Imagine there's no heaven
It's easy if you try
No hell below us
Above us, only skyImagine all the people
Livin' for today
AhImagine there's no countries
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion, tooImagine all the people
Livin' life in peace
YouYou may say I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will be as oneImagine no possessions
I wonder if you can
No need for greed or hunger
A brotherhood of manImagine all the people
Sharing all the world
YouYou may say I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will live as one--
Mamat
Apabila lagu John Lennon, Imagine mula keluar di radio, aku terus call Kementerian Penerangan, minta mereka ban lagu tu dari siaran radio di Gelanggayu.
Aku tahu ini adalah projek Operation Innocent Children yang dijalankan oleh Vyacheslav sejak 1952. Aku sendiri sebahagian daripada orang yang menjalankan projek ini.
Perhatikan liriknya, itu adalah apa yang ditulis dalam Manifesto Komunis oleh Karl Marx. Ini adalah proses yang terakhir dalam operasi ini. Bila lagu Imagine, yang lirik lagunya berlandaskan mesej yang disampaikan oleh buku komunis, dan menduduki carta nombor 1 di Australia, Kanada, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, serta sekurang-kurangnya top three di hampir seluruh dunia, maknanya apa?
Maknanya generasi yang dah terjangkit dengan 'virus fikiran' yang disebarkan oleh Innocent Children ini, mereka menerima idea komunisme sebagai idea yang menarik untuk mereka sokong, dan apabila mereka semua ini mula memasuki pejabat dan melakukan polisi kerajaan, mereka akan jadi penyokong komunis.
Aku tak ada masalah dengan John. John, seperti juga Paul, George atau Ringo, kalau aku jumpa, kami lepak dan kami okay. Aku faham kecenderungan politik John macam mana. Walaupun lagu Back In The USSR tu ditulis oleh Paul, tapi kuat dipengaruhi dari John.
Cuma aku takkan bersetuju untuk membiarkan ideologi komunis ini disebarkan menerusi medium ini di negara ini. Sebab sekali golongan remaja terjangkit dengan pemikiran ni, jahanam negara pada masa hadapan.
John nak kita semua bayangkan bagaimana hidup manusia tanpa agama? Nak tahu apa aku bayangkan?
Akan datang akan muncul perjuangan untuk golongan peliwat, lepas tu hak untuk pedophile, hak untuk menafikan fitrah yang Tuhan tentukan, dan akhir sekali, hak untuk menidakkan Tuhan.
Jahanam masyarakat nanti. Dan aku akan pastikan anak-anak aku tidak terpedaya dengan perangkap psikologi ini. Aku tahu perkara ini sebab aku sendiri yang terlibat dalam hal ini.
Memang niat aku nak jahanamkan Amerika Syarikat, dan kerajaan imperialisnya serta sekutunya. Tapi aku tak sokong komunis. Aku gunakan komunis untuk rosakkan Amerika, dan aku takkan benarkan ia berlaku di sini.
--
14 Oktober, 1971
Persepolis, Marvdasht, IranShah Iran, Shah Reza Pahlavi dengan hasil kekayaan penjualan minyak, telah membuat pesta besar-besaran, sempena menyambut ulangtahun ke-2,500 penubuhan Empayar Achaemenid yang diasaskan oleh Maharaja Sirus.
Pemangku Raja, Tengku Aminul Rasyid dan isteri, Tengku Khalidah mewakili Gelanggayu menghadiri majlis tersebut. Turut ikut sama ialah Yahya, yang baru sahaja keluar dari hospital dan menerima rawatan jantung.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiksi SejarahMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.