12:30 malam
Mamat bawa dua ekor kuda, dengan seorang hulubalang bernama Mutalib, menunggang di belakangnya.
"Alan, naik kuda belakang Abang Mutalib. Idah, awak naik dengan saya," kata Mamat.
"Kita nak pergi mana ni?" tanya Azlan.
"Jangan banyak tanya. Bawa beg, dan naik kuda tu. Lekas!"Azlan lekas-lekas menurut perintah ayahnya.
"Mutalib..."
"Ya, Tuan Mamat?"
"Kita boleh bergerak sekarang. Idah, pegang pinggang saya kuat-kuat."Mamat dan Mutalib menunggang kuda dengan tangan kiri memegang tali kuda, dan tangan kanan memegang obor yang menerangi waktu malam yang gelap. Mereka menunggang kuda dan berhenti setiap setengah jam sekali.
Dari Teluk Tenang, mereka mengikut jalan pantai, kemudian belok ke jalan perbukitan, sebelum masuk ke dalam hutan.
Di hutan, mereka berhenti di Sungai Banol, di mana pengkalan Gerakan Melaut Merdeka ada. Mereka disambut oleh komander GMM, Azizul, untuk mereka berempat berhenti rehat.
"Tuan Mamat, kami dapat laporan kawasan di Terang Sari ada tentera Suvarnabhumi. Besar kemungkinan tak lepas."
"Berapa rasanya peluang kita untuk lepas?"
"20 peratus."
"Tak berbaloi. Kita kena rehat dulu. Tolong beritahu orang di sana yang jalan tak clear."
"Baik, Tuan Mamat."Azizul kemudiannya meniup seruling untuk membuat bunyi sebagai kod signal. Beberapa minit kemudian, bunyi seruling kedengaran sayup-sayup memecah kesunyian malam di tengah hutan di Melaut.
"Orang sana dah dapat maklumat dari orang sini. Orang sana akan beritahu maklumat ke orang sebelah sana," kata Mamat kepada Faridah.
Faridah kagum dengan sistem GMM berkomunikasi. Tanpa peralatan canggih, mereka masih lagi berhubung antara satu pos ke satu pos.
"Alan, tolong hidupkan unggun api," Mamat berikan sebatang kayu dan seutas tali.
Faridah terkejut.
"Mat, kau ajar anak kita buat api ke? Bahaya lah!"
"Ini cara survival hidup, Idah. Manusia belajar cara hidupkan api 2 juta tahun yang lalu. Kalau manusia tak tahu nak belajar hidupkan api tanpa lighter, tanpa mancis, kita sebagai manusia dah lupakan cara hidup kita," kata Mamat sambil membantu tentera GMM mengangkat kayu api.Faridah pandang sahaja Azlan yang bertungkus lumus gosokkan kayu itu untuk membakar tali, seterusnya membuat unggun api.
"Pandainya kau buat api tu, Alan?" Faridah jadi kagum dengan kebolehan anaknya.
"Ayah yang ajar. Alan nak belajar buat ni lama juga tau," kata Azlan.
Faridah senyum, kemudian dia pandang Mamat.
"Alan ni, dia jenis tak pernah give up, kan?" kata Faridah.
"Dia ikut perangai awak la tu."
"Kenapa pulak?"
"Sebab awak tak akan menyerah kalah. Tengoklah awak bina pelaburan kita di Kwantong. Susah sebenarnya nak masuk buat business kat negara komunis macam tu," kata Mamat.
"Alaaa, kau pun jenis tak mudah give up juga," kata Faridah, sambil memeluk lengan suaminya.Selepas ada percikan api, Azlan kumpulkan daun-daun kering untuk besarkan api tersebut, sebelum meletakkan kayu di atas api.
"Dah siap apinya, ayah, ibu."
Mereka berempat kemudiannya dihidangkan nasi dengan ikan sungai yang dibakar.
"Ikan apa ni, Zizul?"
"Ikan tengas, Tuan Mamat."
"Boleh dapat tengas kat sini? Setahu saya ada di sungai belah-belah Bagan, di Irrawaddy tu je," kata Mamat.
"Ada di sini, Tuan Mamat."
"Maknanya saya belum cukup tahu lah. Menarik pengetahuan ni," kata Mamat.
"Selalu sini dapat lampam, entah macam mana hari ni dapat tengas pula," kata Azizul.
"Jemput makan, semua!" Mamat angkat pinggan ke arah tenteranya.
"Jemput, jemput!"
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiksi SejarahMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.