Episod 158 - 5 Januari, 1984

35 6 0
                                    

Keesokannya, Natasha menunggu Azlan di pintu pagar, sampai jam 7:30 pagi apabila loceng sekolah berbunyi. Dia kemudiannya pulang ke kelasnya, dan mendapati Azlan tidak ada pun di sekolah.

Semalaman dia berfikir sebelum tidur tentang apa yang dia nak cakap pada Azlan selepas peristiwa semalam. Tapi bila tiba masanya, Azlan tidak hadir ke sekolah.

Ketika sedang serabut memikirkan mengapa Azlan tidak hadir ke sekolah, tiba-tiba Natasha terima sejambak bunga ros dari senior Tingkatan Lima.

"Hah? Damian Mohd Nor dari 5 Usahawan?" Natasha tengok pada kad ucapan pada bunga ros itu. Satu kelas dah kecoh-kecoh tentang Natasha dapat bunga dari senior sekolah, Natasha kemudiannya mengambil bunga ros itu, dan buang di tong sampah. Dia tak nak layan pun gosip-gosip liar orang ramai di sekolah ni.

Ada dua lelaki yang nampak cuba nak memikat Natasha, iaitu Damian Mat Nor, anak kepada Datuk Mat Nor, dan Harry Mubin, anak kepada Datuk Mubin. Natasha memang ada ramai peminat di sekolah, tetapi Natasha tak berminat nak layan.

Di waktu rehat, Natasha disapa oleh Damian.

"You dah dapat bunga tu tak?"
"Dapat," jawab Natasha.
"You suka tak?"
"Nak buat apa bagi bunga?"
"I nak ajak you keluar Valentine's Day nanti."
"Valentine's is on February. We're not finish yet in the first week of the year. What are you talking about?"
"I book you awal-awal."
"You ingat I ni kereta ke nak book-book ni? Sorry, not interested," kata Natasha.
"Come on, Nat. Give me a chance..."
"Talk to my hand..." kata Natasha menunjukkan tapak tangannya, sambil malas nak melayan Damian yang merayu untuk ajak keluar.
"Fine, but I will never stop asking you until you give up."
"Don't care," kata Natasha.

Kepalanya serabut untuk memikirkan banyak perkara yang berlaku sejak peristiwa semalam.

Apabila dia pulang dari sekolah, kereta yang dinaikinya melalui rumah Tun Ismail. Dia nampak Azlan sedang berbincang dengan beberapa orang pegawai yang berkulit putih. Azlan juga memakai suit dan tali leher, seolah-olah baru balik dari pejabat.

"Berhenti kejap, Uncle," kata Natasha kepada pemandunya. Kereta berhenti di hadapan rumah Tun Ismail, dan dia nampak nombor plat kereta di hadapan rumah Tun Ismail Ali, ada kereta dengan plat kereta tertulis "Embassy of Federal Republic of Germany".

Terdapat juga beberapa orang Melayu yang berada di situ bersama dengan orang Jerman.

Natasha curi-curi masuk dan mengintip dari jauh.

"Wait, he speaks German? I'm half Danish and I still can't understand Danish, let alone German. Wow," kata Natasha, yang timbul sedikit kagum dengan Azlan.

"Haaa! Buat apa tu?" tanya Nek Dahlia yang sedang bawa air kopi ke meja di gazebo rumah Tun Ismail.
"Eh, Nek Dahlia..."
"Kamu mengendap Azlan ya? Cucu Nek Dahlia tu..."
"Tak, cuma nak tahu kenapa Azlan hari ni tak datang sekolah?" tanya Natasha.
"Azlan kena pergi ke Wehrkundebegegnung Summit, di Munich esok."
"Werkunde what?" Natasha tergaru-garu kepalanya.
"Wehrkundebegegnung Summit. Persidangan tentang pertahanan terbesar di Eropah, bersidang di Munich, Jerman Barat. Presiden Reagan pun hadir sebagai tetamu kehormat."
"Wait, Azlan meet President Reagan?"
"Yeah, Alan dengan dia rapat, sebab sebelum jadi Presiden, Alan pernah duduk kat rumah dia. Ada gambar dia dengan Presiden Reagan kat dalam rumah ni. Tu, right here."

Natasha buka kasut, kemudiannya dia masuk ke rumah Tun Ismail dan nampak gambar Azlan sedang duduk dengan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan di rumahnya di Santa Barbara, California.

"Lagipun last year pun President Reagan jemput dia ke White House," Nek Dahlia tunjuk satu lagi gambar Azlan dengan Presiden Reagan di Oval Office, White House.
"He is close friend with President Reagan? Wow...I mean, I'm impressed."
"Nek Dahlia hantar air ni dulu. Nak cakap dengan Alan ke?"
"Ermm, tak apalah. My driver tengah tunggu I kat tepi tu. Got to go!" kata Natasha.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now