Sir Douglas Shipway telah meninggal dunia pada usia 91 tahun. Dilahirkan pada era Abraham Lincoln dan Perang Saudara Amerika Syarikat, Sir Douglas telah melalui segalanya dan membawa kumpulan fraterniti Freemason di kemuncaknya.
Upacara pengebumian dilangsungkan pada sebelah pagi, dengan Yahya turut mengusung kerandanya.
Selepas upacara pengebumian, Yahya menerima segala harta-harta yang diwasiatkan, selain Matilda yang merupakan anak tunggal Sir Douglas.
Jumlah harta yang diterima Yahya berjumlah $8 billion, serta mendapat pelbagai hubungan dengan kapitalis yang lain.
Selepas selesai penyerahan harta, Yahya pulang ke Wijayapura, dan mendapati Laila, Mamat dan Aminah semuanya tiada di rumah. Apabila ditanya kepada Dahlia yang merupakan jiran sebelah, Dahlia memberitahu yang mereka semua ke Melaut untuk melawat ibu mertua yang sakit.
Yahya jadi marah, kerana Laila tidak memberitahunya. Dia terus menaiki kapal terbang dan menuju ke Melaut.
--
Semua kanak-kanak termasuklah Mamat, Osman dan Jamal dihimpun dan disambut dengan kompang. Upacara berkhatan bermula dengan mereka beramai-ramai mandi di sungai, dan kemudiannya, satu per satu kanak-kanak dikhatankan oleh tok mudim.
"Ha, kau cakap kau handal sangat, kau yang sunat dulu," kata Jamal kepada Mamat. Mamat bertenang dan meletakkan anunya ke batang pisang.
"Mamat, Mamat sihat?" tanya Tok Mudim.
"Sihat, tok mudim."
"Mamat jangan takut ya, ni sakit macam gigit semut je."Mamat menahan sakit, dan paling sakit ialah ketika sedang menjahit kulit itu.
Tidak seperti kanak-kanak lain, Mamat tidak menangis, dan masih boleh tersenyum selepas berkhatan.
--
Sebagai seorang jururawat, Laila memang dah biasa merawat kanak-kanak yang berkhatan macam ni. Tetapi di Melaut ini, ubat-ubatannya kurang dan banyak yang tak ada.
Disebabkan tidak ada ubat antibiotik atau ubat-ubatan moden, Laila menggunakan ubat-ubatan tradisional yang diamalkan oleh penduduk Melaut sejak ratusan tahun lalu.
Aminah pula sibuk memerhatikan Mamat dan adik beradiknya yang baru lepas berkhatan.
"Ish, Minah ni. Ni tempat orang lelaki la."
"Ala, ibu boleh je ada kat sini?"
"Ibu rawat luka dorang ni. Dah, pergi kat Makcik Samsiah.""Aunty...."
"Ya, Mamat?"
"Macam mana dengan sekolah? Berapa lama Mamat tak pergi sekolah ni?"
"Tunggu sampai Mamat baiklah. Takkan nak pergi sekolah macam ni. Lagipun, Mamat nak sekolah kat sana ke?"
"Mamat nak sekolah kat sini boleh?"Laila jadi serba salah. Dia tahu Yahya hantar Mamat ke sekolah rendah terbaik di negara ini untuk menyediakan Mamat menjadi pemimpin negara, dan tak lama lagi, Mamat akan dihantar ke sekolah menengah dan universiti sejajar dengan tahap pemikiran dan kemahirannya.
"Yang tu kita bincang nanti, ya? Mamat tak suka sekolah kat sana ke?"
"Bukan tak suka, Aunty. Mamat suka je, kawan dengan Dollah, Mat Nor, Imad, Idah...tapi kat sini, Mamat ada adik beradik, sepupu, saudara Mamat. Mamat ada Abang Aki. Mamat ada semua yang sayangkan Mamat. Kat sana, cuma Minah dengan Aunty je sayangkan Mamat..."
"Uncle Yahya pun sayangkan Mamat juga..."Tiba-tiba terdengar suara Yahya menjerkah di depan pintu.
"Hah! Kat sini kau rupanya!"
"Abang!"Yahya berjalan dan melangkah ke arah Mamat dan terlanggar peha Jamal yang sedang terbaring selepas khatan, menyebabkan dia menangis.
"Berani kau keluar dari rumah tanpa kebenaran aku!" kata Yahya sambil naik tangan. Baru nak naik tangan, Aki sudah berada di belakang Yahya dan menarik bahu Yahya.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.