Tujuh letupan di tengah ibu negeri Sepetang, Kuala Kemuning berlaku hari ini. Beberapa letupan yang lain meletupkan beberapa buah jambatan yang membuatkan laluan ke Kuala Kemuning semuanya tidak dapat dimasuki.
Dermaga dan jeti Kuala Kemuning juga diletupkan.
Kejadian ini menyebabkan kerajaan negeri Sepetang mengisytiharkan darurat. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Wan Radzi.
Tak sampai tiga jam selepas kejadian itu, sebuah letupan berlaku di jeti Pulau Bebuloh, dan serangan ini mengejutkan Jeneral Yahya. Jeneral Yahya syak Wan Radzi dan Sayap Kuning menyerang, Wan Radzi syak Jeneral Yahya dan Sayap Biru buat pasal.
Keadaan ini menyebabkan pertempuran antara imigran yang menyokong Sayap Biru dan orang tempatan yang menyokong Sayap Kuning, bertempur di kawasan-kawasan setinggan di pinggir Kuala Kemuning.
Kedua-dua pihak melakukan jenayah bunuh, rogol dan membakar rumah. Keganasan semakin berleluasa.
Ini menyebabkan Sultan Aminul Rasyid, Sultan Gelanggayu mengeluarkan dekri untuk pihak tentera mengamankan keadaan di Kuala Kemuning.
Masalahnya, ada tentera di pihak Sayap Biru, dan ada tentera di pihak Sayap Kuning.
Melalui pengaruh Jeneral Yahya, tentera yang dihantar diketuai oleh jeneral yang pro-Yahya, dan penduduk tempatan di Kampung Memalai, dibunuh secara kejam oleh tentera Gelanggayu yang pro-Yahya.
--
Wan Radzi datang ke rumah Jeneral Yahya, dengan perasaan tak puas hati.
"Kau dah melampau, Yahya!" jerit Wan Radzi.
"Kau mulakan dulu, Radzi."
"Kau mulakan dulu! Tujuh letupan bom kat Kuala Kemuning tu apa? Kau memang melampau!" kata Wan Radzi.
"Itu bukan aku buat, Radzi."
"Kau jangan nak tipu aku!"
"Kau tu pemimpin Sayap Kuning! Kalau aku tipu kau, dah lama kau boleh detect! Ke Sayap Kuning ni dah terlalu bangang? Apahal kau nak tuduh aku pulak ni?"
"Kau gunakan CIA, kan?"
"Kau tu ketua Sayap Kuning, Radzi! Jangan bagi malu Wan Demang. Itu bukan kerja aku lah! Itu kerja anak kau, Nurjihan! Dia ketuai kumpulan pemberontak di timur Sepetang!"
"Apa jadahnya kau merepek, dia kat sekolah lagi! Jaga kau, Yahya!"Selepas Wan Radzi pergi, Jeneral Yahya rasa pelik. Yang mana satu nama Nurjihan ni sebenarnya.
--
Adilah
Sebenarnya itu kerja aku dan Tok Aki. Memang tujuan kami nak melagakan antara ayah aku dan Jeneral Yahya. Ketika mereka sedang bergaduh, aku menyatukan kumpulan di sebelah utara Sepetang pula, dan menambah kekuatan Sayap Kuning-Seguntur.
Perang berlaku di kampung-kampung setinggan, di kampung air, selain di tengah hutan. Dan semasa kumpulan yang menyokong ayah aku semakin lemah, makin banyak kawasan yang berjaya aku rampas.
Dengan menggunakan duit Tengku Norman dan kepakaran dari Tok Aki, aku akan rampas kuasa dari ayah, dan akan jadikan Sayap Kuning akan dihormati kembali.
Aku sedar yang matlamat Tengku Norman dan Tok Aki bercanggah. Tengku Norman nak mengekalkan kuasa keluarga al-Daulah yang semakin terhakis sejak Sultan Aminul Rasyid jadi Sultan, dan sebelum itu lagi semasa baginda jadi Pemangku Raja, apabila Almarhum Sultan Jaafar kena strok.
Sultan Aminul Rasyid ni ada sejenis penyakit neurodivergent iaitu autism, dan kelemahan ini digunakan oleh Jeneral Yahya untuk menunggang baginda. Malangnya, tak ada siapa yang boleh tegur Sultan dalam keadaan macam ni.
Tok Aki pula nak mewujudkan Republik Islam, seperti yang berlaku di Iran sejak 1979. Sebuah republik yang diasaskan oleh golongan ulama. Tapi dia ni orang Melaut, bukankah orang Melaut ni sepatutnya setia kepada keturunan Tengku Ishak? Takkanlah orang Sepetang macam aku ni yang beriya-iya nak kekalkan kedudukan Azlan?
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
היסטורי בדיוניMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.