seri Rizal kata kita dah merdeka. Merdeka apanya kalau sisa-sisa British ni masih ada di bumi Gelanggayu ni!" kata Datuk Syafie sambil tepuk podium.

Penyokong-penyokong Parti Kongmegayu bersorak kuat. Ada yang naik sheikh terus menjerit "Kwantong makan babi!"

Rupanya sejak selsema burung 1957, Datuk Syafie, Datuk Salleh, Iskandar, Azmi dan ramai dari sayap ekstrem Kongmegayu ni mula menguasai politik dalaman parti.

Sayap ini digelar sebagai 'geng Gagak Merah', datang dari kelompok Melayu yang ultra-nasionalis, xenofobik, dan mereka yang dari kelas Melayu pekerja.

Sayap yang lebih sederhana macam Datuk Alias, sebagai Presiden Parti Kongmegayu, terdiri daripada golongan tua dari era 1920an dulu-dulu, semakin menua dan berkurangan dalam parti.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now