Dari jauh, Yahya memerhatikan nyanyian menggoda Marilyn Monroe lagu "Happy Birthday" kepada Presiden John F. Kennedy. Sebenarnya hari lahir Kennedy 10 hari lagi, tetapi acara ini ialah acara fundraising untuk kempen mid term Parti Demokrat, jadi dinyanyilah lagu Happy Birthday tu.
Apabila dia nampak di depan matanya sendiri, kepalanya mula muncul mentol tanda idea jahatnya telah datang. Sudah pasti Yahya kenal mafia-mafia yang mengawal Hollywood.
Maka Yahya menjemput semua wakil-wakil mafia dari seluruh Amerika Syarikat untuk berjumpa di Chicago.
Ada mafia dari New York, dari California, dari Florida, dari Texas - dari segenap penjuru. Semua mafia-mafia ini ditangkap atau diburu oleh Peguam Negara, adik Presiden, Robert Kennedy.
Selepas pertubuhan rahsia seperti Freemasons, Illuminati, Knight Templars, Skull and Bones, Order of St Huberius, John Birch Society dan banyak lagi kumpulan ini mahu Kennedy dibunuh, golongan mafia juga mahu nyawa Presiden itu diakhirkan dengan cepat.
Baru setahun lebih dia jadi presiden, dia dah buat musuh dengan hampir semua orang. Dan antara orang yang paling menyampah dengan Kennedy sekarang ialah Yahya, sebab rasa seperti Kennedy banyak mensabotajnya terutamanya dalam perang di Dai Viet.
Yahya bagi setiap ketua kumpulan mafia ini $200,000 untuk bekerjasama bagaimana untuk menumbangkan presiden ini.
Maka selepas itu, Yahya dapat maklumat yang Marilyn Monroe ada skandal dengan John dan Robert Kennedy, dan dikatakan pernah melakukan threesome bersama.
Mendapat maklumat itu, Yahya arahkan orang-orangnya menyebarkan surat layang tentang cerita itu.
--
Semua pelajar-pelajar yang makan di Groovy Gravy berbincang tentang skandal adik-beradik Kennedy dengan Marilyn Monroe yang tersebar cerita ini di merata-rata tempat di seluruh Amerika Syarikat.
Ketika Mamat sedang bekerja, Mamat mendengar perbualan semua orang yang tiba-tiba hangat bercakap tentang ini.
Faridah baru balik dengan kelas bersama Nalini, Nancy dan Bill, pun cakap benda yang sama. Tetapi Mamat tidak berminat untuk melayan cerita-cerita gosip murahan Hollywood dengan Presiden dan Peguam Negara Amerika Syarikat.
"Mat, kau percaya tak, yang Marilyn Monroe tu threesome dengan Kennedys?" tanya Faridah.
"Threesome tu apa?"
"La, kau tak tau ke? Main romen, tapi tiga orang."Mamat cuma gelengkan kepala, kemudian sambung kerja.
"Kau rasa betul ke tak cerita ni?" tanya Faridah.
"Saya tak nak komen."
"Kenapa? Eleh, tau la kau dapat biasiswa dari John F. Kennedy. Mesti kau sokong dia kan?"
"Kenapa saya kena sokong dia? Saya bukan rakyat Amerika Syarikat."
"Bukan sokong mengundi la. Maksudnya kau cakap semua ni fitnah la."
"Saya tak tahu, jadi saya tak nak komen."
"Alah kau ni, Mat. Nak bergosip pun tak boleh."Mamat cuma geleng kepala sahaja sambil meneruskan kerjanya. Waktu tengah hari macam ni memang ramai pelajar yang mahu makan.
Beberapa minit kemudian, dia tengok jam pada tangannya, dah masuk waktu Zuhur. Dia serahkan tugasnya kepada pekerjanya, kemudian dia naik atas dan menunaikan solat Zuhur bersama-sama dengan Umar yang jaga kedai kopi.
--
Pada waktu senggang, dalam pukul 2 petang bila semua orang dah masuk ke kelas atau pejabat, Mamat mengambil tasbih dan berzikir seorang diri sambil memerhatikan pekerjanya membuat kerja.
Pada Mamat, adalah lebih baik untuk berzikir dan mengingatkan diri pada Allah, daripada bercerita tentang zina.
Selepas solat Asar, Mamat menyiram tanaman dalam pasunya sebelum makan pada jam 5 petang.
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.