Episod 137 - 22 Mei, 1979

45 9 0
                                    

Datuk Seri Iskandar Ali hari ini melancarkan Amanah Saham Gelanggayu, yang akan menggalakkan orang ramai khususnya orang-orang Melayu untuk membuat pelaburan bagi meningkatkan kekayaan negara.

Dalam ucapan itu, Datuk Seri Iskandar berkata, kalau nak bangsa Melayu ini kaya dan berjaya, mereka mesti belajar bagaimana untuk melabur, dan bagaimana untuk membina modal untuk mereka memulakan perniagaan.

Turut hadir, Datin Faridah Ismail dilantik sebagai penasihat kepada Amanah Saham Gelanggayu, dan dia membuka harga dengan satu unit saham bernilai 50 sen.

Maka orang ramai pun berpusu-pusu untuk melabur dalam amanah saham ini, dan dengan cara ini, Faridah mempunyai modal yang cukup besar untuk terus melabur membina kilang di Kwantong, kemudiannya keuntungan itu dibawa pulang ke Gelanggayu.

--

"Idah, Uncle sebenarnya dah fikir panjang," kata Iskandar semasa mereka berdua makan tengah hari selepas majlis pelancaran Amanah Saham Gelanggayu.

"Ada apa, Uncle?"
"This is my last term as Prime Minister," kata Iskandar.
"What? Wait, you are still young dalam politik ni! Umur Uncle belum capai 50 tahun lagi! Why?"
"I cannot handle the pressure, especially lepas Sulaiman hilang. I feel like I'm the most useless father in the world. Nama je Perdana Menteri, tapi anak sendiri hilang, tak mampu berbuat apa-apa. Macam mana I nak set the rules kalau atas I ada kroni-kroni orang tua tu, dan ada Sayap Kuning yang berterusan nak lawan kita, keluarga Yom Puteh ni?"

Faridah faham, sememangnya Iskandar benar-benar patah hati sejak kehilangan anaknya.

"Then what is your plan?"
"Kita nak Tan Sri Jeneral Zairi pecahbelahkan Sayap Kuning, lemahkan mereka dan pastikan mereka tidak lagi boleh melawan Azlan, bila Azlan dah besar nanti. Selain tu, I have a plan, untuk anak-anak korang yang lain. Fazrul, Marina, Aziz, even Ali..." Iskandar berbisik dengan Faridah.
"What is your plan, Uncle?"
"Tak boleh bincang kat sini. Later," kata Iskandar.

--

Rancangan Iskandar ialah untuk membina sebuah pasukan untuk Azlan di masa depan. Pun begitu, setakat ini hanya tiga orang sahaja yang dikenalpasti, iaitu Fazrul, anak kepada Datuk Khamis, dan Marina, anak kepada Ayuni dan Hashim selain daripada Ali.

Buat masa ini, menurut Iskandar, Fazrul dan Marina yang masing-masing baru masuk darjah satu, akan diajar tentang asas politik.

Ali pula akan diajar dengan ilmu geopolitik seperti Azlan, bagi memikul tugas sebagai orang kanan Azlan nanti.

Selain itu, bakat-bakat lain akan cuba dikenalpasti, dan akan dimasukkan ke dalam pasukan Azlan nanti. Mereka akan dikumpulkan dan dijadikan kawan baik sesama mereka, supaya apabila besar nanti, mereka akan mempunyai chemistry yang baik untuk membantu Azlan.

--

"Laaaaa, pregnant lagi kau ni, Ayuni! Jauh betul jarak Marina dengan anak baru kau ni, Shim!" kata Faridah kepada jirannya, Hashim dan Ayuni.

"Alaaaa, dah rezeki. Bersyukurlah kita ada anak lagi satu!" kata Ayuni sambil menggosok perutnya.

"Aku masa beranak si Alan dulu tu, beranak songsang. Tengah ribut taufan pulak tu! Dalam gelap doktor tu operate aku, pakai torchlight sebab takde letrik," kata Faridah.

"Issshhh, bukan main dahsyat lagi nak lahirkan Alan...eh, bila dia balik ke sini?"
"Cuti sekolah dia balik la. Dia tengah belajar kat Temasik tu. Ye lah, kes-kes tu mujur Pengetua dia tu dah clearkan. Cikgu dia tu pun cari pasal, Ayuni. Asyik nak mark dia je. Alan tu sejak Mamat meninggal, jiwa dia tu macam berkecamuk sikit."

--

Azlan dipilih sebagai pelajar cemerlang di sekolahnya. Kecemerlangannya telah menyebabkan pihak sekolah mahu menghantar Azlan ke Har Hatzofim di Israel. Tawaran ini hanya ditawarkan kepada mereka yang benar-benar cemerlang dalam setiap ko-kurikulum yang disertai.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now