Seperti semua pelajar lain, Yahya bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan pada hujung tahun ini. Cita-cita Yahya ialah mahu meneruskan pelajaran ke Henderson College, iaitu sekolah yang paling berprestij di Gelanggayu.
Yahya kemudiannya menyimpan cita-cita untuk belajar di Oxford atau di Cambridge selepas itu. Peperiksaan akhir tahun ini penting kerana ia bakal mengubah nasib hidupnya.
Lagipun dia merasa tidak ada apa yang boleh dicapainya di Teluk Tenang ini.
Dulu ketika kali pertama dia ikut Pakcik Adnan ke Wijayapura, dia teruja melihat bandaraya yang sepuluh kali ganda dari apa yang dilihatnya di Kuala Melaut. Memang dia menyimpan angan-angan untuk pergi jauh dari Teluk Tenang, bukan sahaja ke Wijayapura, tetapi ke London, atau mungkin New York untuk mencapai kejayaan.
Jadi Yahya rasa dia perlu melakukan apa yang terbaik demi dirinya untuk keluar dari Teluk Tenang.
--
20 Januari, 1937
Tengku Jaafar menjadi wakil untuk keluarga al-Daulah dalam melihat upacara angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua, Franklin Rossevelt di Washington DC.
Kemenangan besar Rossevelt ke atas pencabarnya dari Parti Republikan, Alf Landon, adalah yang paling besar dalam sejarah. Rossevelt menang undi elektoral sebanyak 523 undi, berbanding Landon yang cuma mendapat 8 undi elektoral. Rossevelt menang 46 daripada 48 negeri-negeri di Amerika. Landon cuma menang di Vermont dan Maine.
Sultan Amiruddin membiayai Nazi dan Amerika Syarikat, dan membayangkan bahawa dua pemimpin ini, iaitu Rossevelt dan Adolf bakal memimpin dua negara yang paling besar yang akan berperang.
Sultan Amiruddin yang mengharapkan Wan Hashim melakukan perkara yang sama terhadap Jozef Stalin, bagaimanapun dilihat gagal kerana Wan Hashim pula yang menyokong Stalin.
Kemenangan besar Rossevelt ini dilihat kepada faktor pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat selepas Sultan Amiruddin meminjamkan wang sebanyak $500 juta untuk menggerakkan semula ekonomi dalam Kemelesetan Besar.
Tengku Jaafar berbual dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Henry Morgenthau Jr dan berkata perang di Sepanyol dan Kwantong mungkin akan tersebar seluruh dunia.
Amerika Syarikat, kata Morgenthau, tidak perlu risau kerana benua Amerika Syarikat terletak jauh dari semua benua. Amerika Syarikat akan kekal neutral dan akan berniaga dengan semua pihak yang menguntungkannya.
--
"Kau ni memang bodoh! Asyik bila exam je, fail! Kau anak yang bodoh! Memalukan keturunan aku je kau ni!"
Tengku Aminul Rasyid diherdik lagi oleh Sultan Amiruddin akibat keputusan peperiksaan yang teruk. Tengku Aminul Rasyid jadi sedih sebab walaupun dia ni putera raja, dia rasa dia manusia paling bodoh dalam dunia.
Jiwanya tertekan. Setiap hari Sultan Amiruddin akan menekannya tentang pelajaran. Dah darjah empat, patutnya sudah belajar tentang pecahan, tentang titik perpuluhan dan nombor negatif, tapi baginda masih gagal sifir empat.
Campur tolak bahagi darab, dia tak tahu apa bezanya. Selain masalah mengira, dia juga ada masalah dalam membaca.
Bukannya dia ni tidak berusaha langsung untuk belajar, tapi dia ada masalah untuk memahami apa yang dipelajarinya.
Disebabkan setiap hari diherdik oleh nendanya Sultan Amiruddin, Tengku Aminul Rasyid jadi seorang yang tidak ada keyakinan diri.
--
Sebagai ibu, hati siapa tak sebak melihat anaknya sebegitu lemah macam itu. Pun begitu, Tengku Mariam tidak berputus asa dengan anak tunggalnya itu.
Dia tetap mencari siapa yang boleh melatih anaknya dalam pelajaran. Jadi dia pulang ke Asahan, kampung halamannya, kemudian dia ada terdengar perbualan ketika di pasar tentang seorang anak lelaki yang sangat bijak di sekolahnya dan mampu berpidato seperti orang dewasa.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.