Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy dengan pemimpin Soviet Union, Nikita Khrushchev di Vienna, Austria. Ini adalah pertemuan yang pertama sejak Kennedy menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Khrushchev mahu melihat sejauh mana karektor Kennedy. Selepas dikecewakan dalam peristiwa U-2 dan Bay of Pigs, Khrushchev mahu melihat sendiri apakah pihak Washington benar-benar mahu mencari jalan damai dengan Soviet Union.
Dalam situasi Perang Dingin sekarang, ada tiga 'flashpoint' (titik panas) iaitu di Indokwantong (Dai Viet, Lao dan Khmer), di Cuba dan di Jerman. Selain itu, Amerika Syarikat dan Soviet Union bersaing dalam membiayai puak-puak pemberontak di Angola, Mozambique dan Guinea-Bissau yang sedang berperang dengan penjajah Portugal, di mana ada dua pihak yang berperang dengan penjajah Portugal, cuma kedua pihak ini bertempur sesama sendiri antara puak pro-komunis iaitu MPLA dengan anti-komunis iaitu FNLA.
Dalam hal ini, Kennedy bersetuju dengan Khrushchev untuk mengurangkan senjata nuklear serta bersetuju untuk mengharamkan ujian senjata nuklear di angkasa.
Dalam isu Jerman, Khrushchev berkata adalah menjadi satu kejanggalan apabila Berlin Barat yang merupakan zon tentera Berikat semasa Perang Dunia Kedua, terkepung dalam keseluruhan Jerman Timur.
Kata Khrushchev, beliau mahu Amerika dan tentera berikat di Berlin Barat untuk mengundurkan tentera sekaligus menyatukan seluruh Berlin di bawah Jerman Timur, sebagai gantinya, Soviet Union akan mengiktiraf Jerman Barat, serta menandatangani perjanjian damai dengan Jerman Barat.
Walaupun Soviet Union sudah menandatangani perjanjian damai dengan Jerman Timur semasa tamat Perang Dunia Kedua dulu, Soviet Union masih belum mengadakan perjanjian damai dengan Jerman Barat, secara teknikalnya, Soviet Union masih berperang dengan Jerman Barat walaupun Adolf dah lama mati.
Kennedy tidak bersetuju, dan mengatakan pembahagian Berlin adalah dipersetujui oleh keempat-empat pihak iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan Soviet Union ketika Perjanjian Potsdam.
Khrushchev berkata begini kerana pemimpin Jerman Timur, Walter Ulbrecht mendesak Khrushchev untuk meminta Kennedy mengundurkan tentera Amerika Syarikat dari Berlin Barat, kerana Berlin Barat kini dilihat menjadi platform kepada penduduk Jerman Timur untuk keluar dari negara itu.
Orang cuma datang dari Berlin Timur, tunjuk passport di Checkpoint Charlie, kemudian masuk ke Jerman Barat melalui lapangan terbang Tempelhof. Dari tahun 1945 hingga 1961, 2.7 juta orang Jerman Timur berhijrah ke Barat, sama ada tinggal di Berlin Barat, atau berhijrah terus ke Jerman Barat.
Ini menyebabkan populasi Jerman Timur jatuh merudum dan mengakibatkan perindustrian negara itu jatuh.
Memandangkan kedua-duanya tidak mencapai persetujuan, maka disambung topik kedua iaitu Indokwantong.
Kennedy tidak mahu Khrushchev menaja kumpulan pemberontak Pathet Lao yang mengancam kerajaan Lao. Khrushchev pula berkata Pathet Lao dibiayai oleh Dai Viet Utara, bukannya Soviet Union.
Kennedy berkata agar Khrushchev mendesak Dai Viet Utara agar tidak lagi membantu Pathet Lao, tetapi Khrushchev berkata Amerika Syarikat haruslah tidak campur tangan dalam hal di Dai Viet.
Pun tidak ada persetujuan.
Dalam hal di Cuba, Khrushchev nampak Kennedy sebenarnya tidak berapa mahu campurtangan di negara itu. Nampaknya ketiga-tiga perbincangan dalam persidangan itu tidak membuahkan hasil.
Vyacheslav sebagai pegawai Soviet yang hadir dalam persidangan itu, melihat Kennedy benar-benar ikhlas untuk berunding, tetapi 'terlalu terikat dengan jeneral tentera serta pemilik syarikat-syarikat ketenteraan yang berkepentingan'.
![](https://img.wattpad.com/cover/366060064-288-k790761.jpg)
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.