Episod 141 - 30 Mac, 1980

41 5 0
                                    

Perhimpunan Agung Parti Persekutuan mengejutkan semua hadirin dan wartawan, apabila Presiden Parti Persekutuan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Iskandar Ali mengumumkan perletakan jawatannya dari semua jawatan yang dijawatnya, baik kerajaan atau di dalam parti.

Semua menteri-menteri, ketua bahagian dan delegasi semua mengerumuni Datuk Seri Iskandar.

"Tarik balik, Datuk Seri...tarik balik..."
"No...I have decided. Dah lama daaahhh!" kata Datuk Seri Iskandar sambil mengelap air matanya.

Sesi ucapan penggulungan parti dihentikan, sementara Datuk Seri Iskandar dibawa turun ke dewan dan dipujuk untuk tarik balik keputusan itu.

"Datuk Seri, kesiankan Tan Sri Zairi, kalau nak letak jawatan sekalipun, beritahulah tempoh masanya. Jangan begini, Datuk Seri. Fikirkan kestabilan negara," kata Menteri Pengangkutan, Datuk Fikri Ismail.
"Datuk Seri, Datuk Seri telah menyatukan parti, dan menangkan pilihanraya selama tiga kali berturut-turut. Datuk Seri jangan macam ni..." kata Menteri Wanita, Datuk Seri Rafeah Aziz.

Datuk Seri Azmi turut bersama di situ, dan memujuk Datuk Seri Iskandar.

"Beginilah, Datuk Seri. Kalau Datuk Seri nak berhenti juga, apa yang kami boleh cakapkan ialah beri Tan Sri Zairi buat persiapan. Berikan dalam masa setahun ni, kemudiannya kita akan tangguh pemilihan demi persiapan untuk pilihanraya nanti. Datuk Seri tak boleh berhenti mengejut macam ni," kata Datuk Seri Azmi yang merupakan Menteri Penerangan.

Datuk Seri Iskandar yang Datuk Seri Azmi ni bermuka-muka. Tetapi ini adalah taktik untuk memberi laluan kepada abangnya Tun Ismail Ali, dan 'Team Serangan Subuh' untuk melakukan rancangan meruntuhkan empayar British dari segi kewangannya, dengan membeli semua syarikat-syarikat perladangan, perlombongan dan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh British di Gelanggayu dan tanah-tanah jajahannya yang lain.

Tetapi taktik ini harus dilakukan secara licik dan terperinci, sebelum dikesan oleh MI6 British.

Maka beberapa hari kemudian, Tun Ismail Ali, bersama Datuk Seri Iskandar, Faridah, Menteri Kewangan Datuk Seri Mokhtar, CEO Permodalan Gelanggayu Berhad, Datuk Seri Khalid Ibrahim dan Tengku Ariffin yang mewakili keluarga al-Daulah, bertemu di rumah Tengku Ariffin di 2 Jalan Cendana.

Semuanya bersetuju bahawa mereka akan mengambil semua syarikat-syarikat British ini, melalui syarikat yang dikawal oleh tiga orang, Tun Ismail, Faridah dan Tengku Ariffin.

Semua memilih tarikh Hari Kebangsaan, 21 April, 1980 iaitu hari Isnin, apabila pasaran saham baru dibuka dari cuti hari minggu.

--

Antara punca-punca mengapa Datuk Seri Iskandar melakukan perkara ini, kerana sejak Perdana Menteri baru Britain, Margaret Thatcher memegang jawatan itu pada tahun 1979, telah membuat polisi yang menentang semangat setiakawan Komanwel, dan tidak menghargai negara-negara bekas jajahan.

Sebab-sebab yang lain ialah:

1. Menaikkan yuran pengajian rakyat Gelanggayu di di universiti-universiti Britain.

2. Menghapuskan subsidi pendidikan rakyat Gelanggayu di Britain sebahagian daripada 'colonial reparation' yang telah dipersetujui semasa Perdana Menteri Clement Attlee menandatangani perjanjian persetujuan kemerdekaan.

3. British menolak permintaan tambahan kuota pendaratan Gelanggayu Airlines di lapangan terbang Heathrow.

4. British menolak cadangan kerajaan untuk penanaman semula kelapa sawit oleh syarikat Guthrie milik British yang memberi kesan kepada pendapatan peladang sawit tempatan.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now