Episod 147 - 13 Ogos, 1981

44 6 0
                                    

Di kediaman peribadinya, Rancho del Cielo, Santa Barbara, California, Presiden Ronald Reagan menandatangani Akta Pemulihan Ekonomi 1981, yang akan memotong cukai yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Pemotongan itu juga akan mengurangkan cukai pendapatan, cukai korporat dan pengecualian cukai terhadap pembelian aset di Amerika Syarikat. Akta itu juga akan melonggarkan regulasi untuk merancakkan ekonomi yang telah lembab sejak krisis minyak tahun 1974.

Mereka yang menyaksikan Ronald Reagan menandatangani akta tersebut bertepuk tangan, tetapi di belakang, Yahya dan Faridah memerhatikan sahaja Ronald Reagan di belakang.

"Turunkan cukai, jadi macam mana nak lawan Soviet? Ada duit ke nak buat senjata?" tanya Faridah kepada Yahya.
"Privatized, Idah. Masa ni kau kena invest juga kat weapon and technology."
"Technology macam semiconductor bolehlah, weapon ni biarlah Uncle yang control. Kita tengok macam mana."
"Kalau harga naik, kau juga rugi, Idah."
"Saya nak ke Silicon Valley lepas ni, nak pergi ke Intel, nak dia terus tambah investment kat Gelanggayu lagi."
"US dah cut tax untuk investment ni, baik kau beli cepat saham-saham ni sebelum naik nanti," kata Yahya.

--

Dengan menggunakan Merlin Incorporated, syarikat yang menguruskan aset dan pelaburan yang berpusat di Temasik, Faridah membeli saham-saham dari Epic Records, atas nasihat Nalini yang memberitahu Michael Jackson bakal mengeluarkan album terbarunya, yang dijangka meletup keras tak lama lagi.

Faridah sedar, Michael Jackson adalah penyanyi pop paling popular sekarang ini. Dengan dia mempunyai pegangan saham dalam Pepsi, dia mempromosi Pepsi di Kwantong, yang penduduknya kini sudah mencapai 1 billion penduduk.

Maka di sini, persaingan yang dipanggil sebagai "Perang Cola" atau "Cola Wars" berlaku antara Coca-Cola dan Pepsi. Persaingan pasaran antara Coca-Cola dan Pepsi melonjakkan keuntungan buat Faridah dan Merlin Inc., tetapi kesan buruknya pula ialah berlaku peningkatan obesiti dari kalangan golongan orang muda.

Menerusi perbincangan dengan pengurus Michael Jackson, beliau bersetuju untuk menjadi duta kepada Pepsi. Tahun hadapan bila Michael Jackson keluar album baru, Pepsi akan meletup, Epic Records pun meletup, dan Merlin Inc akan menerima keuntungan.

--

Di Gelanggayu, Faridah sengaja sebarkan propaganda bahawa Coca-Cola menaja tentera Zionis di Palestin. Sementara perkara itu benar, Pepsi pun melakukan perkara yang sama juga.

Tetapi disebabkan Pepsi ini sedang meningkat naik kerana adanya Michael Jackson menjadi duta produk, demi keuntungan, Faridah kena fikirkan negara sendiri dulu. Kerana itu, propaganda yang dibuat oleh Faridah adalah 'half-truth', iaitu memberitahu separuh maklumat sahaja.

Dalam buku tulisan Noam Chomsky, Manufacturing Consent, Faridah menggunakan taktik yang sama seperti media-media di Amerika Syarikat gunakan untuk menyebarkan propaganda.

Cuma cara Faridah lebih sophisticated, iaitu menggunakan surat layang, dan orang ramai sendiri yang akan ulang cetak untuk menyebarkan maklumat separa benar ini kepada masyarakat Melayu.

Maka syarikat Pepsi di Gelanggayu mengatasi syarikat Coca-Cola dari segi jualan kerana propaganda itu.

Memanglah Faridah kesiankan orang Palestin, tetapi hakikatnya untuk lawan Yahudi, mengikut pemikiran Faridah, ialah kita pun kena bersifat macam Yahudi, iaitu mempunyai perangai 'siku tajam'.

Perangai 'siku tajam' ini macam kepimpinan Lim Kuan Yau di Temasik, macam perangai Ayuni bila berbusiness, macam tu jugalah perangai Faridah.

Apabila Mamat meninggal dunia, semua jaringan yang dibina oleh Mamat, automatik diambil alih oleh Faridah. Ini termasuklah ramai pakar-pakar professional, golongan yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana, golongan intelektual dan para pendidik yang ramai diambil dari Melaut, hasil pendidikan dan budaya ilmu di sana, menyebabkan sekarang ini orang Melaut paling kaya, dan mengawal ekonomi Gelanggayu, meskipun negeri mereka miskin akibat pengabaian dari kerajaan pusat dan military blockade yang dilakukan oleh kerajaan pusat Gelanggayu bagi melawan Gerakan Melaut Merdeka.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now