Episod 130 - 3 Januari, 1977

42 7 0
                                    

"Amacam Kecik, best tak rumah ni?" tanya Ali.
"Best, sebab ada katil. Dah lama tak tidur atas katil. Asyik tidur kat kertas suratkhabar je," kata Kecik.
"Untungnya kau ada katil. Aku tidur alas kain batik mak aku je," kata Ali.
"Ayah saya Perdana Menteri, Abang Ali," kata Kecik.
"Haha, ye lah tu. Kalau ayah kau Perdana Menteri, ayah aku sebenarnya seorang raja! Haaa, lagi tinggi!"
"Tak caya pulak Abang Ali ni!"
"Bukannya aku tak nak percaya, Kecik. Zaman sekarang ni semua orang boleh cakap dia saudara orang terkenal. Macam tu, aku pun boleh cakap aku ni saudara keluarga al-Daulah."

Kecik menyerah kerana Ali tak nak percaya kata-katanya. Maklumlah, budak lima tahun, siapa nak percaya?

"Eh, Kecik. Tadi kan, aku check peti ais kau kat dapur. Kau tau aku nampak apa?"
"Apa dia?"
"Ada laici! Peehhh bestnya!"
"Janganlah, Abang Ali. Tu orang punya. Lagipun, kalau boleh, janganlah buat Tengku Ariffin marah."
"Ye lah, aku menyesal sebenarnya ajar korang jadi pencopet ni. Kalau boleh aku nak bimbing korang jadi manusia yang berguna untuk masyarakat. Tapi nak buat macam mana, aku belajar pun tak habis. Baru mula belajar, dah kena culik dengan musibat Shah tu."

Tiba-tiba lelaki tua berpakaian tentera datang mengetuk pintu biliknya.

"Nama kau siapa?" tanya Yahya sambil tunjuk ke arah Ali.

"Ali."

"Kau mari sini, Ali."

Yahya kemudiannya menghulurkan sebakul kain kotornya.

"Aku nak kau basuh semua baju ni, petang karang aku ambik. Aku tak nak baju ni kotor. Kau faham?"
"Faham."
"Baju aku ni mahal. Kau memang takkan mampu nak gantikan kalau baju aku ni rosak. Baik kau buat elok-elok. Kau tu dah la pengemis, mintak sedekah, copet duit orang."

Ali tadah sahaja telinga dari penghinaan Yahya. Dia memang marah tapi dia fikir nak jaga Kecik dengan dia nak keluar dari buat kerja-kerja jahat seperti menyeluk saku semasa hidup di jalanan dulu. Dan dia sangat hormati Tengku Ariffin dan Azlan kerana banyak membantunya, walaupun pada awalnya dia menyusahkan mereka.

Maka Ali pun memberus baju-baju Yahya dari pagi sampai ke tengah hari. Selepas dia hidai kain, dia jadi penat, lapar, dan mengantuk. Dia lapar tapi antara lapar dan mengantuk, berat ke arah mengantuk.

Dia pun tidur di sebelah katil Kecik, dan dia sedar-sedar dah jam empat petang, dan sedang hujan lebat.

"Alamak, mampos aku!"

Ali cepat-cepat berlari ke arah ampaian, dan melihat semua baju-baju Yahya basah. Ali cuba selesaikan masalah dengan memerah semua baju-baju itu dan mengeluarkan airnya, tetapi masih lagi basah.

Kejap lagi dia nampak kereta BMW datang. Dia nampak Jeneral Yahya keluar dari kereta.

"Mana baju aku? Dah lipat ke belum?" tanya Jeneral Yahya.

Jeneral Yahya nampak bajunya masih dalam baldi.

"Kepala hotak kau! Aku nak baju tu sekarang! Aku dah nak kejar flight sekarang ni! Bodoh, kerja mudah macam ni pun tak boleh buat ke!" Jeneral Yahya mengherdik ke arah Ali. Jeneral Yahya baru nak angkat tangan dan melempang Ali, tiba-tiba Jeneral Yahya terkena serangan jantung.

Ali yang pada mulanya pasrah dia kena pelempang, tiba-tiba dia rasa pelik kenapa orang tua ni tahan dada dan mengerang kesakitan.

"Telefon la ambulans, bodoh!" kata Jeneral Yahya sambil terguling atas lantai.

Berlari Ali dengan kaki ayam dan pergi ke public booth yang terdekat dan menekan 999, dan memberitahu ada orang tua sedang sakit jantung di rumahnya.

--

Keesokannya, Ali dan Kecik menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu Tengku Ariffin, dengan Azlan duduk di depan.

"Sebelum kita beli baju, kita makan dulu," kata Azlan.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now