"Yunus tak nak sekolah orang puteh! Yunus nak sekolah Melayu! Yunus orang Melayu, Yunus nak sekolah Melayu macam anak-anak Pak Kassim!" kata Yunus sambil hentak-hentak kaki menangis depan Atan.
"Abang ni, hantar je lah Yunus tu ke sekolah Melayu. Kat sana dia ada kawan. Ada Ahmad, ada Udin. Anak-anak orang lain pun ada kat situ. Sekolah Melayu pun dekat," kata Nuryanti.
Atan dah pening kepala.
"Yahya, Yahya macam mana?"
"Yahya nak sekolah Inggeris."
"Yahya tak nak ke ada kawan-kawan?" tanya Nuryanti.
"Yahya pergi sekolah sebab nak belajar, bukan nak berkawan."Yahya buat muka tegak je sambil jeling ke arah abangnya yang sedang terguling-guling nangis di atas lantai.
"Kau kera sumbang, sebab tu takde orang nak kawan dengan kau!" jerit Yunus.
"Aku tak perlu kawan kalau kawan-kawan aku semua lemah fikiran macam kau, Yunus. Takde kawan kat sekolah, nak menangis. Lemah!" kata Yahya.
"Yahya...apa cakap pada abang macam tu..." kata Nuryanti.
"Yahya tak peduli, Yahya nak belajar sekolah Inggeris. Kalau pergi sekolah Melayu, masuk sekolah belajar benda yang Yahya dah tahu. Eja alif ba ta tu semua Yahya dah tahu. Yahya nak belajar benda yang Yahya tak tahu. Yahya tak minat nak buat kawan, terutamanya kawan-kawan yang bodoh, lemah fikiran dan tak nak belajar ilmu pengetahuan taraf tinggi."
"Macam ni lah. Yunus pergi sekolah Melayu, dengan anak-anak Pak Kassim. Yahya pergi sekolah Inggeris. Tapi sekolah Inggeris ni ada kat bandar, kena jalan kaki dalam lima batu. Sekolah Melayu dekat je. Macam mana, Yahya?"
"Kalau ayah tak nak hantar saya, saya boleh jalan kaki."
"Jalan kaki lima batu pergi sekolah?"
"Saya lebih rela jalan kaki lima batu pergi sekolah untuk belajar ilmu baru."Atan pandang isterinya, dan isterinya mengangguk sahajalah.
--
"Yahya tu, lain daripada budak-budak lain. Dia tu tak nak bergaul dengan orang, duduk je dalam bilik awak tu, baca buku..."
"Biar la dia macam tu, Yanti."
"Saya tak kisah bang, kalau dia lebih minat baca buku, minat ilmu tu. Tapi satu perangai Yahya ni saya tengok, dia suka rendah-rendahkan orang lain. Macam kalau dalam mengaji, masa saya ajar dia mengaji kan, orang lain masih merangkak mengeja, dia dah masuk juzuk dua dah sekarang. Anak-anak lain tak kenal huruf rumi, dia dah boleh dah baca buku-buku awak tu. Tapi dia akan hina orang lain seolah-olah dia rasa dia lebih bagus daripada orang lain, dan saya tak suka perangai dia macam tu."
"Nanti saya nasihatlah dia tu."--
Tidak seperti anak-anak Teluk Tenang yang lain yang belajar di Sekolah Melayu Teluk Tenang, Yahya seorang sahaja yang belajar di King Edward School di Kuala Melaut.
Yahya sanggup berjalan kaki seorang diri, sebab pada fikirannya, untuk menjadi seorang yang berkuasa, perlu ada ilmu.
Di sekolah King Edward, memang tak ramai pelajar memandangkan cuma anak-anak pemilik ladang, anak-anak pegawai, dan anak-anak pemilik syarikat kapal sahaja yang bersekolah di sini.
Di sekolah ini, semuanya anak orang Inggeris dan tauke-tauke orang Kwantong yang ada perniagaan dalam bidang perkapalan.
Dalam sekolah tu cuma ada dua orang sahaja anak Melayu iaitu Yahya dan anak pegawai daerah yang dilantik oleh Sultan Amiruddin, yang mempunyai latar belakang pelajaran Inggeris, iaitu Laila Adnan.
Dan masa pertama kali Yahya terserempak dengan Laila, dia rasa Laila adalah perempuan yang paling cantik yang dia pernah nampak. Ye lah, di Teluk Tenang, perempuan kampung je yang dia nampak.
Tapi dia nampak perempuan Melayu yang berpakaian seperti orang Barat, dia rasa cantik. Ketika di kantin sekolah, Yahya nampak Laila makan seorang diri.
"May I sit next to you?"
Perempuan itu pun tersipu-sipu dan mengangguk.
"My name is Yahya. What is your name?"
"My name is Laila binti Adnan."
"Nice to know you, Laila."
"What are you having for breakfast?"
"I'm having ermmm...fat rice?"
"Nasi lemak?"
"Saya tak tahu nasi lemak dalam bahasa Inggeris dipanggil apa..."
"Kita cakap Melayu je lah kalau tak ada terjemahan tu."
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Fiction HistoriqueMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.