Episod 66 - 12 April, 1961

52 9 1
                                    

Yuri Gagarin menjadi orang pertama ke angkasa. Kejayaan Soviet kali ini menyebabkan sekali lagi tekanan kepada Washington DC tentang prestij kuasa mereka diganggu gugat oleh kuasa komunis seperti Soviet Union.

Perlumbaan Angkasa antara Amerika Syarikat dan Soviet Union menunjukkan kekuatan dan prestij sebenar kerana ia dilihat sebagai status kuasa yang paling hebat di muka bumi.

Di sebalik kejayaan dan kemegahan Soviet Union ini, misi ini tidak akan berjaya kalau tanpa Vyacheslav. Vyacheslav yang membawa fail rahsia ini ke Boston dan berjumpa kepada Mamat, untuk Mamat lakukan kiraan matematik.

Satu perkara yang disukai oleh kedua-dua kuasa dunia ini, baik Amerika Syarikat atau Soviet Union, ialah Mamat tidak mahu namanya didedahkan kepada sesiapa atau mahu claim kejayaan itu. Pada Mamat, dia hanya lakukan semua itu untuk kepuasan dirinya melihat umat manusia mencapai kejayaan saintifik, walaupun dia sedar ada implikasi geopolitik di sini.

--

Mamat buka kafe vegetarian di Boston, memandangkan tiba-tiba ramai pelajar kejuruteraan dari Bharat dan Pakistan yang susah nak cari tempat makan yang vegetarian dan halal.

Sambil orang boleh Xerox nota pelajaran, orang juga boleh baca komik, baca suratkhabar dan mesyuarat kelab.

Generasi sekarang ni, Mamat tahu, suka beraktivis. Suka eksperimen budaya, suka hisap ganja, suka layan LSD. Mamat cakap pada orang, strictly no drugs, tapi Mamat tukang cover mat ganja dari universiti-universiti berhampiran.

Disebabkan Mamat ni sendiri seorang stoner, tapi dia tahu formula penawar untuk sentiasa negatif bila test urine, maka dia jual formula tersebut kepada orang yang rapat dengan dia sahaja.

Nama kedai Mamat ni, Groovy Gravy Cafe.

--

"Faridah, betul ke kau dah nak pergi ke USA?" tanya Mat Nor.
"Haah. Kau ingat tak si pakcik tua jaga Mamat dulu tu?"
"Yang aku dengan Hashim curi rambutan dia tu?" tanya Mat Nor.
"Mangga la!"
"Ye ke? Banyak sangat aku rembat buah kat rumah orang ni, sampai aku dah lupa yang mana satu pokok rumah dia tu. Pakcik askar garang tu kan?"
"Bodoh betul kau masa tu. Dah tahu orang tua tu ada kat rumah, pergi curi mangga depan rumah dia. Aku jiran dia, aku tahu la!"
"Pakcik Yahya ek nama dia?"
"Ye, Yahya muka bengis tu."
"Aduh, aku dah lama tak balas surat Mamat. Entah dia ingat aku ke tak."
"Surat aku dia balas lagi, kau tau tak? Surat Hashim pun dia balas! Dia tu kaki tulis surat. Kau tak balas surat dia, dia tak reply la," kata Faridah.
"Nanti kau kat Amerika, mesti kau couple dengan dia. Aku nanti kau tinggalkan," kata Mat Nor.
"Aku tak minat la dengan dia. Kalau aku bercinta dengan dia, serupa aku bercinta dengan robot. Hari tu aku tulis la lirik lagu P. Ramlee, lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang, sekali kau tahu dia balas balik aku apa?"
"Apa dia?"
"Kalkulus formula macam mana nak kira jarak ukur lilit bulan, siap saiz, tebal, tinggi, lebar pagar, macam mana secara teoritikal untuk bina pagar keliling bulan, kau tau tak? Aku rasa macam baca nota cikgu Add Maths, kau tau tak?" kata Faridah.

Terbahak-bahak Mat Nor ketawa sampai terguling kat rumput taman bunga.

"Bodohhhhh hahahahaaha!" kata Mat Nor menahan ketawa sambil terguling.

"Sebab tu aku cakap, kalau aku bercinta dengan dia, macam aku bercinta dengan robot!" kata Faridah.

"Okay, kalau macam tu, aku dah tak insecure lagi!" kata Mat Nor sambil bangun dari rumput.

"Kau jangan risau la. Kau tu yang patut aku risau. Si Wan Aisyah gedik dengan kau, kau pun sibuk melayan," kata Faridah.

"Payahlah dia tu. Bapak dia rapat dengan bapak aku. Kawan baik. Masa zaman perang Ryukyu, bapak dia boss bapak aku. Mestilah aku kena cakap elok-elok," kata Mat Nor sambil bakar rokok gulung.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now