Disebabkan Faridah ada meeting di Amerika Syarikat, Mamat ditugaskan untuk menjaga Aziz dan Azlan di rumah.
Hari ini hari lahir hari istimewa, dan Mamat buat kek dan menyambut hari jadi Azlan yang kedua hari ini.
"Sedaplah ayah buat kek ni," kata Aziz.
"Terima kasih."
"Ibu tak ada pulak. Kalau ibu ada, mesti lagi seronok."
"Ibu ada kerja, Ziz. Korang makan dulu, ayah ada kerja nak kena buat."Ketika sedang makan, tiba-tiba Aziz jatuhkan keknya ke lantai.
Mamat selesai mencuci peralatan membuat kek, dia kembali ke ruang tamu, dan nampak Aziz cuba makan kek di atas lantai.
"Aziz, kotorlah!" Mamat tinggikan suara sampai Aziz menangis.
Mamat pergi ke dapur, kemudiannya membasahkan kain lap untuk mengelap kesan kotoran dari krim kek yang terjatuh di lantai.
"Tak ada lagi kek untuk awak, Aziz!" Mamat ambil kek, kemudian simpan ke dalam peti ais. Aziz terus menangis.
Azlan yang umur dua tahun makan kek dengan tenang sambil pandang Aziz yang sedang menangis.
"Ayaaaahhh, nak kekkkk!"
"Ayah dah berikan kamu sepotong kek, tapi kemudian awak jatuhkan kek tu. Kenapa awak tak boleh makan kek tu elok-elok?"
"Aziz tak sengaja!"
"Saja je nak ayah buat lebih kerja la, kamu ni. Makan elok-elok lah."
"Ayah selalu marah Aziz. Ayah tak pernah pun marah Alan...ayah tak adil!"
"Nak cakap tentang keadilan? Apa yang Aziz faham tentang adil?"
"Ayah selalu lebihkan Alan, kalau Aziz selalu ayah marah je..."
"Aziz, dengar sini. Cuba Aziz tengok Alan makan kek. Dia makan comot tak?"Azlan makan kek dengan muka yang tak bersalah, dan tenang makan kek perlahan-lahan.
"Tak..."
"Dia jatuhkan kek kat atas lantai tak?"
"Tak..."
"Jadi kalau ayah marah Alan, adil ke macam tu pada Alan? Kenapa dia kena marah padahal dia tak buat apa-apa salah?"
"Tapi Aziz selalu kena marah dengan ayah..."
"Sebab Aziz selalu ulang kesalahan yang sama. Lagi satu, kurang-kurangkanlah menangis tu. Kita ni orang lelaki, tak patut menangis cengeng macam ni. Dah berapa kali ayah cakap dah ni."Aziz merajuk, kemudiannya Mamat pujuk Aziz.
"Macam ni lah, Aziz makan bahagian ayah punya kek tu. Tapi ayah bagi syarat, jangan jatuhkan kek macam tadi, faham?"
"Faham, ayah..."
"Ayah bukan tak berlaku adil pada awak, Aziz. Tapi awak tu selalu sangat cemerkap. Selalu leka dan culas. Orang lelaki tak boleh leka atau culas. Leka atau culas ni, membahayakan orang lain, menyusahkan orang lain. Ayah tak nak Aziz leka dan culas. Ayah sayangkan Aziz, tapi kalau ayah tak marah Aziz bila Aziz asyik buat silap macam ni, sampai bila-bila pun Aziz takkan belajar dari sini. Faham tak?"
"Faham..."
"Mari sini..."Mamat memeluk Aziz, sambil menggosok kepalanya.
"Sebagai abang, Aziz ada tanggungjawab yang besar. Aziz kena jadi contoh kepada Alan. Sebab tu ayah bertegas kepada Aziz, supaya Aziz sedar yang Aziz kena jadi kuat."
"Tapi Aziz budak kecik lagi!"
"Sebab Aziz masih kecik lagi, ayah cakap. Kalau dah tua baru nak cakap, dah payah nak ubah dah perangai tu. Faham tak?"Aziz mengangguk.
"Ayah bukan suka nak marah Aziz. Tapi tolonglah, ayah ada banyak kerja ni. Tolonglah jangan tambah kerja ayah yang sedia banyak ni. Ibu tak ada kat rumah, jadi ayahlah kena main peranan ibu sementara dia tak ada di rumah ni. Aziz faham tak ni?"
"Faham..."
"Dah, pergi makan kek ayah. Ada dalam peti ais tu. Ambil elok-elok, letak di piring elok-elok. Makan elok-elok."Aziz pun berhenti menangis selepas Mamat membenarkan dia makan bahagian kek ayahnya. Kali ini dia lebih berhati-hati dan dia cuba contohi Azlan yang makan mengikut tertib seperti ayahnya, yang dah biasa ditetapkan dengan undang-undang rumah yang ketat oleh Yahya.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiction HistoriqueMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.