Episod 85 - 7 Februari, 1965

42 8 1
                                    

Yahya

Presiden Johnson lancarkan Operation Flaming Dart, iaitu operasi serangan udara di sekitar kawasan yang ramai sokongan Viet Cong. Serangan ini bermula dengan menyerang pengkalan tentera udara Dai Viet Utara di Dong Hoi.

Macam biasalah, syarikat yang membekalkan minyak untuk kapal terbang, jet pejuang dan kapal aircraft carrier ni, syarikat aku lah, Calico Oil.

Tentera Dai Viet Utara membalas balik serangan tentera udara dengan cuba menyerang kapal di perairan Dai Viet Selatan.

Seramai 9,000 orang yang dikerah menjadi tentera dihantar ke Da Nang dan mereka singgah di Kem Tentera Sungai Rotan, 30 kilometer dari pelabuhan Wijayapura untuk latihan. Mereka akan dipersiapkan jadi tentera dalam 1-3 bulan, kemudian mereka dihantar ke Dai Viet Selatan untuk berperang.

Disebabkan kebanyakan mereka ini bukan asalnya anggota tentera tapi kerahan tentera dari orang biasa, maka latihan ketenteraan perlu diberikan di Gelanggayu sebelum mereka pergi berperang di Dai Viet.

Yang ni, tentera Gelanggayu dapat kontrak dan bayaran sebanyak $50 juta setahun untuk kegunaan fasiliti dan khidmat sokongan dalam kem tentera.

Disebabkan ini, kau pergi restoran di Wijayapura, ramai yang berniaga ayam goreng atau steak untuk memenuhi permintaan dari tentera Amerika Syarikat yang datang ke negara ni.

Antaranya, ada seorang pesara tentera dari Switzerland membuka restoran bernama St. Pierre. Yang itu paling popular di Wijayapura sekarang kalau nak makan steak dan makanan Barat yang sedap.

Kebetulan aku nak jumpa dengan Wan Zahari untuk buat satu deal untuk dia kalahkan Tan Sri Sir Wan Husin. Jadi aku ajak jumpa dia makan di St. Pierre ni.

--

"Aku ada jumpa ayah kau," kata aku sambil tuang wain dalam gelas kaki tinggi.
"Ayah ada cakap pasal ni juga," kata Wan Zahari.
"Kau ada orang yang sanggup buat?"
"Kita nak dia mati terus ke, atau lumpuh?"
"Mati terus lah. Lama-lama hidup pun menyusahkan orang je. Yang penting aku kena tahu bila korang nak bertindak tu."
"Baik. Kita akan inform Tan Sri Kolonel Jeneral nanti."

Aku dan Wan Zahari bersalam, tanda persetujuan untuk jalankan perkara ini.

--

Selepas aku jumpa dengan Wan Zahari, aku berlepas ke Hong Kong untuk berjumpa dengan Ferdinand Marcos, calon yang aku akan sokong untuk lawan Diosdado Macapagal dalam pilihanraya Arroyo tahun ini.

Park Chung-hee di Goryeo Selatan, Lim Kuan Yau di Temasik, Jenderal Sudarto di Majapahit dan Ferdinand Marcos di Arroyo, semua ni orang-orang aku di Asia, sebab aku ada hubungan yang rapat dengan White House, terutamanya dengan Presiden Johnson.

Kalau nak ikut standard Amerika Syarikat, orang yang nak disokong ni kena ada track record yang baik dalam human rights, kononnya. Dorang sendiri pun human rights ke laut. Sebab tu dorang ni mana kisah sangat pun sebenarnya latar belakang orang yang aku pilih untuk jadi sekutu Amerika Syarikat ni.

Tapi melalui networking yang aku bina di Asia ini, Amerika Syarikat sangat bergantung kepada aku terutamanya dalam memerangi komunis di Asia Tenggara.

Cuma aku menunggu isyarat bilakah masanya Wan Zahir untuk hantar agen Mossad untuk selesaikan semua ini, once and for all.

--

21 Februari 1965

Pemimpin kulit hitam yang lantang bersuara, Malcolm X ditembak mati ketika sedang memberi ucapan di Harlem.

Apabila Mamat mendapat berita ini, dia jadi bertambah sedih yang membunuhnya juga adalah orang kulit hitam yang beragama Islam.

Tetapi Mamat sudah nekad untuk tinggalkan Amerika dan pulang ke halaman rumahnya di Melaut dan menyerahkan nasib bangsa kulit hitam kepada diri mereka sendiri. Pada Mamat, dia sudah membantu sehabis boleh, tetapi kalau kaum itu pada akhirnya berpecah kerana politik, Mamat rasa dia tak boleh nak buat apa.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now