Episod 100 - 1 Januari 1969

42 8 0
                                    

Sedang petang-petang Ismail dan isterinya sedang duduk di rumah berehat cuti hari tahun baru, tiba-tiba pemilik syarikat Citra Sari, Datuk Sazali berlari menuju ke pagar Ismail.

"Mail, Mail! I've become a grandfather today, you know!" kata Datuk Sazali.
"Eh, bini Bedol dah lahirkan anak ke?" tanya Ismail.
"She was born at Copenhagen in the morning. Tengah hari tadi kalau waktu sini!"
"Dah namakan anaknya ke belum?"
"Yup, Bedol letak nama dia Natasha."
"Amboi, tiba-tiba nama Russian ni," kata Dahlia.
"I'm so happy, Mail. Eh, bila Faridah nak lahir adiknya si Aziz?"
"Tengok-tengok macam bulan lima ni."
"Tak sabarnya nak tunggu dorang balik! Nak tengok cucu!"

Ismail ketawa je lah tengok gelagat Datuk Sazali ni. Dalam masa sama Ismail yang baru umur 42 tahun, dah ada dua orang cucu. Agak muda untuk jadi seorang atok. Tapi dia kena kahwin awal remaja sebab situasi perang dunia ketika itu.

"Idaaaaahhhhh!"
"Ya, ayahhhh!"

Faridah turun dari biliknya.

"Bedol dah ada anak, lahir pagi waktu Denmark."
"Ye keee? Nanti Mamat balik, Idah beritahu dialah."
"Besok anak kau ni nanti baya dengan anak Bedol la," kata Ismail.
"Anak lelaki ke anak perempuan?"
"Perempuan. Natasha nama dia."
"Amboi, bukan main lagi nama orang Rusia."
"Esok jadi kawan anak Idah la ya?" kata Dahlia.
"Idah pun tak tau laki ke perempuan."

--

"Mat, kau nak dengar berita best tak?"
"Apa dia?"
"Bedol....isteri dia baru lahir tadi."
"New year?"
"Haah. Bestnya tengok kawan-kawan kita semua pun dah ada anak."
"Alhamdulillah...lepas ni kita tunggu Hashim pulak."
"Ah, Hashim tu! Dia tu minat kat seseorang, tapi tak berani nak mengaku!"
"Siapa?"
"Ayuni Yusof."
"Yang pelakon dan anak Presiden Temasik tu?"
"Haah. Eh, bapak dia pun tauke wayang kat Wijayapura ni. Apasal nak takut pulak?"
"Ye lah, Hashim tu kan kalau kita kenal perwatakan dia tu pun jenis pendiam, malu nak tegur orang."
"Isshhh, sebab Ayuni pun cakap yang Hashim ni manis orangnya."
"Dah tu, apa lagi? Kalau dua-dua dah berkenan, cepat-cepatlah ijabkabul."
"Hashim tu laaa, eiii, takkan kita nak masuk campur pulaaakkk!"
"Benda baik macam bina masjid ni, kita kena tolong."
"Dah tu, takkan kita kena pergi Temasik pulak?"
"Takpelah, kita pergi je lah. Lagipun situ baju baby murah. Kelengkapan baby pun murah. Lepas tu barang Aziz pun nak kena beli juga."
"Maaaat..."
"Ya?"
"Kau lupa ke aku ni tauke baju? Dah kenapa aku nak kena pergi sampai Temasik beli baju? Pakai baju yang kilang aku buat, sudahhhh!"
"Saya saja je cari alasan nak jumpa Hashim."
"Cakap je lah nak pergi jumpa Hashim!"
"Dia dengan Bedol je lah kawan kita yang masih rapat."

--

Yahya

20 Januari, 1969

Richard Nixon selamat angkat sumpah jadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-37. Yang keempat selepas aku mula campur tangan dalam politik Amerika ni.

Nixon dah cakap pada aku yang dia kena buat polisi Daivietization, iaitu hanya menyerahkan senjata kepada tentera Dai Viet Selatan.

Kalau macam tu, serupa je lah macam zaman Eisenhower atau Kennedy. Macam tak ada beza. Aku tahu yang jeneral Dai Viet Selatan ni langsung tak boleh harap. Dah la korup, banyak kali menyusahkan aku pulak tu.

Aku kena cari tempat untuk berperang kat tempat lain. Yang aku nampak sekarang ialah Israel berperang melawan pemberontak Palestin dan Lebanon.

Kalau perang Dai Viet ni berakhir dan dunia tak ada lagi perang, apa aku nak jawab pada shareholder, kalau aku tak dapat bagi dividen dari keuntungan syarikat-syarikat ketenteraan ni?

--

22 Januari, 1969

Sebuah percubaan membunuh Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union, Leonid Brezhnev dilakukan oleh Viktor Ilyin.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now