-"In the councils of government, we must guard against the acquisition of unwarranted influence, whether sought or unsought, by the military-industrial complex. The potential for the disastrous rise of misplaced power exists and will persist. We must never let the weight of this combination endanger our liberties or democratic processes. We should take nothing for granted. Only an alert and knowledgeable citizenry can compel the proper meshing of the huge industrial and military machinery of defense with our peaceful methods and goals, so that security and liberty may prosper together."-
Dwight D. Eisenhower
Ucapan terakhir Presiden Amerika Syarikat, Dwight Eisenhower sebelum beliau bersara dan melepaskan jawatan sebenarnya disedari oleh John F. Kennedy, Bakal Presiden Amerika Syarikat.
Walaupun berlainan parti politik - Eisenhower seorang Republikan sementara Kennedy seorang Demokrat, kedua-duanya pernah menjadi tentera dan menyaksikan sendiri keburukan dalam perang.
Satu pertemuan rahsia antara mereka berdua sebelum Eisenhower menyerahkan jawatan kepada Kennedy, ialah untuk memberitahu Kennedy bahawa ada suatu kuasa yang berpengaruh, yang menguasai industri pertahanan di Amerika.
--
20 Januari, 1961
-"And so, my fellow Americans: ask not what your country can do for you — ask what you can do for your country.
My fellow citizens of the world: ask not what America will do for you, but what together we can do for the freedom of man."-
- John F. Kennedy
Ucapan Kennedy ketika mengangkat sumpah sebagai Presiden disiarkan secara langsung di seluruh Amerika Syarikat, dan buat pertama kalinya, ucapan disiarkan dalam televisyen berwarna.
Ketika tamatnya tempoh Dwight D. Eisenhower menjadi Presiden, maka tempoh Yahya menjadi Duta Besar Gelanggayu ke Amerika Syarikat pun berakhir juga. Tetapi Presiden Kennedy telahpun menghubungi Sultan Jaafar di Wijayapura dan memberitahu bahawa Yahya sangat penting dalam usaha Amerika Syarikat di Dai Viet, maka Presiden Kennedy minta tempoh beliau disambung lagi.
Sultan Jaafar berkenan untuk menyambung tempoh Yahya menjadi duta di sana. Lagipun, Aminah masih lagi belum tamat Junior High School. Norman pun masih belum tamat, dan tugas Yahya ialah untuk menjaga Tengku AR.
--
Di Perancis, kerajaan mengadakan referendum untuk kemerdekaan Algeria, dan lebih 75% rakyat Perancis menyokong kemerdekaan Algeria.
Sebaik sahaja berita gembira itu tiba, Samia terus berlari dan memberitahu Mamat tentang kemerdekaan Algeria. Mamat ucapkan syukur dan tahniah atas kemerdekaan.
Cuma selepas ini, Samia dan kawan-kawannya yang lain akan pulang ke Algeria, dan menyambut kemerdekaan mereka di sana. Mereka menjemput sekali Mamat untuk ke Algeria, dan Mamat cuma berkata "Insya-Allah".
--
Mamat
Sebagai seorang manusia, bertemu dan berpisah adalah sebahagian daripada kehidupan. Ramai kawan-kawan yang aku jumpa, kemudian berpisah. Aku harap mereka takkan lupakan aku.
Semasa dua minggu aku di Cuba, aku menghabiskan masa aku menghabiskan kiraan untuk mereka membina pelancar peluru berpandu. Ernesto Guevara, atau dikenali sebagai Che dari kalangan yang rapat, banyak menghabiskan masa untuk duduk bersama dengan aku.
Aku tak faham, sebab dia ni baya lebih kurang macam umur Vyacheslav, tetapi dia lebih nak duduk dengan aku. Dia cuba juga nak menunjukkan bahawa komunisme adalah sistem ekonomi yang bagus, dengan menunjukkan bahawa Cuba mampu memberikan ubat-ubatan percuma kepada penduduknya.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.