Pemimpin Komunis Kwantong, Mao Zedong mengisytiharkan Republik Rakyat Kwantong, yang menggunakan sistem komunis selepas tentera Nasionalis pimpinan Chiang Kai-shek mengundurkan ke Pulau Formosa.
Jeneral Litmanov membawa Vyacheslav ke Beijing meraikan kejayaan tentera komunis itu.
Dengan negara yang mempunyai penduduk 540 juta, Kwantong dilihat sebagai sebuah gergasi yang bakal menggegar dunia.
--
7 Oktober, 1949
Selepas Kwantong, Republik Demokratik Jerman atau Jerman Timur pula diasaskan, sebagai tindak balas kepada pengasasan negara Persekutuan Republik Jerman atau Jerman Barat.
Maka Jerman kini terbelah dua, dengan ibu negaranya, Berlin juga terbelah dua.
Situasi yang hampir sama juga berlaku di Goryeo, di mana negara itu dibahagi kepada dua, di mana di sebelah utara dipimpin oleh Kim Il-Sung, yang merupakan pengasas kepada pergerakan anti Ryukyu pada tahun 1935, dan seorang yang memperjuangkan kemerdekaan Goryeo pada era pendudukan Ryukyu. Melarikan diri ke Soviet pada tahun 1940 dan menjadi tentera Soviet pada tahun tersebut ketika berperang dengan Ryukyu, dan diselamatkan oleh tentera yang dipimpin oleh Wan Hashim ketika di Mongolia.
Di sebelah selatan pula, Syngman Rhee merupakan pemimpin pergerakan pelajar March 1st Movement, dan merupakan kenalan kepada Theodore Rossevelt dan pernah menjadi tutor kepada Sultan Jaafar, Tengku Johari, Wan Husin dan Wan Hamid ketika beliau berada di Amerika Syarikat.
Selepas Perang Dunia Kedua, Goryeo dibahagikan mengikut garisan 38° sementara rundingan damai untuk penyatuan dua negara itu sedang berlangsung dari tahun 1945.
Selepas kedua-duanya buntu, Goryeo Utara dan Goryeo Selatan diberi kemerdekaan oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat pada tahun 1948.
Kedua-duanya melakukan kekejaman ke atas musuh politik masing-masing. Kim Il-Sung mengharamkan dan menangkap mana-mana pihak yang menentang Parti Pekerja Goryeo, sementara Syngman Rhee membunuh 14,000 penyokong Parti Pekerja Goryeo di sebelah selatan.
Di Dai Viet, Republik Demokratik Dai Viet yang dipimpin Ho Chi Minh sedang bertempur dengan Perancis yang menguasai sebelah selatan, dan berpusat di Saigon, sementara di Sumatera, Soekarjo dengan pihak bersenjata Partai Komunis Majapahit berdepan dengan tentera pengaman PBB, Belanda, British dan Gelanggayu di sebelah utara.
Pada awal dekad ini, pertarungan antara Nazi Jerman dan Britain di Eropah, dengan Ryukyu bertarung di Kwantong, dan pada penghujung dekad ini, pertarungan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union di empat 'flashpoint' - Jerman, Goryeo, Dai Viet dan Sumatera.
--
10 Oktober, 1949
Tengku Khalidah selamat menyelamatkan anak lelaki yang diberi nama Tengku Norman.
Selepas diazankan di telinganya oleh Mufti Gelanggayu, Yahya berbisik kepada AR.
"Kalau kau nak selamat, kau jangan beritahu apa yang berlaku dulu. Faham?"
"Faham, bang Yahya."
"Aku nak ke Amanilah, aku nak bertemu dengan Jeneral Douglas MacArthur. Sekarang ni kat Asia bakal ada tiga konflik di keliling kita. Goryeo, Dai Viet dan Sumatera. Ayahanda kau suruh kau ikut aku."
"Apa saya kena buat, bang Yahya?"
"Kau kena tandatangan dokumen. Kau tu Tengku Mahkota. Banyak perkara yang kau perlu uruskan lepas merdeka ni."
"Faham, bang Yahya," kata AR sambil mencium tangan Yahya.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.