"Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan Faridah Ismail isteriku, Allah selamatkan kamu!" Mamat menyanyi lagu sambil menghulurkan kek coklat yang dia dan ibu mertuanya Dahlia buat.
Hari ini hari lahir Faridah yang ke-24.
"Kau ingat birthday aku, Mat?"
"Mestilah ingat. Hari tu kan awak ingat birthday saya."Faridah menangis, rasa terharu sambil memotong kek.
"Kau buat ke kek ni?"
"Eh, saya dengan ibu buat sekali ni."
"Alah, ibu letak krim dengan susun ceri je. Lain semua Mamat buat," kata Dahlia.
"Thank you, Mamat! Thank you ibu!" Faridah tiba-tiba emosional dan menangis."Kenapa awak menangis?"
"Sejak aku mengandung ni, semua kawan-kawan aku pulaukan aku. Semua orang hina aku. Tapi kau tak pun!"
"Janganlah sedih-sedih. Makan dulu kek ni."Sedang Faridah menjamah kek, tiba-tiba dia rasa sakit pada celah kelengkangnya. Dia pandang ke bawah, air ketuban dah melimpah.
"Alamak, Mat. Aku rasa aku nak terberanak sekarang la!"
"Haaaa!"Dahlia terus talipon hospital untuk ambulans.
"Maaaatttt! Jangan tinggalkan aku! Aku takuttttt!"
"Ya, ya. Saya tak tinggalkan awak," kata Mamat sambil pegang tangan Faridah.--
Di hospital, Mamat mundar-mandir dan perasaan penuh risau. Ini sama seperti kelahiran Ali awal tahun ini. Walaupun Faridah mengandung anak Mat Nor, tapi Mamat mahu bertanggungjawab ke atas Faridah selepas bernikah dengannya.
"Doktor, macam mana dengan isteri saya?"
"Alhamdulillah, anak awak, anak lelaki!" kata doktor tu.Mamat dan Dahlia kemudiannya masuk ke wad. Beberapa minit kemudian, Ismail pula baru balik dari pejabat bergegas untuk melawat anaknya.
Mamat mendukung anak lelaki itu, kemudiannya melaungkan azan di tepi telinga kanan anak itu. Selepas Mamat, Ismail pula yang melaungkan azan ke telinga anak itu.
"Mat, kau ingat tak, masa kat Boston dulu, kau nak namakan nama anak kau sempena nama singa dalam novel bersiri favourite kau tu..."
"Chronicles of Narnia?"
"Ya, ya. Apa nama singa tu?"Nama singa dalam novel tu Aslan, tapi Mamat tak nak nama Aslan itu digunakan untuk anak ini.
"Entahlah, saya ingat ingat lupa la nama tu."
"Kau, pelupa? Macam pelik je. Kau kan boleh ingat peta London Underground sekali imbas je?"
"Saya lupa, betul."
"Takpe, nanti kau ingat, kau letak la nama dia nama tu."Mamat pergi ke Jabatan Pendaftaran, dan menamakan anak itu Abdul Aziz. Sebab nama Aslan itu akan digunakan kemudian.
--
Mamat
Nama Aslan tu nama pemimpin yang kuat. Dalam novel Narnia karya CS Lewis tu, Aslan adalah pemimpin Narnia yang kuat, berdisiplin dan hebat.
Aku hormat dan sayangkan Faridah, tapi dia melahirkan anak Mat Nor, seorang lelaki yang tak bertanggungjawab, bacul dan tak berhati perut. Kalau aku jumpa Mat Nor, aku akan tumbuk muka dia sampai pecah. Aku tak nak nama Aslan tu diletakkan pada darah daging Mat Nor.
Aku letak nama Abdul Aziz, dan nama tu pun elok dah tu. Nama Aslan ni, aku simpan untuk anak lagi satu, harapnya anak lagi satu ni anak lelakilah.
Anak aku dengan Mawar tu, aku letak nama Ali sebab nama Ali tu, selain nama sepupu Nabi dan Khalifah Ar-Rasyidin, nama itu sama dengan Muhammad Ali, seorang pejuang kulit hitam yang memperjuangkan hak asasi manusia.
Entah kenapa masa tu aku tak terfikir nama Aslan ni. Tak apalah, kalau ada rezeki anak kedua nanti, aku akan letakkan nama Aslan ni.
Aslan, atau Azlan? Azlan rasanya lebih sedap sebutannya kot. Nantilah, tunggu anak kedua nanti. Kalau dapat anak perempuan...aku letak nama Azlina je lah. Biar sama semuanya huruf A.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historische fictieMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.