Tet, iaitu hari perayaan tahun baru bagi masyarakat Dai Viet merupakan hari di mana tentera Amerika Syarikat dan Dai Viet Utara umum akan berlakunya gencatan senjata.
Tetapi Viet Cong menyerang lebih 100 bandar dan pekan dalam masa serentak, 36 dari 44 provinsi di Dai Viet Selatan, dan mengganas sehingga pihak tentera Amerika Syarikat dan Dai Viet Selatan tidak dapat mengawal keadaan.
Pihak Amerika Syarikat membidas tindakan Dai Viet Utara yang tidak menghormati gencatan senjata, tetapi Dai Viet Utara menafikan terlibat dalam serangan sebegini dahsyat kerana organisasi Viet Cong bukan dikawal oleh Tentera Rakyat Dai Viet, iaitu tentera Dai Viet Utara.
Kebanyakan tentera Dai Viet Selatan pada ketika ini sedang bercuti, menyebabkan ketakutan orang ramai pada hari perayaan dengan serangan yang mengganas ini.
Serangan yang dikenali sebagai Tet Offensive ini membuatkan semua kepimpinan tentera Amerika Syarikat, yang dipimpin oleh Jeneral William Westmoreland jadi semakin tertekan.
Dalam situasi macam ni, Jeneral Westmoreland hubungi Jeneral Tun Yahya untuk selesaikan isu Tet Offensive ini demi mempertahankan kedudukan Amerika Syarikat dan sekutunya.
--
Yahya
Asal ada masalah je, cari aku. Time tak ada masalah, nak claim kejayaan sendiri. Bila ada masalah, aku jugak yang dorang cari.
Tanya aku macam mana nak lawan dalam jungle warfare. Tanya aku macam mana nak selesaikan isu demam denggi yang melanda dalam kem tentera. Tanya aku macam mana nak buat operasi kat kawasan paya bakau.
Yang bodoh buat Project 100,000 pergi ambik orang yang IQ bawah dari 90 tu jadi tentera dah kenapa?
Penyelesaian aku, mudah je. Pergi ke kampung-kampung yang pro-Viet Cong, kau bakar je kampung tu, kau ugut bunuh kat penduduk kampung tu. Fear will make people to stay behind the line.
Tapi bila aku tengok serang jenis serentak, kemudian ambush lepas tu lari ni, taktik-taktik gerila yang dilakukan oleh GMM. Mereka ni tahu yang senjata mereka tak kuat, tapi mereka main pukul curi. Sebab tu mereka mampu kalahkan tentera Suvarnabhumi, tentera British, tentera Gelanggayu dan tentera Ryukyu masa Perang Dunia Kedua, dan tentera Majapahit.
Walaupun mereka kalah di Sumatera dan hilang kawalan di sana, tapi mereka tak kalah sepenuhnya. Aku syak Aki ada bantu dalam operasi Tet Offensive ni.
Celaka betul budak ni. Dah la rampas bini aku, lepas tu sampai pada dia, mati pulak. Berbelas tahun Laila kahwin dengan aku, hidup sihat je. Sampai pada dia, terus mati. Lepas tu menyusahkan aku pada perang Dai Viet ni.
--
"Mempersilakan, Samsudin and The Mavericks!"
Faridah tongkat dagu sambil menyusukan Aziz dengan botol susu dan menonton televisyen.
"RTG ni takde jemputan lain ke Hiburan Minggu Ini ni? Balik-balik M. Sharif, Jefry Din, Samsudin and The Mavericks. Semua nak tiru gaya The Beatles zaman Love Me Do. The Beatles pun dah sekarang eksperimental. Sejak Sgt Pepper dah makin sedap."
Mamat yang sedang mop lantai rumah menyahut ngomelan Faridah, sebab kena bersihkan rumah sebelum perayaan Tahun Baru Kwantong. Mengikut amalan masyarakat Kwantong, tak boleh menyapu ke luar rumah sempena Tahun Baru, jadi Mamat menyapu dan membuang ke tong sampah sebelum mengemop lantai.
"Apa pulak sejak Sgt Pepper? Dari zaman Rubber Soul, muzik mereka dah start evolving dah," kata Mamat.
"Ye ke?" Faridah tanya Mamat.
"Masa Beatles buat Rubber Soul, Brian Wilson, penyanyi Beach Boys dapat ilham buat album Pet Sounds. Bila Beatles dengar Pet Sounds, masa tu mereka dah halfway record album Revolver, tapi mereka terus carry on buat album Sgt Pepper."
"Yang Magical Mystery Tour tu, Paul ada hantar kau record?"
"George yang hantar. Paul dengan John asyik sibuk dengan skandal je."
"Eh, serius? John ada skandal?"
"Ye, saya tahu ni sebab kawan saya tu pernah nampak yang John dan Cynthia bergaduh."
"John dengan Cynthia bergaduh? Wait a minute, takkanlah...dorang tu dari muda belum popular lagi dah birdies..."
"Memanglah, tapi kalau dah popular macam John tu, manalah Cynthia tak cemburu."
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficção HistóricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.