Episod 110 - 10 April, 1972

30 5 0
                                    

Penemuan artifak tulisan di atas buluh oleh pekerja buruh di Shandong, Kwantong, serta beberapa tulisan purba dari era Sun Tzu, menggemparkan dunia arkeologi.

Tetapi lebih menarik perhatian Tengku Norman ialah sebuah penemuan lukisan Maharaja pada era Dinasti Zhou, yang memakai cincin zamrud Raja Gautama.

Sebagai seorang dari keturunan keluarga al-Daulah, perkara ini dilihat sebagai satu petanda bahawa cincin Raja Gautama sudah wujud ribuan tahun dahulu sebelum Raja Gautama mewujudkan kerajaan yang hari ini bernama Gelanggayu.

Dalam pengetahuan Tengku Norman, cincin tersebut berada di tangan nendanya, Sultan Jaafar. Tetapi apabila melihat keadaan nendanya yang kini dalam keadaan sakit tenat dan hilang ingatan sejak terkena strok tujuh tahun yang lalu dan mengalami masalah kesihatan yang serius, Tengku Norman mahu merampas cincin tersebut sebelum cincin itu jatuh ke tangan ayahandanya yang jelas, merupakan seorang boneka kepada Jeneral Tun Yahya.

Untuk mengesahkan cincin Raja Gautama itu berada di tangan ayahandanya, Tengku Norman menelefon Wan Hamid untuk mendapatkan kepastian.

Wan Hamid, yang meletakkan orang-orangnya di dalam istana, mengesahkan bahawa cincin Raja Gautama berada di tangan Tengku Aminul Rasyid.

Tetapi untuk merampas cincin tersebut, Tengku Norman perlu belajar dari sejarah, iaitu cara bagaimana Tengku Ismail merampas cincin tersebut dari Tengku Ishak, selepas Sultan Mansur mangkat.

--

Pemimpin-pemimpin negara Islam bertemu di Jeddah, Arab Saudi bagi membincangkan tentang mashalat umat Islam dalam persidangan Organisation of Islamic Conference (OIC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Iskandar Ali bersama-sama dengan Tengku Ariffin, yang mewakili keluarga diraja al-Daulah hadir dalam mesyuarat itu.

Isu yang dibangkitkan ialah isu Palestin, isu kemiskinan terhadap negara Islam, tetapi ia hanya sekadar bercakap sahaja. Tidak ada susulan terhadap apa-apa yang dibincangkan.

Tetapi Tengku Ariffin ada misi dari Mamat, iaitu membuat hubungan dengan beberapa buah negara Arab yang baru merdeka seperti Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi, dan Mamat memberitahu kepada Tengku Ariffin bahawa pemimpin-pemimpin Arab haruslah tahu menggunakan sumber alamnya, iaitu petroleum untuk menjerut negara-negara Barat.

Ini kerana walaupun negara-negara Islam menguasai hampir 70% petroleum di seluruh dunia, tetapi semua syarikat yang menguasai petroleum bukan datang dari mereka yang beragama Islam.

Mamat mencadangkan negara-negara Islam, diketuai oleh Arab Saudi (mengetahui ego orang Arab ini besar, lagipun Arab Saudi menguasai Makkah dan Madinah yang bakal menjadi faktor kepada pengaruh mereka terhadap negara-negara Islam yang lain), untuk menubuhkan persatuan negara-negara pengeluar minyak dan menjerut ekonomi Barat sekiranya mereka kekal menyokong Israel.

Cadangan Mamat itu disampaikan oleh Tengku Ariffin kepada sheikh-sheikh dan raja-raja Arab ini, dan mereka teruja dengan idea ini. Maka mereka menubuhkan OPEC sebagai kartel minyak yang bakal mengawal harga minyak, sekaligus menentukan harga minyak dunia.

Mendengar berita penubuhan OPEC ini menyebabkan Tengku Norman gembira dengan tindakan adindanya yang bijak. Tengku Norman menelefon Tengku Ariffin yang kini berada di Jeddah, dan berbincang apakah dia setuju untuk menggunakan aset keluarga al-Daulah untuk mengambil alih Calico Oil dan menjadikannya syarikat negara (state company).

Bukan nasionalisasi, sebaliknya menggunakan sistem kapitalisme, yang dikawal oleh daulah. Tengku Ariffin pun bersetuju.

Dengan menggunakan proksi bernama Bernard, Bernard menghubungi semua shareholders sebagai pemegang shareholder terbesar dalam Calico Oil untuk membuat mesyuarat tergempar di California.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now