Episod 133 - 4 Disember, 1977

37 6 0
                                    

Tun Ismail mahu menaiki kapal terbang dari Wijayapura ke Temasik, untuk pulang sempena hari lahir sepupunya di sana.

Tun Ismail, bersama-sama dengan isterinya Toh Puan Dahlia, bergerak dulu ke Seri Bendahara dan bertemu dengan adiknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Iskandar Ali.

Ketika mereka di Seri Bendahara, ketika mereka sedang berbual di bilik tetamu, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Khamis dapat pintas panggilan telefon hubungan antara Wan Hamid dan Wan Radzi. Mereka merancang untuk meletupkan kapal terbang dan mahu membunuh Perdana Menteri dan Gabenor Bank Negara.

Sebaik sahaja mendapat maklumat itu dari perisik GMM, Datuk Khamis terus pergi ke bilik tetamu, dan berbisik kepada Datuk Seri Iskandar.

"Datuk Seri, jangan naik kapal terbang tu. Ada orang nak hijack dan serang tuan berdua," kata Datuk Khamis.

"Siapa?"
"Sayap Kuning, orang-orang istana yang diketuai Wan Hamid," kata Datuk Khamis.

"Si Azmi ni rapat dengan Sayap Kuning. Dia nak cuba jatuhkan aku," kata Iskandar.

Tun Ismail mendengar bisikan dari Datuk Khamis, kemudiannya mengangguk faham.

"Kita decoy dia, kemudian Datuk Khamis, Datuk dah rakam perbualan dua orang tu?" tanya Tun Ismail.
"Dah, Tun."
"Bagus. Apa-apahal, kita bawa ni ke Tengku Ariffin. Biar istana sendiri yang uruskan Sayap Kuning. Kita jangan masuk campur. Sekarang, kapal terbang tu berlepas pukul 12:30 tengah hari ini," kata Tun Ismail.

Tun Ismail dapat menjangkakan yang Sayap Kuning mahu membunuh mereka berdua kerana dilihat sebagai orang Jeneral Yahya. Tun Ismail mencadangkan untuk biarkan sahaja kapal terbang itu berlepas ke Temasik, dan belikan tiket kapal terbang yang baru.

Pada masa ini, cuma keluarga diraja Gelanggayu sahaja yang ada kapal terbang jet peribadi. Perdana Menteri dan Menteri Kabinet masih naik kapal terbang awam lagi.

Maka Iskandar tahu, apa political move yang dia nak buat selepas ini.

--

Di dalam kapal terbang itu, ada seorang menteri kabinet berportfolio pertanian serta ada dua orang dari kedutaan Temasik ke Gelanggayu di Wijayapura yang mahu pulang ke tanah air mereka.

Tiba-tiba ada dua orang mengeluarkan pistol dan mengarahkan semua orang bertenang. Dua orang itu kemudiannya mencari kerusi Iskandar, Ismail dan isteri masing-masing, tetapi tidak jumpa mereka berempat dalam kapal terbang itu.

Panik yang mereka dapat dikesan oleh perisikan team keselamatan Perdana Menteri, mereka tak tahu apa yang mereka perlu buat, maka mereka mengugut juruterbang itu untuk memandu kapal terbang itu ke arah Sepetang.

Ini kerana mereka itu ahli Sayap Kuning dan tujuan mereka ialah untuk membunuh Iskandar dan Ismail.

Berlaku tembak menembak antara marsyal di dalam kapal terbang dengan dua orang itu, dan salah satu peluru terkena kepala kedua-dua juruterbang dan pemandunya. Panik dan tidak tahu nak buat apa, dua orang itu membiarkan sahaja kapal terbang itu terjunam di kawasan paya di Teluk Udang, Sepetang, dan semua orang di dalam kapal terbang itu dilaporkan terkorban.

--

Apabila mendengar berita itu, Datuk Seri Azmi dah gembira. Tetapi dia harus berlakon serius kerana dia kena berdepan dengan isu ini, memandangkan dia adalah Menteri Dalam Negeri.

Menteri Dalam Negeri adalah antara jawatan yang paling senior dalam Kabinet, selain Kewangan, Pertahanan dan Komunikasi.

Sambil mencekak pinggang, Datuk Seri Azmi tersenyum menonton laporan berita di televisyen di pejabatnya.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Iskandar Ali dan abangnya, Gabenor Bank Negara, Tun Ismail Ali dikatakan menaiki kapal terbabit, tetapi pihak berkuasa belum mengesahkan," kata pemberita itu.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now