Episod 56 - 9 Mei, 1956

36 9 1
                                    

"Mamat, Mamat nak tau tak, tadikan masa Aunty Laila pergi pasar nak beli daging, dorang tau yang Aunty ni saudara Mamat, tau tak berapa dorang jual daging lembu ni sekati?"
"$0.40?" tanya Mamat.
"Tak! Dia bagi free! Aunty Laila jadi segan sebab Aunty beli sampai tiga kati, kan? Jadi Aunty bagi dia $1.20. Dia tolak tangan Aunty, tak nak duit. Baiknya dorang dengan Mamat. Rasanya dorang memang sayangkan Mamat."
"Aunty bayar tak?"
"Aunty nak bayar la, tapi dorang tetap tak nak duit Aunty."

Mamat rasa bersalah. Dia tak nak dipuja, dia cuma buat apa yang dia rasa dia perlu buat je. Dia tak nak sampai orang bagi-bagi barang percuma ni.

Barangan yang diminta macam rempah, serai, lengkuas, halia, dan bermacam lagi bahan untuk membuat rendang sudah tiba dari Gelanggayu. Cuma kelapa sahaja yang dibeli di pasar orang Jamaica, ada jual santan, sebab masakan mereka ada menggunakan bahan tu.

Mereka berdua memasak juadah hari raya yang akan disambut dua hari lagi.

"Sedapnyaaaaa ibu dengan Abang Mamat masaaaaakkk! Tak sabarnya nak rayaaaaa!" kata Aminah.
"Aunty, kalau raya ni Mamat nak jemput kawan-kawan Mamat, boleh tak?"
"Bukan apa, kita ni duduk rumah Uncle Yahya. Uncle Yahya tu faham-fahamlah."

Mamat mencebik mukanya.

"Mamat, kalau rumah ni rumah Aunty Laila, satu lorong 11th Street nak datang rumah ni pun Aunty tak kisah. Masalahnya rumah ni Uncle Yahya yang dapatkan."
"Aunty, kenapa Aunty kahwin dengan Uncle Yahya?"

Laila terdiam panjang. Sambil dia mengacau rendang di kuali, dia terkedu dengan soalan dari Mamat itu.

"Dulu Aunty ada jawapannya, sekarang ni, entahlah. Aunty tak tahu apa sebabnya," kata Laila.

"Kenapa dulu ada jawapan, sekarang tak ada?"
"Sebab jawapan dulu dah tak sesuai untuk waktu sekarang."
"Sebab Aunty Laila cintakan dia?"
"Lebih kepada admire. Macam Selma dengan Mamat..."
"Ish, ke situ pulak Aunty ni..."
"Mamat suka Selma ke Faridah?"
"Alamak Aunty ni, Mamat ni baru 12 tahun. Awal lagi nak memikirkan pasal cinta ni," kata Mamat.

--

Aminah bukan main seronok menonton Elvis Presley berjoget sambil menyanyi lagu popularnya, Hound Dog di televisyen.

Elvis Presley - Hound Dog

Mamat duduk di sofa, sambil bermain gitar yang dihadiahkan oleh ayah Elijah. Menurut ayah Elijah, gitar itu ialah milik mendiang datuknya yang merupakan seorang penyanyi blues yang terkenal di Mississippi. Mendiang meninggal dunia akibat dituduh menculik anak budak perempuan kulit putih, dan digantung di pokok oleh penduduk kulit putih.

"Pandainya Abang Mamat, sekali dengar je dah tahu main lagu Hound Dog!" kata Aminah mendengar Mamat bermain lagu itu.

Mamat tidaklah anti kepada penyanyi popular seperti Elvis, tambahan pula dia merupakan penyanyi paling popular di dunia sekarang ni. Tetapi Mamat menyedari muzik rock and roll, blues, jazz dan soul ni berasal dari budaya kulit hitam.

Alat muzik gitar ditiru oleh penjajah Sepanyol yang datangnya dari ghazal, yang dicipta oleh orang Andalusia, dipanggil qitharah. Apabila Sepanyol menjarah Afrika dan membawaa hamba abdi ke benua Amerika, orang kulit hitam dari Afrika belajar bermain gitar dan mencipta muzik mengikut kebudayaan mereka. Lagu seperti jazz, rock and roll, soul dan blues wujud dari ladang-ladang di mana mereka ini memburuh.

Tetapi Elvis Presley, Bill Comet, Buddy Holly dan Johnny Cash dapat masuk televisyen sebab kebanyakan televisyen tidak mahu menjemput artis berkulit hitam.

Mamat tidak benci kepada orang kulit putih, dia ada sahaja ramai kawan-kawan di universiti, begitu juga dengan pelajar universiti di Georgetown University, di mana Mamat ialah pensyarah matematik yang mengajar kalkulus dan statistik. Ramai pelajar kulit putih yang dia rasa baik-baik.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now