Episod 175 - 3 Ogos, 1986

31 5 0
                                    

Faridah

Aku buka suratkhabar, semua orang terkejut dengan apa yang berlaku pada tiga negeri, Melaut, Air Putih dan Seri Kencanapura semalam.

Macam mana tiba-tiba tiga negeri ni yang selama ni kubu kuat Gagasan Ummah, semua kena tapau dengan Persekutuan?

Dalam rancangan aku, ayah dan Uncle Iskandar, kami merancang untuk persiapkan tiga negeri ini untuk memulakan perindustrian. Tiga negeri ni ikutkan masih lagi mundur berbanding dengan negeri macam Wijayapura, Ketil, Lingga atau Kenidiri.

Sepetang lain cerita, negeri dorang mundur sebab ada banyak korupsi dari keluarga Wan Demang, lepas tu banyak konflik dalaman. Tak ada kerajaan negeri yang stabil.

Kalau masih ada Gagasan Ummah pegang tiga negeri ni, tak ke mana la. Dorang ni asyik sembang pasal agama, tapi lupakan hal-hal pembangunan yang sebenarnya banyak membantu pengembangan Islam.

Macam mana kau nak sebar agama kalau negeri kau miskin? Macam mana kau nak tarik bukan Islam untuk menganut agama Islam kalau negeri kau miskin, rakyat kau mundur, tak ada peluang pekerjaan dan tak ada infrastruktur lengkap untuk ekonomi?

Lagipun generasi muda ramai yang nak perubahan kat negeri ni. Tapi semuanya atas rancangan meletakkan calon-calon pro-GMM dalam Parti Persekutuan.

Melaut ada 18 kerusi, Air Putih ada 16 dan Seri Kencanapura ada 10 kerusi. Maknanya ada 44 kerusi. Tak cukup kuat lagi, tapi ini adalah yang permulaan. Gagasan Ummah yang tinggal pun ialah mereka yang bukan pemikiran old school, tapi mereka yang sedia menerima perubahan. Dan paling penting, semua ini adalah ahli Kongmegayu secara senyap.

Uncle Yahya jangkakan Azlan akan masuk dalam politik dalam PRU11, sekitar tahun 1996 mengikut jangkaan. Masa tu Azlan dalam umur lebih kurang 25 tahun. Muda tapi dah ada pengaruh yang besar, walaupun aku sebenarnya rasa lebih baik lajakkan sikit ke PRU12, tahun 2001 macam tu, sebab dia sempat untuk matang lagi sikit. Pada masa tu pun Azlan dah berusia 32 tahun.

Tapi dalam tiga kali cycle pilihanraya ni, perlahan-lahan aku bina networking untuk Azlan. Buat masa sekarang aku memang sengaja letak dia bawah Imad, dan Izham. Nak ikut kata Sun Tzu sangat si Azlan ni, nanti dia boleh balas dendam untuk ayah dia.

Jadi sementara Azlan belum habis sekolah dan kumpul pengalaman lagi ni, aku rancang nak bangunkan dulu kawasan ni semua di bawah projek-projek aku.

--

Keadaan di Wijaya World Trade Centre walaupun dalam perasaan gembira, tetapi mereka dalam perasaan yang terkejut. Bagaimana negeri-negeri yang sering dikuasai Gagasan Ummah ini, yang tidak berapa nak diharapkan sangat untuk menang, tetapi menang. Menang besar pula tu.

Di Wijayapura pula, Parti Jujur yang selama ini selesa, kini dalam keadaan yang agak goyah. Di Sepetang, Parti Jujur dapat majoriti seterusnya membentuk kerajaan yang kukuh.

Pada mulanya ramai menyangka undi Persekutuan akan turun dan akan hilang banyak kerusi, tetapi keadaan yang sebaliknya berlaku di sebelah barat Gelanggayu.

Dari mana kumpulan ini dapat dana, tidak ada siapa yang tahu. Bahkan dua kem yang besar, iaitu Datuk Seri Imad dan Datuk Seri Rahizan pun, mereka tak tahu yang orang-orang ini, orang siapa. Dan macam mana boleh masuk dalam list.

Bagi Parti Jujur, walaupun selama ini berkubu di Lingga dan Wijayapura, dua negeri yang paling ramai populasi bukan Melayu, tetapi tiba-tiba menang Sepetang. Perkara ini juga mengejutkan mereka.

Dan bagi Gagasan Ummah, kempen pilihanraya yang jahat dari media terutamanya Wijaya TV, yang kini mula bersiaran di negeri-negeri ini, mengaitkan Haji Syaaban dengan jaringan Revolusi Iran yang dikaitkan dengan fahaman Syiah.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now