Mesyuarat rahsia antara Perdana Menteri Britain, Winston Churchill, Presiden Amerika Syarikat, Franklin Rossevelt dan Perdana Menteri Kanada, William McKenzie King berlangsung di Quebec, Kanada.
Sir Douglas Shipway, menjadi salah seorang penasihat kepada Churchill, dipanggil memandangkan beliau pernah menjadi Residen British di Gelanggayu, dan Amerika Syarikat mahu membantu Britain membebaskan Wijayapura, pelabuhan paling penting di Asia Tenggara, kerana itu dia dipanggil sekali dalam mesyuarat.
Admiral Lord Louis Mountbatten dipilih sebagai Supreme Commander untuk Tentera Berikat di Asia Tenggara. Mountbatten yang merupakan salah seorang ahli Freemason merupakan salah seorang ahli yang rapat dengan Sir Douglas.
Sementara itu, Sir Douglas memberi tahu tentang anak buahnya Yahya yang sedang dalam misi untuk menggulingkan kerajaan Phibunsongkhram di Suvarnabhumi.
Sir Douglas juga memberitahu bahawa 'ada Nazi di dalam penasihat Rossevelt', kemudian Sir Douglas memberitahu bahawa Wan Zahir adalah orang yang membantu Adolf dalam mengambil alih Parti Nazi.
Sir Douglas memberitahu kepada Rossevelt yang Wan Zahir harus ditangkap jika mahu operasi rahsia membebaskan Eropah dari Nazi ini berjaya.
--
Wan Zahir yang sedang berada di Office No. 12, sedang berbincang dengan pegawai-pegawai pengurusan tentera Amerika Syarikat untuk urusan di sebelah Pasifik, tiba-tiba ditahan oleh pihak tentera, atas arahan Presiden Rossevelt.
Wan Zahir terkejut, kerana dia sedang berkhidmat untuk memenangkan Tentera Berikat, tiba-tiba Presiden Rossevelt mengatakan yang Wan Zahir harus ditahan untuk disoalsiasat kerana Presiden mempunyai bukti yang kukuh tentang penglibatan Wan Zahir di dalam Nazi sejak 1920an.
Tindakan kerajaan Amerika Syarikat menahan Wan Zahir membuatkan Sultan Amiruddin menjadi murka, kerana sekali lagi warganya dilayan dengan buruk di negara ini.
Rossevelt menerangkan bahawa terdapat bukti bahawa Wan Zahir terlibat dengan kerja-kerja propaganda di Jerman ketika sebelum Adolf berkuasa. Wan Zahir perlu disiasat kerana banyak rahsia yang terdedah kepadanya.
--
Berita penangkapan Wan Zahir di Amerika Syarikat itu menggemparkan kumpulan Sayap Kuning. Perkara ini menyebabkan operasi Sayap Kuning terpaksa diserahkan kepada Wan Husin yang masih kurang berpengalaman.
Wan Husin dilantik sebagai Pemangku Ketua Sayap Kuning, tanpa lantikan sebagai Datuk Temenggung kerana Sultan Amiruddin dan Tengku Jaafar kedua-duanya di luar Gelanggayu, dan hidup dalam buangan.
Situasi ini mencetuskan krisis dalaman Sayap Kuning dan ramai ahli keluarga Wan Demang tidak berpuas hati dengan lantikan Wan Husin itu, terutamanya anak-anak Wan Zahir.
Keluarga Wan Zahir terutama anaknya, Wan Zahari menuduh masalah ini berpunca dari Aina, sementara Wan Husin dan Wan Hamid pula berkata keluarga Wan Zahir, terutamanya anak sulungnya, Wan Zahari tidak boleh menerima hakikat bahawa ayahnya terlibat dalam parti Nazi.
Wan Husin berkata semasa dia kecil, Wan Zahir ada membawanya ke ceramah Parti Nazi yang anti Yahudi, anti orang lain selain kulit putih, dan mempunyai agenda jahat.
Berlakulah perpecahan dalam keluarga Wan Demang, ada yang pro Wan Zahari dan pro Wan Husin, dan mereka bertempur dan berperang sesama sendiri. Pertempuran ini mencetuskan situasi yang keliru pada pemerintah Ryukyu kerana ada Kempeitai di kedua belah pihak.
Dalam situasi krisis ekonomi yang semakin meruncing, dan berlaku perasaan tidak puas hati dengan kerajaan Ryukyu yang memotong gaji dan tidak membayar gaji, menyebabkan krisis berlaku di seluruh Gelanggayu.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficción históricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.