Episod 78 - 27 Ogos, 1963

27 8 2
                                    

Mamat

Nasib baik ada Faridah. Kalau tak ada dia, memang mati aku kat tepi jalan tu sorang-sorang. Masa aku kena kat Liverpool tu, pagi petang siang malam dia jaga aku.

Aku tahu, dia sukakan aku. Aku pun sukakan dia. In fact, aku sebenarnya dah jatuh cinta dengan dia sejak kes kuih onde-onde lagi. Masa dia lupa letak inti onde-onde tu, itulah peluang untuk aku lebih rapat dengan Faridah.

Sejak Faridah ada di sisi aku, aku gembira, sebab banyak kerja-kerja aku, terutamanya tentang hal mengumpul duit, dia yang selesaikan.

Kecuali hal mencuri emas Federal Reserve di Fort Knox, duit yang lain banyak datang dari ideanya. Aku suka perempuan yang bijak, yang berdikari, yang berani, walaupun takut pada serangga (kat Liverpool asal ada lipas, mesti aku yang kena bunuh. Kat Bani Oudja, sempadan Algeria-Morocco, jumpa kala jengking, melalak kuat-kuat), dia adalah Yom Puteh dalam zaman aku.

Seorang wanita yang sangat bijak apabila bersama dengan perjuangan Tengku Ishak dan Sayyid Muluk.

Tapi, dia kekasih Mat Nor. Pantang seorang anak lelaki Melaut, bila rampas isteri orang. Tetapi, ada pengecualiannya.

Kalau lelaki tu melampau dan suka dera isteri dia, kita wajib lawan dia. Dalam kerangka pemikiran orang Melaut, lelaki wajib lindungi perempuan.

Tak pernah ada kes rogol di Melaut. Tak pernah ada kes dera isteri di Melaut. Kalau apa yang Yahya buat di Wijayapura atau di Amerika Syarikat tu pada Laila di Melaut, esok pagi dia dah kena tangkap dengan orang kampung, dan dia pulak kena libas depan penduduk kampung.

Di Melaut masih ada hukum hudud dan qisas. Dulu British cuba campur tangan, tapi tentera dia sendiri tak mampu lawan dengan tentera kami.

Tapi kalau kau kacau tunangan orang, isteri orang, siap kau. Memang kena pukul dengan orang.

Disebabkan kod etika itu, aku tak nak mengkhianati Mat Nor. Aku tak tahu Mat Nor dengan Faridah macam mana hubungan mereka sekarang, tapi aku perlu hormati persahabatan. Itu yang Faridah tak faham.

Memang aku suka usik dia, dan dia suka usik aku. Di Liverpool, orang panggil kami berdua 'birdies' sebab kami ni macam seiring seirama. Cuma dia sokong Everton, aku sokong Liverpool. Pffttt, bukan main berlagak dia tahun ni Everton juara liga England.

Sampai kat pejabat kami di Boston tu, dia frame gambar Everton julang piala, colour pulak tu.

"Mat, kau dah sedar?" tanya Faridah sambil dia tuam dahi aku.
"Dah. Terima kasih, Idah."

Dia cepat-cepat tarik kerusi dan duduk depan aku.

"Aku minta maaf dengan kau pasal aku baling air kat muka kau tadi. Aku jadi geram bila tiap kali kau sebut nama Mat Nor, aku jadi tak selesa. Aku tahu aku secara teknikalnya kekasih Mat Nor, tapi aku nak kau jelas, yang itu cuma puppy love. Tak lebih daripada tu. Tapi dengan kau, aku rasa hidup aku lebih bermakna. Aku sedar yang sepanjang aku ikut kau, aku mula faham selok-belok perjuangan kau, untuk kau capai apa yang kau impikan. Dan sebagai orang yang selalu rapat dengan kau, aku faham semua yang kau rasai, dan akulah penyokong paling kuat kau. Tapi bila kau sebut nama Mat Nor, kau macam...alamak, potong la. Kau faham tak?"

Aku senyum je tengok dia.

"Senyum pulak dia. Yang si Selma tu, tiba-tiba je cari pasal dengan aku. Mana aku tak hangin masa tu. Bukan aku tak nak respect kawan-kawan kau, aku respect je. Samia, Umar, Bargouzi, kat Liverpool tu, tu empat ekor kawan kita yang berambut mangkuk tu...sampai famous gila dorang sekarang..."
"Hahah, nama gaya rambut tu, Exi. Gaya rambut tu popular kat Jerman masa late 50s.."
"Yang kawan kau nama Saleem, Elijah, Booker, semua aku hormat je. Yang masa kau menyanyi lagu blues atas meja, aku pun join sekali happy dengan dorang. Tiba-tiba Selma tu datang, buat drama dengan kau. Takkan aku nak diam je?"
"Ye, saya faham."
"Lepas tu bila kau dah menggelupur kat atas jalan tu, dia menangis je tau. Aku jugak yang kena uruskan sakit kau."
"Awak ni kalau meleter, macam bagi syarahan la. Senyumlah sikit. Kalau awak tak senyum, lambatlah sakit saya nak baik. Senyuman awak ni lah pengubat hati saya. Kalau saya tertekan, kalau saya sedih, saya pandang awak senyum, terus sedih dan tekanan saya tu hilang."
"Eh, orang Melaut ni memang suka cakap manis macam ni ke? Hari tu masa Encik Aki melamar Aunty Laila, macam ni lah jugak."
"Orang Melaut ni banyak menelan benda pahit. Perang, tak pernahnya aman sejak 500 tahun. Sebab tu bila mereka jumpa orang, mereka cakap yang manis-manis."
"Yahya?"
"Dia bukan orang, dia setan. Nama bukan main arwah Pak Atan letak nama nabi, tapi perangai, macam ba..."
"Bi..bir kau macam merekah la, Mat. Minum air sikit, kau kurang air dalam badan ni," kata Faridah sambil lap bibir aku dengan tuala basah.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now