Azlan dan Natasha sempat masuk ke Paragon Mall sebelum hujan melanda pada waktu petang. Mereka berdua hari ini berjalan bersama-sama di tengah bandar Wijayapura sambil berbual-bual.
Boleh dikatakan macam dating, tapi kedua-duanya masih belum isytihar sebagai kekasih, hanya kawan biasa. Tetapi kedua-duanya sudah rasa ia lebih daripada sekadar kawan biasa.
"You nak belanja I makan steak kat St. Pierre?" tanya Natasha kepada Azlan.
"Yes."
"Why?" tanya Natasha, rasa cemas tapi teruja.
"I feel like I want to," kata Azlan.
"Tapikan Alan, I rasa improper la dressed up macam ni pergi tempat macam tu. You lain la, sentiasa pakai necktie, pakai office attire. By the way, kenapa you selalu dress up macam nak pergi office bila nak keluar dengan I? In fact I nampak you pergi mana-mana pun pakai macam-macam ni. Except bila you nak bersukan je yang you pakai t-shirt biasa," tanya Natasha yang memakai overall Oshkosh B'gosh jeans yang tidak kena dengan kod etika pemakaian sesetengah restoran elit."Dah terbentuk mindset macam ni, you know, membesar dalam mindset sekolah prep school. Kenapa, you nak I become a bit more, casual? Anyway, restoran tu tak ada dresscode, so boleh je," kata Azlan.
Natasha pandang ke mata Azlan, kemudiannya tersenyum.
"That's who you are, Alan! You don't have to change who you are. Kalau you rasa selesa dress up macam tu, so let you be you!"
Azlan dan Natasha masuk ke dalam restoran St Pierre, yang menyediakan daging steak panggang dan kuih pastri dari Switzerland. Pemiliknya berasal dari Switzerland dan merupakan kawan baik kepada Mamat, arwah ayah Azlan.
Sebab tu mereka satu keluarga selalu makan di sini jika rasa mahu makan makanan Barat. Cuma Faridah kurang sikit makan makanan Barat. Dia lebih gemar makanan dari Bharat, sebab dia sendiri lahir di Bombay. Sejak Mamat meninggal dunia, jarang Faridah makan di sini. Selalunya Azlan akan datang seorang diri makan di sini.
"Ada occasion apa you nak belanja I makan ni?" tanya Natasha.
Azlan diam, kemudian rasa serba salah untuk meluahkan apa yang dia rasa. Lama dia dah fikirkan perasaan ini, tetapi dia rasa dia belum sedia untuk menyatakan perasaannya kepada Natasha.
Sejak peristiwa yang berlaku kepadanya ketika Cleo mencabulnya, Azlan sebenarnya mengalami trauma untuk bergaul dengan perempuan. Sebab itu bila dia bermain gitar sebagai Mat Danger dalam kumpulan rock Digital Tribe, dia akan memakai helmet biru mudanya kerana takut memandang perempuan.
Dia sering dapat perhatian perempuan, dan dia masih lagi mengalami trauma dari peristiwa itu walaupun dah lama berlaku.
Bagaimanapun, Azlan mula rasa selesa dan sukakan Natasha. Head over heel. Cuma dia tidak tahu apakah patut dia melayan perasaan ini.
"Alan?"
"Yeah?"
"Ada apa you belanja I makan steak ni?"Azlan memilih untuk memendam perasaannya.
"Saja, lama tak makan..."
"Yihhh....ingatkan apa la tadi. You senyap for 10 minutes. Lama betul you nak jawab soalan I tu?"Natasha tidak sedar yang Azlan sedang bergelut antara trauma dan perasaan cinta yang ada dalam dirinya pada ketika ini. Dia ingat dia berani untuk meluahkan untuk hari ini, tetapi dia masih lagi tidak dapat meluahkan perasaannya.
--
Selepas makan, mereka berdua melewati ke sebuah kedai gitar.
"So, baru-baru ni, I ada dengar gosip pasal you," kata Natasha.
"Gossip? What gossip?" tanya Azlan.
"I tak tahu dari mana idea conspiracy theory Cindy, but she told me you are Mat Danger."
"Mat Danger? Apa tu?" Azlan pura-pura buat-buat tak tahu.
"You kan suka rock music. Takkan you tak tahu band Digital Tribe? Quite popular band right now kat Gelanggayu. There's one quirky guitarist, he plays electric guitar and wearing a blue helmet and leather jacket. At first when I saw Digital Tribe concert, it's weird for me, but he is so damn good playing guitar," kata Natasha.
"You watched a rock concert? I ingat you bukan jenis suka dengar lagu rock," kata Azlan.
"I datang je, temankan my friend, Zizan. Dia big fan Digital Tribe, especially Mat Danger. Eh, new year's eve ni, dia ajak I hang out rumah dia, ada party. You ikut la sekali..."
"I'm not a party guy, Nat."
"Malam new year you selalu buat apa?"
"Me? Sleep," kata Azlan.
"On new year's eve?" Natasha seperti hairan kenapa Azlan tidak menyambut tahun baru seperti orang lain.
"It's just another day. It happens to be the first day of the year. Nothing special."
"It's special to me. It's my birthday," kata Natasha.
"Fine."
YOU ARE READING
Bahtera Merdeka
Historical FictionMengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.