Episod 182 - 10 Februari, 1988

38 5 0
                                    

Kedudukan Datuk Seri Azmi Ibrahim sebagai Perdana Menteri benar-benar terancam dengan pengharaman Parti Persekutuan oleh Mahkamah Agung Gelanggayu. Datuk Seri Azmi bimbang dengan pengharaman ini, beliau akan dijatuhkan kerana parti itu dalam keadaan yang haram.

Sementara itu, pemimpin Parti Jujur dan Gagasan Ummah pula, melihat situasi ini sebagai peluang untuk membuat kacau, meskipun tidak cukup jumlah untuk membentuk kerajaan.

Disebabkan itu, mengambil jalan selamat, Datuk Seri Azmi pergi ke Registrar of Society (ROS) dan mendaftar parti baru atas nama baru, iaitu Parti Persekutuan (Baru), menggantikan nama lamanya, Parti Persekutuan Nasional.

Dengan menukar sedikit logo parti, serta meletakkan imej yang baru dalam parti, ia dilihat sebagai pembaharuan dalam parti tersebut.

Datuk Seri Azmi juga mengekalkan kedua-dua pemimpin, iaitu Datuk Seri Imad dan Datuk Seri Rahizan serta tidak memecat mana-mana pihak.

Ini membuatkan Datuk Seri Imad merasa marah dan bertindak mahu mencabar Datuk Seri Azmi di dalam pemilihan untuk Parti Persekutuan (Baru) ini.

Ini menyebabkan Datuk Seri Azmi menjadi semakin tertekan, dan terpaksa bekerjasama dengan Datuk Seri Rahizan untuk melawan Datuk Seri Imad.

--

Faridah melihat perkembangan politik Gelanggayu dengan penuh minat. Ini kerana peluang untuknya membalas dendam atas apa yang berlaku terhadapnya 21 tahun yang lalu masih memberi kesan yang traumatik untuknya.

Dia yakin, jika Datuk Imad dan ayahnya Datuk Salleh dapat dijatuhkan dan dihapuskan, maka Gagak Merah akan kehilangan ketua, maka Izham dan Datuk Syafie akan menguasai politik underground Wijayapura. Dengan Azlan berada di situ, Azlan akan meluaskan pengaruhnya di bawah Izham.

Pemilihan akan berlangsung dalam masa dua bulan dari sekarang, tetapi kempen antara kem Azmi dan kem Imad semakin tegang, dan ini melemahkan kerajaan yang nampaknya ramai yang pro-Imad.

Dari 177 bahagian, dikatakan 93 bahagian akan menyokong Datuk Seri Imad dalam pemilihan kali ni. Datuk Seri Azmi, yang memimpin parti ini dan menjadi Perdana Menteri sejak 1981, dilihat underdog dalam pemilihan kali ini.

Selain itu, faktor kemelesetan ekonomi juga dilihat mengapa Datuk Seri Azmi akan kalah dalam pemilihan kali ini.

Memandangkan Parti Persekutuan Nasional telah diharamkan, maka Datuk Seri Azmi mahu membuka bahagian yang baru, dan tidak akan menjemput puak yang pro-Imad ke bahagian yang baru nanti.

Datuk Seri Azmi juga mahu menggunakan taktik 'carrot or stick', di mana hanya mereka yang sanggup menyokongnya sahaja akan diberikan dana.

Datuk Seri Azmi juga bertanya kepada Jeneral Yahya apa yang perlu dilakukan, Yahya kata 'kalau nak pukul, pukul sampai mati. Jangan buat kerja sekerat jalan', menunjukkan Pengetua telah memberi restu untuknya menghapuskan Imad yang mencabarnya dalam politik Gelanggayu.

--

Kereta Datuk Rahizan berhenti di sebuah kelab golf di pinggir Wijayapura.

Datuk Rahizan terus sahaja bertemu dengan setpol Datuk Seri Azmi, Datuk Sidek.

“Sidek, Datuk Seri ada?”
“Ada, Datuk Rahizan. Datuk Seri tunggu Datuk Rahizan dari tadi.”

Datuk Rahizan berjalan mengikut belakang Datuk Sidek menuju ke tea house di kelab golf itu.

Kelihatan sandwich yang dipotong tiga segi, scone dan manisan yang lain di meja. Lagu-lagu klasik juga dimainkan.

“Datuk Rahizan,” Rahman, anak kepada Perdana Menteri bercium pipi dengannya. Kedua-dua ini sememangnya selalu terlibat dalam parti seks rambang dan seks songsang, maka sudah tentulah mereka dah biasa buat lebih daripada itu.
“Ayah dah tunggu, jemput masuk.”

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now