Episod 190 - 16 April, 1989

28 5 0
                                    

Sejak Datuk Seri Imad meninggal dunia di Songkhla kemudiannya Datuk Seri Rahizan naik menjadi Timbalan Perdana Menteri, kumpulan Gagak Merah menjadi lemah dengan banyak perniagaan gelap yang dulu membiayai faction politik mereka telah diambil alih atau dimusnahkan.

Datuk Salleh, ayah kepada Datuk Seri Imad pun telah dijatuhkan hukum penjara 20 tahun kerana kesalahan rasuah. Kemungkinan dia akan mati dalam penjara itu besar.

Izham terpaksa berjumpa dengan Haji Syaaban, ketua kepada Parti Gagasan Ummah dan mahu tarik sokongan untuk pilihanraya yang akan datang. Haji Syaaban, dan mendengar cadangan Azlan, tanpa perlu keluar daripada Parti Persekutuan.

Melalui ayah Hafiz, Samsudin, Azlan dapat membuat hubungan dengan Haji Syaaban dan Azlan mengajak Hafiz untuk ke Air Putih bersama-sama.

Masa perjalanan dari Wijayapura ke Air Putih memakan masa 8 jam melalui Lebuhraya Wijayapura-Temasik yang dibina pada tahun 1967 dulu.

Azlan memandu kereta Toyota AE86 untuk ke sana bersama Hafiz yang duduk bersebelahan. Lagipun sekarang ni dah bermula cuti semester sempena hari raya.

"Kau memang pakai necktie memanjang ke, Azlan? Aku nak balik kampung pun kau pakai necktie," tanya Hafiz sambil mengangkat beg balik kampungnya.

"Baru balik meeting, lepas tu terus jemput kau kat sini," kata Azlan, malas nak cerita panjang. Sebenarnya dia dah biasa macam ni. Dia tak suka kelihatan selekeh walaupun melepak di warung tepi jalan. Bagi Azlan, sentiasa kena kelihatan kemas itu adalah pesan arwah ayahnya yang dia berpegang teguh selain jangan tinggal solat.

"Takdelah, hari tu nak makan kat warung depan pun kau berpakaian kemas macam ni jugak," kata Hafiz.

"Sebab aku nak bertanding dalam MPP, Fiz."
"Kau nak jadi anggota MPP? Amende la kau, tak rock la!"

Azlan menjeling ke arah Hafiz, tak bercakap apa pun. Hafiz bukannya faham pun yang Pengetua suruh dia bertanding MPP untuk mempertajamkan skil politiknya.

Tetapi Azlan ni perangainya tak suka dipandang lekeh. Kata-kata 'tak rock' tu benar-benar mencabar keegoannya. Walaupun dia berahsia tentang Mat Danger, tapi dia tak boleh terima kalau orang panggil dia 'tak rock'.

"Kau ada girlfriend?" Azlan terus serang 'vulnerability' Hafiz. Dia tahu Hafiz ni dulu ada hati dengan Hanis, tetapi cintanya telah digagalkan.

"Mana ada. Kau lain la, Natasha pun kau nak, Hanis pun kau nak. Kau dah ada girlfriend tu, bagi la chance kat kawan single macam aku ni," kata Hafiz.
"Hafiz, perempuan ni bukannya barang kau nak main bagi-bagi."
"Bukanlah maksud aku macam tu, tapi...aku selalu suka kat perempuan, tapi perempuan tak suka aku."
"Semua jenis perempuan ke? Aku tengok Amira satu kelas dengan kau tu macam syok je dengan kau," kata Azlan.
"Tak nak la, bukan type aku."
"Type kau macam mana?"

Hafiz diam berfikir. Dia nak terangkan macam Hanis, tapi tak nak nampak ketara yang dia sukakan Hanis.

"Yang jenis kecik-kecik, petite la."
"Oooo...macam Hanis?" tanya Azlan, terus serang 'vulnerability' Hafiz.

Muka Hafiz merah padam, tapi dia nampak Azlan bertanya soalan itu bukanlah untuk memalukan, cuma nak bertanya tentang citarasa wanitanya.

"Lebih kurang macam tu la."
"Hanis tu kaki hiking, kaki panjat gunung. Kau tu aku ajak kau joging pun malas. Macam mana kau nak mengorat dia?"
"Kau lain la, masuk acara olahraga Sukan Universiti."
"Olympic bronze medalist, equestrian, category dressage, Seoul '88," kata Azlan, dengan sengaja naikkan perkara itu.

Hafiz tunduk.

"Aku tak hebat macam kau, Lan," kata Hafiz.
"Siapa cakap kau tak hebat? Kepakaran kau tentang teknologi komputer, Internet, Trojan horse virus, semua tu kau reti buat. Aku mana reti buat benda tu."
"Tapi aku bukan jenis atlet macam kau, Lan. Perempuan mana suka lelaki nerd macam aku."
"Jadi kau berpendapat, hanya atlet sahaja yang ada awek? Tu kawan aku tu, Azhari tu, pemain bola sepak wakil universiti. Tapi single je lagi."
"Kau lain, Lan. Kau kacak, kau bijak, lepas tu ramai orang kenamaan kenal kau. Aku bukan macam kau. Aku cuma budak nerd yang tak ada siapa pandang aku pun."
"Siapa cakap takde orang pandang kau?"
"Siapa?"
"Tu, Amira?"
"Amira buat apaaaaa...."
"Habis tu Amira tu apa kalau bukan orang? Sejenis Megalodon? Sejenis gajah mammoth? Seekor unta?"

Bahtera Merdeka Where stories live. Discover now