Episod 28 - 31 Julai, 1944

41 5 0
                                    

Yahya

Senjata-senjata dari Kuala Melaut mendarat dan dibawa ke sempadan Suvarnabhumi. Dua hari sebelum itu, aku turun ke selatan dan bertemu dengan Kolonel McGall di Terang Sari untuk menguruskan penghantaran senjata ke Suvarnabhumi.

Dalam masa 24 jam, Plaek Phibunsongkhram mesti letak jawatan, atau pihak Free Suvarnabhumi akan menggunakan cara kekerasan untuk menjatuhkannya.

Kerja aku di Suvarnabhumi dah selesai, dan sekarang aku pulang ke Melaut dan memimpin Askar Melayu untuk membebaskan Gelanggayu dari cengkaman Ryukyu.

Pak Kassim dan ayah aku lebih nak Askar Melayu untuk membebaskan Acheh dan seluruh Sumatera dan bekerjasama dengan Soekarjo dan Tentera Pemudanya, tapi aku tak setuju, dan begitu juga dengan Kolonel McGall.

Maka bertekaklah aku dan ayah aku dan Yunus di rumah Pak Kassim, dengan Kolonel McGall di sebelah aku pun jadi pening.

"Apasal kau tak nak berjuang untuk Melayu Raya? Apasal kau nak ikut British?" jerit ayah kepada aku.
"Sebab kali terakhir Melaut ikut cakap ayah, Melaut ni jadi padang jarak padang terkukur, sebab percayakan cakap tentera Ryukyu!" aku tinggikan suara.

"Kau jangan kurang ajar dengan ayah!" Yunus melempang muka aku. Aku nak suakan penumbuk, tetapi ditahan oleh Kolonel McGall.

"Anjing penjajah!" Yunus meludah kaki aku.
"Cermin la diri kau dulu, Nus. Kau tu kerja dengan Kempeitai..." kata aku, selamba.
"Jadi, kau nak cakap ayah dengan Yunus ni, anjing Ryukyu?" tanya ayah.
"Yahya tak mula dulu, ayah. Yang panggil Yahya anjing penjajah, Yunus. Apa bezanya bekerja dengan British dengan Ryukyu?"
"Ryukyu janjikan kita merdeka, Yahya," kata ayah.
"Setakat janji je, mana janjinya? Yang beri senjata untuk melawan pun, British. Ryukyu dah tak ada duit lagi dah. Sejak 1941 lagi saya dah sabotaj Ryukyu ni untuk gagal. Jangan jadi bodoh la, ayah."
"Kurang ajar, biadab!" Yunus nak tumbuk muka aku, kali ini ditahan oleh Pak Kassim.

"Beginilah, Yahya. Kau dan tentera British, bebaskan Gelanggayu. Air Putih, Lingga, Wijayapura...situ pun ada orang Melayu juga. Kami orang Melaut bebaskan orang-orang Melayu di Sumatera. Kita tak perlu gaduh, tak perlu bertengkar. Kita orang Melayu kena bersatu untuk merdeka. Awak buat kerja awak, kita buat kerja kita," kata Pak Kassim.

Ayah dan Yunus akur dengan arahan Pak Kassim. Kat sini baru aku nampak yang Pak Kassim ni takdelah bongok macam aku selalu sangka. Ayah aku lebih bongok dalam hal ni. Yunus abang aku ni memang sentiasa bongok, tak terkejut lah.

Kolonel McGall bersalaman dengan Pak Kassim tanda bersetuju, dan dengan ini, bermulalah kerjasama antara British dan Melaut menentang Ryukyu.

--

1 Ogos, 1944

Perdana Menteri Suvarnabhumi, Plaek Phibunsongkhram dijatuhkan oleh pihak tentera yang menyokong Free Suvarnabhumi, dan melantik Khuang Aphaiwong sebagai Perdana Menteri yang baru.

Selepas Finland yang sudah menandatangani perjanjian damai dengan Soviet Union, kini Suvarnabhumi pula yang keluar dari Axis Force. Sementara Itali pula terbelah dua seperti Perancis, ada dua pihak iaitu tentera yang menyokong Axis dengan Tentera Berikat.

Kerajaan Suvarnabhumi menghalau tentera Ryukyu dan keluar ke Khmer. Sebahagian lagi diarahkan untuk menuju ke Wijayapura. Tentera Ryukyu tidak mempunyai pilihan selain mengundurkan diri kerana mereka dapat tahu yang tentera Suvarnabhumi yang pro-tentera Berikat kini sudah menguasai tentera dan mendapat senjata dari Kuala Melaut.

Sementara itu, disebabkan kegagalan di Melaut serta kejatuhan kerajaan Phibunsongkhram di Suvarnabhumi, menyebabkan Perdana Menteri Ryukyu, Tojo Hideiki meletakkan jawatan, dan digantikan dengan Kuniaki Koiso.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now