Azlan bertemu dengan Datuk Seri Imad di kediaman Timbalan Perdana Menteri di Seri Satria, berhampiran Seri Bendahara.
"Wah, bukan main kacak lagi kau ni, Azlan. Macam ayah kau juga," kata Datuk Seri Imad sambil bersalaman dengan Azlan.
Berdiri di sebelah ialah Izham Syafie Izzat, abang Azham, merangkap ketua operasi perniagaan Gagak Merah, iaitu GM Berhad.
Nak bersalam dengan kumpulan Gagak Merah ini pun ada bunganya. Azlan bersalam dengan merapatkan celah antara ibu jari dan jari telunjuk seperti bentuk kepak burung, kemudiannya menggenggam tangan untuk bersalam, lepaskan tangan kemudiannya menggenggam jari kanan dan tumbuk di dada.
Dikatakan cara salam ini adalah cara salam kumpulan pemberontak pada zaman Tengku Ishak lagi, sebelum Haji Zainal mengasaskan kumpulan Gagak Merah di Melaut.
"Aku dengar, Rahizan bagi kau cheque seribu ringgit," kata Datuk Seri Imad.
"Ya, benar."
"Kau tunaikan ke cheque tu?"
"Belum lagi, tak terdesak lagi guna duit. Mungkin framekan sahaja. Kenapa?"
"Baik-baik dengan Rahizan tu. Budak muka jambu macam kau tu, dia memang target tu," kata Datuk Seri Imad.Semua orang dah tahu tentang hal kesongsangan Rahizan. Azlan dah lama tahu tentang perkara ini.
"Dia orang Zamrud Hijau, Datuk Seri," kata Azlan.
"Benar."
"Jadi Datuk Seri tak perlu bimbang tentang di mana kedudukan saya sekarang," kata Azlan.Datuk Seri Imad memandang ke arah Izham, dan kagum dengan cara Azlan membaca politik.
"Aku dengar dari adik aku, yang kau gaduh dengan Harry anak Datuk Mubin sebab rebut anak Datuk Abdullah, betul ke?" tanya Izham kepada Azlan.
"Saya tak rebut Natasha dengan Harry. Natasha yang datang pada saya," kata Azlan dengan muka bersahaja.
"Mestilah, takkanlah Azlan, anak seorang legend macam Tun Mamat nak berebut wanita, betul tak? Wanita yang datang pada Azlan, haha!" kata Datuk Seri Imad.
"Lelaki songsang pun nak cuba jugak tu, Datuk Seri," kata Izham, diikuti dengan ketawa berdekah-dekah berdua."Tak lama lagi, PRU. Aku ada source aku menyatakan dalam beberapa bulan lagi. Kau join mana? Pakcik kau si Daniel tu ke?" tanya Datuk Seri Imad.
"Ibu cakap join dengan Datuk Seri, sebab Datuk Seri kawan satu sekolah dengan ayah saya."
"Tapi Daniel tu kan pakcik kau?" tanya Izham.
"Dia sertai parti yang tak boleh menang," kata Azlan.Datuk Seri Imad dan Izham berpandangan sesama sendiri, kemudiannya tersenyum.
"Kalau aku offer kau kerja gaji sebulan tiga ribu ringgit, siap elaun minyak kereta, makan, travel urusan rasmi untuk Datuk Seri Imad, kau nak?" tanya Izham.
"Saya ni, SPG pun belum habis lagi, Abang Iz," kata Azlan.
"Ah, orang macam kau ni tak perlukan sijil SPG pun, Azlan," kata Datuk Seri Imad, sambil hirup teh.
"Saya tak kisah dengan semua tu, Abang Iz. Tapi saya memang nak ikut team ni," kata Azlan.
"Bagus! Tapi kau kena tolong aku jaga dua kawasan. Satu di Parlimen Tanjung Emas, satu lagi di Sagor. DUN Langgak Golf. Nanti kau akan jaga bilik gerakan dan pejabat khidmat rakyat aku. Aku ni selain Ahli Parlimen Tanjung Emas, satu lagi ADUN Langgak Golf. Tapi itulah, susah aku nak tembus Parlimen Sagor ni. DUN selalu kita pegang, tapi DUN Bukit Henderson ni masalah. Datuk Wong kuat sangat kat sana," kata Datuk Seri Imad."Kawasan dorang, boss. Susah nak kacau," kata Izham.
"Datuk Seri dah ada calon untuk Ahli Parlimen Sagor untuk Parti Persekutuan?" tanya Azlan.
"Tak ada lagi. Aku pening jugak ni. Kalau letak calon karang confirm kalah. Datuk Wong kuat sangat," kata Datuk Seri Imad.
"Saya cadangkan letak Datuk Mustapha. Dia ketua jabatan buku teks di Kementerian Pendidikan."
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historische RomaneMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.