"Handsomenyaaaaaaa anak ibu!" kata Faridah sambil betulkan tali leher Azlan.
"Thank you, ibu."
"Pergi sekolah elok-elok ya?"
"Baik, ibu."Azlan cium tangan Faridah, kemudian mengikut Aziz di belakang dengan Mamat berjalan di belakang Azlan.
"Mat, nanti kau beli santan. Aku nak buat masak lemak nanti."
"Baiklah, saya pergi dulu," kata Mamat.Ketika masuk ke dalam van, Mamat rasa tak sedap hati. Dia rasa ada orang yang sedang mengekorinya.
Tapi demi nak hantar anaknya ke sekolah, dia kena redah juga perjalanan ini.
Semasa perjalanan ke sekolah, Mamat cuba tenangkan diri. Dia ralit seketika, saat lampu merah sudah bertukar hijau.
"Ayah, dah lampu hijau," kata Azlan.
"Oh, ya..."
"Ayah tak apa-apa?" tanya Azlan.
"Entah..."
"Ayah nanti jemput kami pukul berapa?" tanya Aziz.
"Entahlah, ayah pun tak pasti."
"Tak pasti?" tanya Azlan.Mamat sedar yang nyawanya mungkin akan diancam bila di Wijayapura. Dia tahu perisik CIA, Sayap Kuning dan ramai lagi musuh yang mahu menghapuskannya.
Tetapi dia kena tenang, sebab dia tak nak takutkan keluarganya. Inilah risiko menjadi ketua kepada GMM. Risikonya memang besar.
Selepas mendaftarkan Azlan di sekolah untuk dia masuk darjah satu, dia terus mahu kembali ke rumah. Ketika di dalam perjalanan itu, ada dua kereta menghimpit vannya.
Mamat kemudiannya memandu sepantas yang dia boleh. Dulu masa Ku Klux Klan pernah buru dia dulu, dia boleh memandu dengan lebih laju.
Tiba-tiba tayar keretanya ditembak, sebelum dia tergelincir dan vannya termasuk ke dalam gaung.
Van Mamat kemudiannya terbakar, dan Mamat terperangkap di dalam van itu, dan maut dalam kejadian itu.
--
Di dalam kereta itu, Izham dan Mat Nor berhenti ke tepi dan melihat kereta itu terbakar.
"Dah jadi janda balik dah ex kau, Mat Nor," kata Izham sambil light rokok.
Mat Nor sebenarnya ada rasa bersalah. Cuma dia bersetuju untuk melakukan perkara ini kerana Yahya beritahu kepada ayahnya tentang banyak orang tak puas hati dengan Mamat, dan ayahnya suruh dia buat kerja kotor untuk Yahya.
Dia sedar, yang Mamat memang marahkan dia sebab apa yang dia lakukan terhadap Faridah. Tetapi dia dalam situasi yang tersepit. Ayahnya suruh dia buat kerja ni kalau dia nak mewarisi syarikat ayahnya.
"Jom la gerak, kita beritahu Wan Radzi yang kita dah settle kerja kita," kata Izham.
--
Faridah tiba-tiba rasa tak sedap hati. Hantar anak pergi sekolah, beli santan, tapi dah pukul 10 tak sampai rumah lagi. Selalunya Mamat ni bukan jenis yang melencong.
Tiba-tiba ada kereta polis berhenti di depan rumahnya. Kemudiannya dia menekan loceng rumah.
"Apa polis ni nak pulak?" tanya Faridah.
Faridah keluar rumah dengan rasa berat hati.
"Puan Faridah?"
"Ya, saya?"
"Puan...isteri kepada Muhammad Niat bin Kassim?"
"Ya, ada apa dengan dia?"
"Dia meninggal dunia akibat kemalangan. Jenazahnya ada di hospital. Sila ikut kami untuk kenalpasti."Hati Faridah luruh dan jantungnya rasa bagai nak gugur. Dengan berat hati, Faridah mengikut sahaja polis tersebut.
Di dalam kereta, Faridah tidak dapat menahan perasaan sebaknya. Dia menangis dalam kereta polis tu.
Ketika dia melihat jenazah Mamat, air matanya bercucuran. Lelaki yang dia cinta selama ini sudah pergi buat selamanya.
--
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiction HistoriqueMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.