Episod 104 - 29 April, 1970

55 10 0
                                    

Tentera Amerika Syarikat dan Dai Viet Selatan menyerang Khmer dengan menyeberang ke sempadan dan menyerang kedudukan Viet Cong dan Khmer Rouge di timur negara itu.

Serangan yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Lu Mong Lan, Leftenan Jeneral Do Cao Tri dan Mejar Jeneral Nguyen Viet Thanh, serangan Dai Viet Selatan menuju ke tiga arah, bertempur dengan Viet Cong yang berkubu di Khmer.

--

1 Mei, 1970

Serangan ke atas Khmer menyebabkan lebih 4 juta orang pelajar termasuk pensyarah di seluruh Amerika Syarikat, memboikot dan mengadakan mogok seluruh negara.

Lebih 900 buah universiti dan kampus melancarkan mogok, dan keadaan semakin serius apabila Guardsman di Ohio telah menembak mati pelajar yang memprotes perang di Kent State University.

Situasi menjadi terlalu buruk sehingga Presiden Nixon terpaksa dibawa ke Camp David selama dua hari untuk keselamatan Presiden.

Igauan buruk 1967-68 kini berulang kembali, dahulu dihadap oleh Presiden Johnson, kini dihadap oleh Presiden Nixon.

--

Pagi-pagi lagi Faridah terkejut bila dengar Mamat buka lagu rock dengan volume maksima. Maklumlah, duduk rumah agam macam 2 Jalan Cendana ni jiran sebelah tak dengar satu apa pun bunyi walau sekuat mana pun volume speaker radio tu.

Ditambah pulak dengan Mamat pulak cucuk wayar gitar elektriknya pada speaker besar, memang bising la.

Lagu Helter Skelter - dari The Beatles, dikatakan lagu 'metal' pertama dicipta (walaupun ada yang kata The Kinks atau The Who dah buat dulu lagu yang lagi keras) berkumandang dengan Azlan duduk di kerusi sofa menghadap Mamat yang main gitar gaya macam rock star.

"Ibu, bisinglah. Aziz nak tidur pun tak boleh," kata Aziz sambil gosok mata.
"Eiii, kau ni. Hari dah pagi dah ni, kau nak tidur amende lagi kau ni. Adik kau mana?"
"Dia dengan ayahlah, mana lagi."

Faridah turun ke bawah, dan nampak Azlan bukan main terhangguk-hangguk dengar lagu rock sambil tengok ayah dia 'perform' depan dia.

"I got blisters on my fingers!" jerit Ringo Star dalam lagu itu sebelum lagu itu berakhir.

"Bukan main lagi si Alan ni, tengok bapak dia main gitar macam gaya rock star. Dengan dia sekali headbanging. Mat!"
"Apa?"
"Kecikkan la sikit radio tu! Pagi-pagi camni kau bukak radio kuat-kuat!"
"Macam mana saya nak kecikkan speaker radio ni? Mana ada alat pengecil barang lagi!"
"Eiiii kau ni loyar buruk laaaa Mat! Kecikkan suara! Kecikkan suaraaaa!"
"Cakap la slowkan volume..."
"Sekarang ni zaman Iskandar. Zaman Iskandar ni kita kena mendaulatkan bahasa kebangsaan. Victoria Hill pun dah tukar jadi Puncak Jaya dah sekarang. Kau jangan nak loyar buruk dengan aku sangat, Mat!"
"Ye lah, ye lah! Baiklah...gurau sikit pun nak marah...tu, saya dah buatkan breakfast untuk awak dan Aziz. Saya buat pancake macam masa kita duduk di US dulu. Suruh Aziz mandi, gosok gigi dulu. Saya dengan Azlan nak keluar ni."
"Keluar pergi mana?"

Mamat naik kening, dan kata: "mancing!"

Faridah dah buat muka dah.

"Aik? Bukan dulu masa kita duduk New York, kan awak selalu suka mancing? Kita mancing kat Long Island? Ingat tak?"
"Ye laaaaa, masa tu aku tengah mengorat kau. Sekarang aku dah jadi bini kau! Mana la aku minat benda macam mancing ni!"
"Jadi masa tu, awak berpura-pura je lah suka mancing? Ingatkan awak betul-betul suka memancing."
"Eiiii masa tu aku nak mengayat kau laaaaa!"
"Sekarang kenapa tak nak ayat saya lagi? Sebab saya dah jadi suami awak ke?"
"Eiiii kau dah la kentut bersepah, suka bukak lagu kuat-kuat, dah la, kau pergi la dengan Mamat tu! Geram betul aku dengan kau ni..."

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now