Pada hari pilihan raya presiden Amerika Syarikat, calon presiden Republikan Dwight Eisenhower memenangi kemenangan yang menentukan dengan memenangi lebih 55% undi popular dan membawa 39 daripada 48 negeri.
Saingannya, Adlai Stevenson dari Demokrat tidak memenangi satu pun negeri di utara garisan Mason–Dixon atau barat Arkansas; dia berjaya memenangi semula empat negeri yang dimenangi oleh Strom Thurmond pada pilihan raya sebelumnya, tetapi kalah semua kecuali lima negeri yang dimenangi Truman pada tahun itu.
Eisenhower memenangi tiga negeri Selatan yang Republikan hanya menang sekali sejak Pembinaan Semula: Virginia, Florida, dan Texas.
Walaupun kemenangan Republikan di Florida, tahun itu adalah kali terakhir Demokrat memenangi Collier County sebelum barat daya Florida berubah menjadi kubu kuat Republikan di kawasan selatan.
Kemenangan 700 undi Stevenson adalah margin peratusan terkecil di mana-mana negeri sejak Woodrow Wilson memenangi New Hampshire dengan 56 undi pada 1916.
Daripada 3,099 daerah/bandar yang mengundi, Eisenhower memenangi undian paling popular dalam 2,104 (67.89%) manakala Stevenson membawa 995 (32.11%).
Eisenhower menang di 21 daripada 39 bandar dengan populasi melebihi 250,000. Dia menang di enam daripada lapan bandar terbesar di Selatan.
Dwight Eisenhower adalah presiden dari parti Republikan pertama sejak Herbert Hoover yang tewas kepada Franklin D. Rossevelt pada tahun 1932, 20 tahun yang lalu.
--
Yahya
Berita kemenangan Dwight D Eisenhower menyebabkan Sultan Jaafar memanggil aku ke istana. Baginda memberitahu kepada aku yang pejabat kedutaan Gelanggayu ke Amerika Syarikat sedang dalam pembinaan.
Apabila siap nanti, aku dan keluarga akan berpindah di situ. Lagipun aku sekarang sudah memindahkan syarikat Sir Douglas dari London ke New York dan Washington DC.
Selain itu, baginda juga berkenan untuk menaikkan pangkat tentera aku dari Mejar, ke Kolonel. Kenaikan pangkat ini disebabkan aku ni bukan dari golongan kerabat (pada mata mereka) macam Wan Husin.
Kejayaan Wan Husin di Mesir dan Majapahit juga menyebabkan pihak sebelah Wan Zahir, seperti Wan Taufik dan Wan Zahari mula dipinggirkan istana.
Bila keluarga Wan Demang ni dah berpecah, senanglah aku buat kerja nanti.
--
29 November, 1952
Aku menemani bakal Presiden Amerika Syarikat, Dwight Eisenhower ke Goryeo yang mahu memantau keadaan semasa di situ.
Bakal Presiden mengumumkan bahawa dia mahu menguruskan perjanjian damai berlandaskan sempadan yang sedia ada, dan aku menawarkan diri untuk menguruskan perjanjian damai antara Amerika Syarikat, Goryeo Selatan, Kwantong dan Goryeo Utara.
Aku tahu aku boleh uruskan perkara ini sebab aku ada Vyacheslav yang kini berada di Peking. Aku memang sengaja menawarkan diri kepada Eisenhower, untuk menunjukkan kebolehan diplomasi aku dalam menguruskan gencatan senjata selepas perang hampir dua tahun tanpa berkesudahan ini.
Selepas ini, Gelanggayu akan menjadi semakin aktif dalam pentas antarabangsa, dengan aku yang menggerakkannya.
--
Mamat muncul juara dalam pertandingan catur peringkat kebangsaan, dan menjadi pemain paling muda yang pernah menjuarai pertandingan itu.
Laila dan Aminah bersorak gembira ke atas kemenangan Mamat, tetapi Mamat masih tidak faham, kenapa kemenangan bermain catur ini dilihat sebagai perkara yang tersangat penting.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.