Di Sekolah Convent Victoria Hill, Faridah adalah seorang alpha female yang popular. Bukan hanya sebab dia anak kacukan Kwantong, tetapi dia ada perniagaannya sendiri, dan kaya dengan duit sendiri.
Semua orang nak kawan dengan Faridah, kecuali geng-geng rival utamanya, diketuai oleh Wan Aisyah.
Kalau dan pangkal nama Wan tu, faham-faham je lah kenapa.
Wan Aisyah ni anak Wan Zahari, cucu kepada penasihat keselamatan Zionis kat Tel Aviv sana, Wan Zahir.
Cuma bezanya, kekayaan Wan Aisyah ni kaya keturunan. Old money. Kekayaan Faridah ni walaupun takdelah new money sangat, ada je duit pada keluarga Yom Puteh ni, tapi kekayaannya dibina sendiri.
Faridah tak perlu minta duit kat mak ayah macam Wan Aisyah kalau nak beli make up atau handbag, dia pemilik syarikat buat make up dan handbag. Silap-silap make up dan handbag Wan Aisyah tu, Faridah ada share dalam syarikat yang buat produk tu.
Faridah dah Tingkatan Lima, dan sedang berhadapan dengan peperiksaan GCE O-Level. Ayah dia beritahu yang kalau dia lulus GCE ni, dia akan belajar di United Kingdom.
Dah tentulah dia akan belajar bersungguh-sungguh sebab dia mahu menjadi seorang banker yang berjaya nanti. Cuma itulah, dia tak ada masa nak belajar sebab ada banyak business untuk dijalankan.
Jadi kerja sekolah ke apa, dia suruh si Bedol yang buat. Asalnya orang panggil dia Dollah, tapi disebabkan kat sekolah ada sorang lagi Dollah yang main bola, maka dia pun dipanggil Bedol.
Masalahnya Bedol ni sekolah kat Henderson College, dia sekolah Convent Victoria Hill, jadi sementara sukatan pelajaran sama, cara mengajar lain-lain.
Nak harapkan Mat Nor, harap muka handsome je lah. Tapi bab belajar dia so-so je.
--
"Dengar cerita, kau nak dapat wakil Wijayapura, betul ke?" tanya Mat Nor sambil ikat tali but kasut.
"Selection je, dapat ke tak, tak tau lagi," kata Bedol.Mereka berdua berlari anak di padang, sambil memanaskan badan untuk berlatih bola sepak.
Di Henderson College ni, ada macam-macam sukan ada di sekolah ini. Ada bola sepak, ada ragbi, ada kriket, ada olahraga...kelengkapan sekolah di sini sejak dulu dah lengkap berbanding sekolah yang lain.
Selepas memanaskan badan, Mat Nor bersama Bedol sama-sama membuat latihan passing bola, menggelecek dan membuat crossing.
Bila budak bola Henderson College berlatih bola, budak-budak perempuan dari sekolah Convent Victoria Hill pun datang la tengok dan bersorak kat pakwe masing-masing.
Faridah ikut kawan-kawannya, tapi dia pergi sebab nak tengok Mat Nor main je. Dia sorang je yang ada style rambut macam Elvis.
Mat Nor bila nampak ada Faridah je, dia saja buat gol lipat. Nak tunjuk handal la tu.
"Hekeleh Mat Nor ni, nak show off pulak!" kata Faridah, tersenyum.
--
Mamat dapat tawaran mengajar di Harvard dengan terus membuat pengajian doktor dalam bidang pengurusan data dan statistik.
Pembiayaan pengajian dibuat oleh Senator Massachusetts, John F. Kennedy selepas senator itu berjumpa dengan Yahya di rumah dan kagum melihat kehebatan Mamat dalam bidang penciptaan.
Macam baru-baru ini Mamat menunjukkan bakatnya dalam mencipta telefon tanpa wayar, yang kemudiannya dia jual paten kepada Motorola dengan harga $150,000. Hari tu Mamat cipta pengering rambut tanpa wayar, General Motors beli paten dengan harga $120,000.
Mamat dapat banyak tawaran biasiswa dari pelbagai syarikat-syarikat, bukan sahaja dari Amerika Syarikat, tetapi dari syarikat-syarikat dari Perancis, Itali, United Kingdom, Jerman Barat dan Ryukyu.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Ficção HistóricaMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.