Episod 134 - 28 April, 1978

47 8 0
                                    

Kabul, Afghanistan

Tentera yang pro-komunis masuk ke istana dan menangkap Presiden Mohammed Daoud Khan dan keluarganya, seterusnya merampas kuasa.

Rampasan kuasa ini menyebabkan Parti Demokratik Rakyat Afghanistan pimpinan Nur Muhammad Taraki, parti komunis yang kini menguasai Afghanistan.

Di sempadan Pakistan, terutamanya di kawasan pergunungan berhampiran Peshawar, Aki bersama-sama dengan kumpulan GMM, yang kini bekerjasama dengan CIA untuk melawan pengaruh Soviet Union di rantau ini.

Aki yang kini sering berulang alik dari Pakistan dan Iran dan melalui kawasan pemberontak Balochistan, menyusun percaturan politiknya di rantau ini dengan bantuan Yahya dan CIA.

Dengan penghantaran senjata-senjata Amerika Syarikat ke Pakistan melalui Jeneral Zia ul Haq, tujuan Aki cuma satu sahaja - jatuhkan dahulu Soviet, kemudian Amerika Syarikat akan jadi kuasa superpower secara unipolar, dan ketika tiada pesainglah, mereka akan semakin melemah.

Rancangan Aki ialah supaya apabila Azlan memerintah Melaut nanti, semua kuasa dunia seperti Soviet Union dan Amerika Syarikat akan melemah, menyebabkan Gelanggayu tidak akan mampu melawan, dan sekaligus, menubuhkan kerajaan dengan Azlan dari Tengku Ishak yang akan jadi pemimpin yang berjaya menggulingkan keluarga al-Daulah.

Buat masa ini, matlamat Yahya selari dengan Aki, dan ia selari dengan Amerika Syarikat.

Hanya selepas itu, pertarungannya dengan Yahya akan disambung semula. Buat masa ini, Yahya dan Aki bergabung untuk menewaskan komunis di Afghanistan seterusnya melemahkan Soviet Union.

--

11 Jun, 1978

Aziz mengajak Ali bermain bola sepak bersama-sama kawannya di padang bola berhampiran rumahnya. Pada ketika ini, berlangsungnya kejohanan Piala Dunia bola sepak yang berlangsung di Argentina.

Maka di padang tu kedengaran kanak-kanak menjerit, "Aziz Keegan" yang kemudiannya bertukar jadi "Aziz Dalglish", sebab Kevin Keegan dah pindah dari Liverpool ke Hamburg, sementara bintang yang baru, Kenny Dalglish sudah berpindah ke Liverpool dari Celtic.

Lagipun England tak layak Piala Dunia pada kejohanan kali ini, tetapi Scotland yang layak, dan Kenny Dalglish beraksi untuk pasukan Scotland.

"Haaa, Ali Kempes! Cepat ambik bola tu!" jerit Daud Platini, yang meminati pemain Perancis, Michel Platini.

Ali gagal mendapatkan bola itu.

"Aduhhh, kau ni tak perform la hari ni, Ali Kempes. Hari ni kau Ali kempis!" kata Daud Platini. Ali ketawa sahaja, mengetahui hari ini hari yang tak berapa baik. Mungkin lepas semalam dia bersilat di rumah Pak Jamil, kakinya di bahagian jari kaki ada sedikit kecederaan.

"Aku tak minat la Argentina ni, Aziz. Ada ke patut aku dapat nama Mario Kempes," kata Ali sambil minum air di tepi padang sambil berehat seketika. Mario Kempes adalah penyerang sensasi Argentina yang sedang menyerlah dalam Piala Dunia kali ini.

"Habis tu kau minat team bola apa?"
"England til I die!" kata Ali.
"England tak layak World Cup tahun ni masalahnya, Ali."
"Kau sokong siapa, Aziz?"
"Aku tengok, kalau ada pemain Liverpool, baru aku sokong. Macam sekarang ni, Kenny Dalglish main kat Scotland, aku sokong la Scotland."
"Aku kalau kelab, aku sokong Arsenal."
"Ah, buat apa sokong Arsenal? Piala Eropah pun tak pernah menang. Cuba tengok Liverpool, dua kali berturut-turut menang!" kata Aziz merujuk kepada kemenangan Piala Eropah kali kedua buat Liverpool menewaskan FC Brugges di Wembley bulan lalu.
"Kau tunggu, bila Arsenal menang Piala Eropah nanti, aku akan berlagak depan kau!" kata Ali, dan Aziz ketawa terbahak-bahak.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now