Episod 138 - 26 Oktober, 1979

33 6 0
                                    

Berita kematian Presiden Goryeo Selatan, Park Cheung-hee, mengejutkan Yahya. Mendiang merupakan kawan baik kepada Yahya, dan Yahya membantu melepaskannya ketika beliau dalam penjara dan ditahan ketika dalam Perang Goryeo dulu.

Sejak 1961 apabila Park Cheung-hee merampas kuasa, Goryeo Selatan walaupun diperintah secara diktator, tetapi ekonomi Goryeo Selatan meningkat dengan pantas dengan perindustrian mereka menaikkan kadar eksport negara mereka, serta menaikkan KDNK mereka dengan begitu laju.

Pada tahun 1961, ketika Cheung-hee mula-mula merampas kuasa dengan bantuan Yahya, ekonomi Goryeo Selatan berjumlah $2.12 billion. Pada tahun 1979, ekonomi Goryeo Selatan berjumlah $67 billion.

Cheung-hee dibunuh oleh kawan baiknya sendiri, Kim Jae-gyu yang menghantar agen GCIA (agen perisikan Goryeo Selatan) dan menembak dada dan dahinya. Kim Jae-gyu cuba untuk merampas kuasa, dan menggunakan alasan rusuhan di Busan sebagai punca dia merampas kuasa.

Kematian Cheung-hee mencetuskan krisis di Goryeo Selatan, dan mahu tak mahu, Yahya perlu menyelesaikan masalah di Goryeo kalau dia tak nak segala pelaburannya di Goryeo Selatan semuanya hangus.

Pada 3 November, 1979, Cheung-hee dikebumikan dalam upacara penghormatan negara di Seoul. Yahya, bersama-sama dengan Faridah menghadiri upacara itu.

Pemangku Presiden, Choi Kyu-hah, yang pernah menjadi Duta Besar Goryeo Selatan ke Gelanggayu dari tahun 1964-1967, merupakan kawan baik Yahya, yang menjadi kenalan ketika Park Cheung-hee menjadi Presiden. Choi merupakan teman kepada Yahya untuk bermain golf ketika dia berada di Wijayapura.

Choi juga mengumumkan akan mengadakan pilihanraya pada 6 Disember tahun ini untuk memilih presiden Goryeo Selatan menggantikan Cheung-hee.

--

Yahya membawa Faridah bertemu dengan para chaebol yang merupakan kroni-kroni Park Cheung-hee. Chaebol ialah sistem di mana keluarga-keluarga kaya menubuhkan syarikat yang mendapat kontrak secara tetap dari kerajaan.

Syarikat seperti Samsung, Hyundai, Lucky, Lotte dan Kumho, antara nama-nama syarikat besar Goryeo Selatan yang menggunakan sistem chaebol, di mana keluarga kaya ini diberi kontrak untuk membina infrastruktur di samping menjalankan perindustrian di negara itu.

Sistem chaebol di Goryeo Selatan sering dikaitkan dengan sistem keiretsu di Ryukyu, tetapi perbezaan yang nyata ialah chaebol mengawal industri, sementara keiretsu mengawal bank.

Sistem keiretsu juga adalah sistem yang lebih kurang sama digunakan di Gelanggayu, di mana Faridah dan Mamat, serta keluarga al-Daulah mengawal kewangan negara.

Cuma bezanya sistem dalam Gelanggayu, mereka menggunakan sistem proksi, di mana Faridah dan Mamat akan melantik orang-orangnya yang kebanyakannya ahli GMM, sementara keluarga al-Daulah banyak melantik proksinya dari keluarga kerabat diraja dan keluarga yang rapat dengan istana seperti keluarga Yom Puteh.

Kesemua CEO syarikat-syarikat ini berada di bawah patron sama ada Faridah, yang diamanahkan oleh Mamat untuk menjaga harta Azlan atau Tengku Ariffin yang diamanahkan oleh Tengku Norman untuk menjaga harta keluarga al-Daulah.

Ketika kematian Cheung-hee yang menyebabkan kesemua keluarga chaebol ini kehilangan seorang patron, seorang ketua baru perlu dipilih dan disokong oleh chaebol ini untuk memastikan sistem chaebol ini dapat berterusan, dan pelaburan yang dilakukan oleh Yahya dan Faridah menjadi selamat.

--

Yahya

1979 adalah tahun yang begitu rancak dalam peristiwa yang melibatkan geopolitik. Revolusi di Iran, pergolakan politik di Afghanistan, Presiden Goryeo Selatan dibunuh dan menyebabkan power vacuum, perang antara Uganda dan Tanzania, krisis harga minyak yang sekali lagi melambung.

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now