Episod 87 - 11 Ogos, 1965

39 8 0
                                    

Dah dua hari Mamat tinggal di rumah Samsudin. Jadi Mamat tolong masakkan lauk nasi lemak yang diniagakan oleh Mamat. Sejak Mamat tolong Samsudin jual nasi lemak, penjualan nasi lemak Samsudin tiba-tiba meningkat.

Yang wanitanya terutamanya anak dara beli sebab semua terpikat dengan ketampanan Mamat, yang lelaki pulak beli sebab lauk nasi lemak yang dimasak semua sedap-sedap belaka. Lagi sedap daripada mak Samsudin yang masak.

Balik dari berniaga nasi lemak, Samsudin pun datang ke bilik Mamat sambil bawa gitar.

"Mamat, kau tahu macam mana nak tune gitar ni tak?" tanya Samsudin sambil hulurkan gitar.

Mamat tune gitar, kemudian dia selamba goreng lagu Johnny B. Goode.

"Pandainya kau main gitar, Mat! Lagu apa tu?"
"Johnny B. Goode. Lagu ni saya belajar main masa saya 13 tahun."
"Umur 13 tahun kau dah boleh main gitar?"
"Tak lah. 10 tahun macam tu. Belajar dengan orang kulit hitam, dia ajar lagu blues, rock and roll, soul, jazz..."
"Ajarlah aku main gitar, Mat! Orang kata, kalau aku pandai main gitar, aku senang dapat makwe!"

Mamat pandang Samsudin dengan pandangan yang pelik.

"Tak nak la ajar kalau macam tu. Saya ingatkan awak nak belajar main gitar sebab awak minat muzik. Rupanya nak cari perempuan..."
"Alaaaa, tolonglah aku. Kawan-kawan aku semua dah berpacaran. Aku je yang masih tak berpunya lagi."
"Saya hanya akan ajar awak main gitar jika awak benar-benar minat main muzik."
"Ya, aku minat main muzik."

Samsudin macam kagum dengan jaket kulit yang dimiliki oleh Mamat.

"Kau beli jaket kulit ni kat Temasik ke?"
"Beli kat pasar karat kat New York."
"Kau beli kat New York? Mesti harga dia ribu-ribu!"
"Pasar karat je. $12 satu. Kalau sini dalam 60 ringgit."
"Ishhh, cantik semacam je, takkan harga camtu?"
"Ada cara basuhannya. Sebab saya teliti sikit kalau nak basuh jaket ni."
"Mat, tadi aku tengok makwe-makwe tu semua macam syok je kat kau. Yang beli nasi lemak tu. Selama ni tak pernahnya nak beli, bila kau ada je, dia bukan main beli tambah lauk, macam-macam."

Mamat rasa boring betul dengan Samsudin ni. Sikit-sikit cakap pasal makwe. Dia ni dah lepak dengan Che Guevara, JFK, John Lennon. Borak pasal makwe-makwe ni bukanlah kerja dorang walaupun mereka ni diburu oleh makwe. Bahkan mereka ini seperti Mamat - ada sifat alpha, tak heran pun pasal wanita. Wanita yang rebut mereka, bukan dia yang mendambakan wanita.

Tetapi sebagai tetamu, Mamat layankan sahajalah apa yang tuan rumah yang dah bagi tumpang rumah ni.

"Minta maaf kalau bertanya, bila awak nak ke Kuala Melaut?" tanya Mamat.
"Esok baru aku dapat kereta tu. Kereta tu aku pinjam kereta ayah kawan aku. Nama kawan aku tu, Syaaban. Ayah dia tu ahli parlimen Sungai Raya ni. Haji Muharram namanya. Nak kena tunggu kereta tu balik dari mesyuarat Parlimen kat Wijayapura tu punyalah jauh."
"Baiklah, saya faham. Terima kasih ya sebab tolong saya."
"Aku dan keluarga aku berbesar hati menolong keluarga Tengku Ishak."

--

Faridah

Aku duduk kat hotel sebab Hashim tak nak aku ni jadi buah mulut orang. Aku faham apa yang Hashim cakap, jadi aku angkatlah kaki dari rumah dia.

Aku sekarang ni tak ada hala tuju lagi. Mamat pun dah balik Melaut, dan aku sekarang stuck di Temasik.

Keadaan di Temasik masih lagi terkejut selepas berlakunya pemisahan antara Gelanggayu dan Temasik. Selama ni kita boleh je lintas sempadan tanpa halangan, sekarang ni aku rasa macam dah hidup kat belakang Tembok Berlin.

Nak balik ke Wijayapura pun tak boleh lagi dah ni. Kalau aku balik ni, mampos aku kena marah dengan ayah.

Dalam satu hal, memang sepatutnya aku rasa menyesal. Patutnya aku tak ikutkan perasaan aku terkejar-kejarkan Mamat. Aku masa tu tak terfikir yang hubungan aku dan Mamat akan berpisah ke tahap ini. Aku ingat kami akan bina hidup lepas dah buat macam-macam di Amerika Syarikat dan di UK tu. Dah boleh dianggap berjaya dah tu.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now